Tag, di tag dan mengetag

assalamualaikum dan salam sejahtera

hye kamoO- kamoO semua.
tadi bukak blog, as usual tros tengok kat chat
then ternmpak ade 2 orang yang tag.
kalau tak silap yang tag tu nama nye Chuna  n anwar zainudin
memandangkan chuna dah tag dlu, so, follow soalan chuna la kann..
hope anwar zainudin tak kisahlahh ye.
wink- wink

*******

THE RULES

~You must post these rules.
~Each persons must post 11 things about themselves in their journals.
~Answer the question the tagger set for you in their post. And create new 11 question for the people you tagged to answer.
~You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
~Go to their page and tell them you have tagged him/her.
~No tag back!
~No stuff in the tagging section about "You Are Tagged if You Are Reading This" you legitimately (a.k.a really, trust, with all honestly) have to tag 11 people

okay, tu semua rules nye taw.
shall we start now?

 *******

11 things about myself

1- Anak sulung dari 4 beradik.
2- Muda lagi. Baru 20 tahun. hehe
 3- Kuat makan.
4- Suka semua warna.
Tapi paling suka hitam, putih, biru, dan purple.
 5-Seorang yang tak banyak cakap dengan someone yang tak berapa nak rapat/ kenal.
 6- Prefer blogging more than facebook.
7- Suka dengar radio dari tengok tv.
8- Mudah terasa. ops!! terbagi tau pulak. hehe
9- Mudah sangat menangis. Alamak, terbagi tau lagi. Diam2 je taw. hehe
10- Suka subjek mengira dari subjek membace.
11- Takut dengan kucing. hehe. Malu nak gtau sebenarnye.

Ok. Those are 11 things about me.
So, tibelah masanye untuk menjawab segala persoalan dari Chuna
taraaaaa!!!

********
1- Suka kartun ape? give reason.
Suka kartun Tom n Jerry.
Macam best je tengok dyorg tu saling kena- kenakan satu sama laen.

2- Favourite song?
Ermm.. favourite song ni berubah- ubah la ikot masa.
buat masa sekarang ni suka lagu Hatiku Milikmu by Nera, Lewat Semesta by Randy Panggalila, Stereo heart

3- Dream Land? tempat yang paling teringin nak pergi.
For sure la teringin nak pergi mekah tunaikan haji kan.
then barulah nak pergi Jepun, n Italy.

4- Facebook or Blogger?
Dua- dua layan tapi prefer blog la.

5- One thing you hate the most
Talam dua muka

6- A date that you never forget
13 feb 2004. Tak perlu mention kan the reason why. hehe

7- Subjek yang paling tak suka
Sejarah kot. malas la nak membaca.

8- Favourite blog
Daniel Adie, Hizami rahim, Lyssa Secret

9- Mana yang anda suka. Komik atau novel
Mestilah novel. haha. tak layan komik la

10- Ada crush or secret admire?
Yang ni tak ley bagitau. sorry (sambil kenyit mata)

11- Best word your lover ever told you
Haruskah di kongsi disini? hehe..

******
Nak tag:
syahiroo
hyz
abg grey
Oja Alia
Shy Princessha
Aku, Dia dan Kamoo
mira
Cahaya Azyla
Cik Dila
Izni
Syuk6692

Mereka yang di tag, harap dapatla jwb soalan di bawah ni ye. ^_^

1- Ape yang anda suka buat time lapang?
2- Sifat anda yang orang ramai tak tau?
3- Warna ape yang anda paling suka?
4- Peristiwa ape yang paling menyentuh hati anda?
5- Anda lebih suka facebooking atau bloging?
6- Hadiah paling istimewa yang anda pernah dapat?
7- Kereta idaman anda?
8- Kejayaan paling tinggi yang anda pernah kecapi?
9- Tempat yang anda teringin sangat nak pergi?
10- Movie yang paling anda suka?
11- Apa anda akan jadik dalam masa 15 tahun akan datang?


~tak selamanya mereka bersama kita~

assalamualaikum dan salam sejahtera

hai korang!! sihat tak?
hopefulluy semua sentiasa sihat dan bahagia di bawah lindungan ALLAH
baru- baru ni aku ade bukak FB
then aku terjumpa lah satu quote ni.
sape tah yang post.
aku tak berapa nak ingat.
so, malam ni aku nak cerita sikit pasal quote ni.
tapi before tu korang bacelah dulu quote nye.


dah bace dah? ok
aku macam tertarik dengan quote ni
maybe pada sesetengah orang quote ni biasa je
tapi pada aku luar biase. accehhh..haa
al maklumlahh. aku ni memang suka bace quote.
asal nampak macam best je aku akan simpan.
pada aku lah kan, quote ni kadang- kadang memberi kesedaran kepada kita melalui ayat- ayat dia
ape yang baek, aku akan amek jadik panduan
okay-okay. back to the topic.
***********
melalui quote ni, ape yang aku faham adelah kita tak bolah nak harap
semua orang ade di samping kita all the time.
sampai satu masa diorang jugak akan pergi meninggalkan kita dengan pelbagai reasons.
tak bermakan mereka tinggalkan kita, mereka tu jahat, tak baik.
perfectly no!!
meninggalkan dan di tinggalkan tu adat la kann.
maybe mereka pergi sebab menghadap ILAHI ataupun sebab- sebab laen.
itu tak bermakna bila diorang dah tinggalkan kita kehidupan kita terhenti  setakat itu.
TIDAK!!
no matter what happen, life must go on.
ade satu quote ni pernah menyatakan yang
"kehidupan di dunia ni ibarat sebuah pentas. kita lah sebagai pelakonnye...."

jadik terimalah bahawa mereka yang meninggalkan kita tu kerana watak mereka dah tamat dalam drama tu.
jadik mereka perlu beredar dari pentas.
oleh itu jangan sesekali kita menyalahkan mereka atas sebab meninggalkan kita.
sekurang- kurangnye mereka yang meninggalkan kita tu mengajar kita supaya berdikari.
jangan hanya mengharapkan kehadiran orang laen.
so, janganlah bersedih kerana di tinggalkan.
kerana kita ade ALLAH yang tidak pernah sesekali meninggalkan hambanye



hati aku kata----> kena belajar berdikari

aku di persimpangan

assalamualaikum dan salam sejahtera

okay korang. hari ni aku nak menaip satu entry yang penuh perasaan. hope korang bolehlah bagi pendapat or cadangan yang bernas dengan harapan aku bolehlah selesaikan ape yang patut aku selesaikan.

maybe benda ni nampak remah bagi sesetengah orang tapi bagi aku ia cukup besar sebab ini tentang kawan. tentang kawan ok. benda ni jadik bila aku ngan kawan aku fara.(bukan nama sebenar) discuss pasal nak balek cuti raya haji ni bila. sebab kitorang start cuti sabtu tu then ahad dah pun raya. see, simple je kan punca masalah kitorang. ak cadang nak balek jumaat je lah sebab aku ade plan something ngan family aku untuk raya haji kali ni. lagipun jumaat tu aku cuma ade 1 kelas je. tu pun pagi. means aku nak skip je kelas tu.

tapi fara ni pulak ade kelas petang pulak jumaat tu. aku tak pasti lah sama ada dia nak skip or tak kelas tu. aku dah bagitau elok- elok dah ngan dia yang aku nak balek jumaat. aku tanye dia pasal balek ni semalam. and pagi tadi aku bukak FB, aku nampak status dia mcm ni...

"arghh!! sangat terasa n sakit aty gle ngan sorang hamba ALLAH ni.. 
langsung tak kisah psl kita..ble dy dah de orang len..sabar je lahh.."

wah3.. aku pun bace agak terasa la kan. sebab for sure la status tu pasal aku. ini sudah lebihhhh. aku punyalah fikir pasal dia bile nak balek ni. dia boleh pulak update status macam tu. memang la ade lagi sorang kawan aku tu nak balek saing ngan aku gak. dia pn nak balek jumaat gak. tapi serious aku cakap keputusan aku nak balek jumaat tu tak di pengaruhi oleh sape-sape pun. memang aku yang nak balek jumaat.

and sekarang aku tak tau nak cakap macam mane ngan fara tu. aku di persimpangan. takkan aku nak tinggal dia balek sorang pulak. at the same time takkan aku nak ubah plan aku ngan family aku semata- mata nak jaga hati orang laen. sape plak nak jaga hati family aku. arghhhhhh!!! 


ternyata memang susah nak jaga hati semua orang dalam waktu yang sama. mesti ade salah satu yang perlu berkorban dan di korbankan. arghhhhhhhhh.. tension.

____________________
nota kaki: "kadang- kadang fikir pasal kawan ni buat aku lagi pening dari buat soalan business mathematic"


hati aku kata----> di telan mati mak, di luah mati bapak. 

best- best

assalamualaikum dan salam sejahtera

hai kamoO. sihat? alaaa. aku tau, korang mesti sihat punya lahhh.. betol x??
 ok. hampir seminggu aku tak update  blog aku ni. 
hari- hari aku bukak blog sebenarnye, cuma tak update je. 
al maklumlahh, bukak kejap- kejap je. keje berlambak- lambak skang ni. 
ngan test nye laen, quiz lagi. macam- macam la. 
ni pun curik- curik mase je. actually nak update tengah hri tadi, tapi sje je nak disiplinkan diri. 
aku pakse diri aku siapkan latihan akaun dulu, then baru boleh online. 

okay. hari baik, bulan baik ni aku nak cerita pasal lecturer arab aku tu. 
aku ade cerita pasal dia before ni dalam entry yang ini.. 
apesal tetibe je aku mention pasal hari baik, bulan baik ni ek?  
saje je. tak salah kan? haha. 
okay okay. back to the main topic. 

sebenarnyekan korang, aku dah semakin seronok belajar ngan lecturer tu. 
sangat- sangat best sebenarnye. 
macam aku cakap before ni, dia akan bagi banyak sangat contoh dalam bahasa arab kat student 
semata- mata nak kasik kitorang faham. 
so, skarang ni aku akan cube fahamkan ape yang dia ajar kat kuliah. 
kalau still tak faham, aku akan cube fahamkan time tutorial. 

lecturer ni kalau time kat tutorial, lepas dia terangkan in arabic, 
dia suka suruh salah seorang dari kami  terangkan in malay. 
tujuannye nak bagi kawan- kawan yang tak faham tu faham la kan.. 
nak tau aku buat ape. kalau aku faham, aku akan dongakkan kepala tengok dia. 
konon nak terangkan lahh. tapi dia tak pernah suruh aku terangkan
bila agak- agak aku macam tak berapa nak faham, aku akan tunduk je sampailah dia panggil nama sape- sape. yang pasti bukan nama aku. hahaha. terukkan aku..

tapi sampai ke hari ni, dia masih belum pernah panggil aku suruh translate. hopefully lepas ni kalau dia nak suruh aku translate, bagilah ape yang aku memang dah faham. haha. 


hati aku kata----> ustaz arab ni belum kawen taw. ko nak?

Ramaikan Follower, Dapatkan Pembaca

assalamualaikum dan salam sejahtera


ok. pagi ni aku menjoinkan satu segmen yang di buat oleh HASRULHASSAN
.
.
Nama blogger: cik mimie
Tahun mula berblog: 2011
Jumlah follower ketika join segmen ni: 350
.
.
ok, dOne..
ade sape- sape nak join?
as usual, klik banner atas ni dengan sepantas kilat.
^_^

~the day without you~

assalamualaikum dan salam sejahtera

we have shared so much through the years
the triumph and the heartache
the special days with special person
in fact, i can't imagine
what my life would have been like 
if you hadn't been a part of it
and i just want to say that
if i have an opportunity to stand in front of everyone
i just want to say 
"i love you all n thank for being my friend"

************************
actually minggu ni je aku da jumpa 2 orang kawan sekolah yg memang dah lame gler aku tak jmpe
sorang perempuan and sorang lagi lelaki
yang perempuan ni last aku jmpe dia mase form 1 then dia pndah sekolah
yang lelaki ni pulak the last time aku jmpe dia darjah 4 
then aku pulak yang pindah sekolah
mase darjah 4 aku mane ade henset
tak macam budak sekarang
lahir- lahir je ayah bagi henset
"nah, amek henset ni. kalau lapar, jangan nanges, call ibu terus. ok"
~tpu je~
tp untunglaaaa budak- budak sekarang ni
jeles aku taw
dah dah. back to the topic.
aku tak sangke sebenarnye kawan- kawan aku tu still ingat kat aku.
yang kawan mase form 1 tu x jumpa lebih kurang 7 tahun
and yang kawan time darjah 4 tu plak aku tak jumpe 10 tahun kot
terharu sangat bile mereka masih mengenaliku. chewahhh
as usual, tukar- tukar no phone la kann.
dulu tak de handphone
sadis sadis
semoga persahabatan ini kekal selamanya
mood: sangat- sangat happy, happy sangat- sangat 




hati aku kata----> rasa macam nak kumpulkan semua kawan- kawan lama. tp mungkinkah terjadi?

2 hari bersama mereka

assalamualaikum dan salam sejahtera

hai. sihat? aku alhamdulillah sihat. cuma letih sikit je. kenapa letih? letih sebab 2 hari aku bersama mereka. siapa pulak mereka tu? mereka tu adalah adik- adik tahun 1 kat u aku ni. tanye sendiri, jawab sendiri. ~sedih, sedih~ ok. sudah sudah. actually semalam dan hari ni, aku jadik urusetia untuk 1 program yang memang di adakan untuk pelajar- pelajar tahun satu. program 2 hari ni di adakan dekat stadium tertutup nilai.

macam- macam ragam yang aku dapat tengok dari budak- budak baru ni. tibe- tibe teringat pulak zaman aku mase baru- baru masuk dulu. accehhh. guna ZAMAN. macam dah lame sangat je. padahal tak delah lame sangat pun.

nak tau tak, semalam waktu aku jage bahagian jamuan pelajar, ade sorang budak lelaki ni. aku perasan yang dia ade datang datang amek makanan ngan member- member dia. dia amek agak awal jugak la. tak lame lepas tu aku nampak dia amek lagi makanan tengahri tu. aik!? aku macam pelik jugak la. tapi aku buat tak perasan je plus aku macam kagum gak dengan budak tu. nak tau dia cakap ape ngan aku? dia cakap macam ni.....

**********
student lelaki I: "kak, saya dah makan da tadi. tapi kalau saya nak amek lagi boleh tak?"
aku: "eh, amek jelahhh. makanan memang banyak lebih tak payah cakap pun takpe"
student lelaki I: "eh, mane boleh kak. nanti kalau tak cakap, jadik haram pulak makanan yang saya makan ni"
aku: terdiam


dalam hati aku cakap, bagusnye la haiii budak ni. bukan senang nak jumpa budak- budak yang amek tau pasal halal haram ni. sangat- sangat kagum aku dengan budak tu. serius aku cakap. ade lagi 1 budak tu lagi la ngeng aku cakap. aku ni jenis yang cepat cam orang. tu yang aku perasan tu. budak tu dah amek da makanan, then dia nak amek lagi. dia cakap macam ni...

**********

student lelaki II: "kak, saya amek lagi 1 ea. tadi polystyrene saye kosong la kak."
aku: "amek jelah dik oiii. haha"

entah pape jelah budak- budak ni. yang tak tahan tu diorang panggil aku akak. padahal diorang ade je yang kemasukan ke u melalui diploma. and for sure la diorang lagi tua dari aku. sebab aku baru 20 tahun. dah diorang panggil aku akak, aku pun bahasekan la diorang adik. boleh kan? hehe. secara keseluruhannye aku sangat seronok jadik urusetia program budak- budak tahun 1 ni. lepas ni kalau ade program- program lain, for sure aku akan join.


hati aku kata----> even junior dari segi tahun, tp senior dri segi umor kan?

Segmen 1hari: Tambah Rakan Blogger

assalamualaikum dan salam sejahtera


hai kawan- kawan
rase macam dah lame je tak join pape kan.
so, rasa tergerak hati nak join malam ni
tujuan segmen ni baik
nak tambah rakan blogger katenye.
ade sape- sape nak join?
kalau ade, as usual la klik je banner atas ni sepantas kilat.
tak payah tag sape- sape pun.
.
.
.
ok done!