Tentang Dhia

Assalamualaikum dan salam sejahtera

hari jumaat datang lagi. yeahhh.. as usual, semoga jumaat kali ni memberi 1001 satu kebaikan kepada kita semua. eh korang, semalam cerita TENTANG DHIA episod last. sape tengok? sape yang tengok sila angkat tangan kanan. hehe. sape yang tak tengok pulak di persilakan untuk mengangkat kening. boleh gitu?

kalau sebelum ni orang sibuk cakap tengok cerita ombak rindu sampai nanges- nanges segala. tapi secara jujurnye aku cakap, aku tak nanges langsung tengok cerita tu. ombak rindu tak mampu mengalirkan air mata aku. TAPI semalam aku tengok cerita tentang dhia, air mata aku mengalir tanpa di pinta. teresak- esak nanges semalam. pada aku, episod akhir semalam tu sangat- sangat menyentuh hati aku.

aku tengok kat tonton je semalam ngan housemate aku. ternyata kawan- kawan aku pun ade yang mengalirkan air mata gak. haha. tapi ade la jugak dua tiga kerat yang tak nanges. konon- kononnye jiwa brutal. what ever la korang. banyak betul dugaan Allah pada Dhia tu. dari dia kena buatan orang sampai mati then hidup semula. ayah pulak mati mase dhia dah nak kawen. mak dia pun mati jugak angkara si salmi tu. ceh, aku cerita macam la Dhia tu watak betul. padahal cerita je pun. sampai aku terfikir, ade ke mak mertua sejahat Ku Salmi di dunia realiti ni ek? kalau betul ade, jangan laa aku yang jadik menantu dia. hehe



hati aku kata----> naseb baik la adi putra yang pegang watak zikir. hehe

1st GiveAway Lily Butterfly by Miss Wandalaara

Assalamualaikum dan salam sejahtera

good morning to everyone.
pagi ni aku nak join satu giveaway.
wanblur yang tag aku.


so, kalau rase- rase berminat nak join
atau nak tau lebih lanjut pasal GA ni, 
boley la terus ke blog Lily Butterfly dengan klik banner ats tu sepantas kilat.
.
.
erm, dengan sukacitanya aku nak tag:
.
.ok, dOne!

"kenapa yang jahat terus dipandang jahat?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera

selamat hari sabtu korang. ade perancangan nak ke mane- mane tak hari ni? for those yang tengah study week tu, jangan nak ke mane- mane. dok umah, bace buku. nanti dah abes exam baru kite pergi jalan- jalan same- same ok. korang, assignment aku semua dah siap. heep. heep. hoorey!!. seronok sangat. rase lega yang teramat sangat. rase ringan je kepala ni. terlebih sudaa. hehe

okay- okay. aku bukan nak cerita tu semua sebenarnye. aku nak cerita pasal someone ni. semalam dia message aku. message punya message, tibe- tibe dia tanye, 

"kenapa ek orang yang jahat terus di pandang jahat?"

mase dia tanye tu, seriously aku tak tau nak reply ape. aku takot aku tersalah bagi pendapat. fikir punya fikir last- last aku reply. aku bagitau dia yang semua tu sebenarnye depend on diri orang yang berpendapat macam tu. kalau orang yang dipandang jahat tu ade niat nk berubah, just go on. tu pun da cukup baik. abaikan aje insan- insan yang memandang tu. betul tak?

lagipun yang menilai diri kita bukan lahh manusia di sekeliling kita. tapi kita ni akan di nilai oleh ALLAH di akhirat kelak. kita tak de hak pun nak hukum orang lain. memang ade yang mengatakan, untuk tau diri kita ni macam mane, tanyelah pada orang laen. TAPI, diorang hanya nampak yang luaran. ALLAH tau ape yang tersembunyi dalam hati kita kan? 

tapi selalu je kita dengar orang nak berubah tapi bila dah berubah still ade je manusia- manusia yang pandang serong la, pandang senget la, pandang sebelah mate laa, yang tutup mate tak nak pandang pun ade. dah cukup sempurna ke kita ni nak buat macam tu? tanye la pada diri kita sendiri. 

macam aku kata kat atas tadi, kita hanya nampak yang luaran. kita tak tahu kisah sebenar di sebalik ape yang terjadi kat empunya badan. ape yang dia lalui? ape yang dia hadapi? macam mane keadaan hidup dia? tekanan yang dia hadapi? kita tak tahu semua tu. kisah hidup setiap orang tak same. ingat tu. jadi jangan senang- senang nak judge someone tu jahat. aku ingatkan untuk diri aku jugak. 


hati aku kata----> kesian kamoo yang terpakse melalui semua ni sendiri. tabahla ea


fenomena tukar henset?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

selamat hari jumaat aku ucapkan untuk korang. semoga jumaat kali ini memberi seribu satu kebaikan kebaikan kepada kita semua. harapnye macam tu laa kan. erm, korang perasan tak, sejak akhir- akhir ni orang asyik tukar- tukar henset je? tak perasan ke? ke, student- student kat tempat aku study ni je yang macam tu.? hehe. entah laa kan.

tapi skarang ni macam- macam jenis henset ade. yang tipis macam macam kertas laa. ~ok, tipu~ yang besar macam kalkulator casio fx570MS pn ade. yang touch- touch bagai. tu tak tengok lagi yang keypad sebanyak keyboard komputer. yang warne- warni bagai pelangi pun ade. haha. macam- macam jenis kan. macam- macam model keluar macam cendawan tumbuh lepas banjir. eh, salah- salah. bagai cendawan tumbuh selepas hujan la. hehe

Aku pun nak jugak tukar. hari tu henset aku tibe- tibe termati, aku dah cuak da. apesal la jadik gini. otak aku cepat je bagi idea suruh beli baru. aku pun hampir terpedaya dahh. tapi tetibe je teringat pulak pesan mak aku beberapa bulan lepas,

"kak long, jangan nak membazir duit beli henset. pakai selagi tak rosak"

mak aku pesan mase tu sebab aku cakap nak tukar henset la. tapi, betul la cakap mak aku tu. lagipun henset aku tu pun baru je lagi. kalau ikut nafsu bengong aku ni memang aku nak beli dah. tapi bersabarlah duhai hati. hehe. tapi kekadang hati ni jealous gak bila adik lelaki aku pakai henset lagi canggih dari aku. aku pakai x3 je. huhu. bila laaa nak ade orang belikan aku henset.

             

hati aku kata----> ade sape- sape nak bagi aku henset?

Saya Sertai Bloglist Miss Nadya

Assalamualaikum dan salam sejahtera



hai korang!!
jom ramai- ramai kita join bloglist miss nadya kte ni..
nak join? 
klik la banner atas tu laju- laju.
.
.
dengan senang hati nak TAG
.
.
ok, dOne!

senyum tanda ceria? benarkah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

hari ni da hari ahad. mksdnye esOk isnin daa. minggu depan ni minggu terakhir kuliah. then study week. waaaaaaa. exam da dekat!! tapi tu bukanlah ape yang aku nak share untuk entry kali ni.

korang pernah rase jatuh sampai susah nak bangkit? rase penat nak lalui semua? rase tak larat nak hadapi kerenah semua orang?  tak mampu nak jage perasaan semua pihak? kita ni manusia kann. macam- macam rase kita akan rase. kadang kita cuba elak. kita cuba tepis, tapi tak selamanya kita boleh tepis kan.

aku pun manusia biase. kadang- kadang bila marah, bila takde mood, ade je tertinggi suare kat kawan- kawan. tapi bila aku fikir- fikir balek, aku tak sepatutnye buat macam tu. ape pun masalah yang kita hadapi, ape pun perasaan yang kita rasai, jangan sesekali lepaskan kat orang lain. begitu juga senyuman yang kita nampak terzahir di wajah rakan- rakan kita pun jangan di sangka tiada sedih di dalamnye. kadang- kadang kita cuba untuk menyembunyikan riak wajah agar tiada siapa pun tahu ape didalamnye.

aku pun manusia biasa. kadang- kadang kita terburuk sangka, terkadang juga kita tersalah duga,. tapi ada masanya kita akan tersedar yang tak semua bibir yang tersenyum itu, ceria jiwanya.


kalau kita rase kita kita susah,
ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

kalau kita rase tak larat nk hadapi kerenah orang sekeliling,
fikir kan balek diorang sanggup ke nak layan kerenah kita.

kalau kita rase tak mampu nak jaga perasaan semua orang,
ape pulak perasaan kita bila orang tak jaga hati kita.

walau ape pun yang kita nak buat, kita fikir balek kesannye di kemudian hari. ade quote yang menyebut "what goes around, comes around".


hati aku kata----> aku tak tau kenapa entry kali ni jdik entry jiwa- jiwa.

jangan bersedih

Assalamualaikum dan salam sejahtera

testing~testing. yeah. hai korang! blogging?? da berminggu gak rasenye aku tinggalkan benda ni. al maklumlah, a little bit busy skang ni. Assigment yang menggunung hari tu dah rendah la skit bila aku da tarah hari tu. tapi baru- baru ni lecturer upload lgi assigment. memg seronok la kann dapat assigmnt last- last minit macam ni. berkobar- kobar ak nak buat. tmbah pulak laptop aku masuk wad baru- baru ni. memg terbatas laa segala urusan aku.

so, hari ni sempena aku ade mse ni laaa kan aku nak update something.

jgn bersedih bila org lain tak memahami kita,
tapi berdukalah jika kita tak memahami orang lain

jgn bersedih bila org lain tak mempercayai kita,
tapi berdukalah jika kita tak percaya pada diri kita sendiri

jgn bersedih bila org lain tak memberi ksmpatan pada kita,
tapi berdukalah jika kita sendiri yg tidak memberi kesempatan pada diri kita sendiri

jgn bersedih bila orang lain tidak menghargai kita,
tapi berdukalah jika kita yang tidak menghargai orang lain

jgn bersedih bila orang lain menghina kita,
tapi berdukalah jika kita sendiri yang menghina diri kita sendiri

jgn bersedih jka orang lain sering mengkritik kita,
tapi berdukalah kerana kita tak pernah mahu memperbaiki diri

jgn bersedih jika dirimu sering terjatuh,
tapi berdukalah kerana kita tidak mahu bangkit kembali

jgn bersedih kerana perjalanan hidup kita penuh pahit getir,
tapi berdukalah kerana kita tak pernah sekalipun belajar dari pengalaman.


hati aku kata----> aku tak mampu nak puaskan hati semua orang. sorry korang.




sikit- sikit, lama- lama jadik bukit

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hai korang.apa khabarkah? hamboi. hamboi. hamboi. skema sungguh laaa pertanyaan aku ni. hari ni hari jumaat kan. penghulu segala hari. semoga kite semua ni sentiase berada di bawah rahmat Allah. insyaallah. so, ok tak ape yang korang lalui sepanjang 5 hari ni? sabtu ahad tak kire laaa kan. sebab kte belom hadapi hari- hari tu lagi untuk minggu ni. tak gitu?


korang nak tau tak, aku baru sedar yang assigment aku dah semakin banyak rupenya. tu pun lepas ade sorang kawan aku ingatkan malam tadi. boleh pulak dia pergi sebut satu- satu. astaghfirullahal azim. ape nak jadik laaa dengan aku ni. ingat lagi tak azam aku sem ni mase awal- awal hari tu? ermm, tak ingat lettueww. kalau korang tak ingat, pergi bace entry aku yang ni. kalau nak di ikutkan azam aku sem ni tak nak buat assigment last minit. tapi korang nampak ape yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku sekarang ni? kuliah tinggal 3 minggu je kalau tak silap. assigment satu ape pun tak complete lagi. tapi insyaallah aku boley siapkan. yakin ni. INSYAALLAH.

minggu ni kena stay up la nampaknye. cehhh. poyo. kalau dok depan laptop ni bukak FB, blog, boleh je tahan mate ni sampai 2 3 pagi. tapi bila start je buat assigment, dan dan je nak ngantok. hampeh betul. mata aku ni memang tak boley buat janji. tapi malam tadi aku tak sangka aku mampu stay sampai 3 pagi. stay untuk belajar taw. bukan stay untuk bukak FB or tengok blog. aku stay semata- mata nak belajar business math kauuu. tak pernah aku macam ni kecuali time nak exam. lagipun pagi tadi aku ade test pukul 8. alhamdulillah laaa aku dapat jawab tadi. tak sia- sia aku stay up sampai pagi.



aku jujur bagitau assigment aku tak siap lagi. yang korang tu dok ngadap laptop bace entry aku ni da siap ke belum assigment tu. da abes bace kan entry ni? dah, pergi sambung wat assigment. hehe

hati aku kata---->betul laa kate pepatah. "sikit- sikit, lame- lame jadik bukit". sekarang assigment aku dah jadik bukit. haaaa...