Wordless Wednesday

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Hati aku kata----> Jangan terlalu cepat berpuas hati dengan ape yang kita miliki sekarang.

Kritikan--->Perubahan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat pagi diucapkan kepada mereka yang bace entry ni di waktu pagi. Selamat tengahari pulak kalau ade yang bace tengahari karang. Kalau bace malam pulak, selamat malam la. Hish, ape aku merepek ni. Okay okay. Stop. Back to the topic.

Semalam aku join satu segmen yang dibuat oleh Abang Ben. Segmen Ben Ashaari Tanya Kau Berani Kutuk Blog Aku Tak?. Dan alhamdulillah la sebab ramai jugak yang berani tampil memberi komen, pendapat, kritikan dan tak kurang juga yang memberi pujian kat blog aku ni. Tapi bukanlah pujian yang aku harapkan sebenarnye. 

Korang nak tau tak ape kritikan yang aku dapat semalam? Macam- macam weyh. Antaranya mintak aku kecikkan sikit shoutbox aku yang besar macam ape tu, tukar jenis tulisan, besarkan saiz tulisan. Ade jugak yang suruh aku buang je widget counter kat tepi tu sebab macam tak penting je kan. Lagi satu, ade yang suruh aku buat 1 page hanya untuk 2 entry je. Before ni aku buat 1 page, 3 entry.

Ade sorang blogger ni nama dia Shaz, boleh pulak dia cakap jenis tulisan aku ni macam budak sekolah.  Sabar je lah. Memang la Shaz oii, nama tulisan pun Schoolbell. Hehe. Seriously aku suka sangat- sangat tulisan schoolbell tu. Tapi apelah makna aku suka kalau korang tak suka kan? Yang nak bace pun korang semua. Tu je laa kot komen yang aku dapat. Tapi majority memang suruh aku tukar tulisan and kecikkan shoutbox.

sumber dari Puan Google

Dan untuk pengetahuan korang, tindakan dah pun di ambil. Tulisan aku dah tukar, saiz pun dah di besarkan sikit laa. Shoutbox pun dah kecik molek je kat tepi tu. Counter da buang. 1 page skang pun tinggal 2 entry je.  Jangan lepas aku dah ubah semua ni, korang tak datang lagi sudah laa. 


hati aku kata----> kritikan sememangnye penting untuk memajukan diri kita kan? Cuma bersedia atau tak je untuk menerima kritikan.

BEN ASHAARI TANYA KAU BERANI KRITIK BLOG AKU TAK?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

BEN ASHAARI

Kenapa ye aku nak korang semua kritik blog aku ni?

Sebabnye mestilah aku nak tau kelemahan blog aku ni kat mana. Dari segi penulisan la terutamanye. Maybe ayat- ayat yang aku guna tak sepatutnye di gunakan ke. Atau blog aku tak teratur ke. Bersepah macam tongkang pecah. Manelah tau yang selama ni rupenya aku taip entry syok sendiri. Adoi. Malu- malu kalau syok sendiri. Ape- ape lah yang korang rase tak kena ngan blog ni, kritik je. Jangan takut, jangan segan. Kali ni  memang aku alu- alukan kritikan korang. Yang penting kritikan korang tu adalah secara berhemah ye. Terima kasih.

Kematian hanya untuk orang tua. Siapa cakap?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hai korang. Hari ni dah hari Selasa. Saje je mention hari tu. Supaya korang tak lupa menonton cerita Vanila Coklat malam ni. Best kan cerita tu? Aku suka. Jangan lupe tengok taw.

Hari ni kan korang, aku macam terpanggil untuk menceritakan sesuatu yang aku rasa aku tak perlu cerita tapi aku nak cerita jugak. Boleh? Last week, ade jiran aku ni anak dara dia meninggal. Kalau tak silap aku, anak dia tu baru je berusia 24 tahun. Meninggal sebab kemalangan. Kalau korang nak tahu, kat taman aku ni kalau ade kematian, jiran aku ni lah yang akan memandu van jenazah. Dan bila anak dia ni meninggal, pakcik ni jugak lah yang memandu van jenazah tu. 

Dua tahun sebelum ni kakak kepada kawan aku meninggal. Anak dara jugak. Umur 23 kot time tu. Meninggal sebab kemalangan jugak. Sampaikan mak aku cakap macam ni, "Tak tahulah macam mana kalau anak- anak mak yang pergi dulu. Tak sanggup rasanya." Yelah, mane ade mak yang  sanggup kehilangan anak dia sendiri. Lagi- lagi kalau sebab kemalangan. Kalau sebab sakit mungkin ibu bapa dah puas mengadap. Tapi kalau sebab kemalangan, macam hilang dalam sekelip mata. Jaga dari kecik tibe- tibe pergi. Tapi sebagai orang Islam, kita kena redha lah kan. 

Ajal tu semua di tangan Allah. Hanya DIA je tahu. So, janganlah kita ingat kematian tu hanya untuk orang- orang tua je. Yang muda remaja macam kita ni mestilah sentiasa beringat. Tak kira lah memandu sendiri ke, menunggang ke. Berhati- hati lah. Aku macam terkesan jugak bila ade berlaku kematian yang dekat dengan aku. Lagi pulak memang orang yang aku kenal. 

sumber Puan Google yang tak lokek

hati aku kata----> Semoga kita semua meninggal dalam keadaan husnul khotimah. ~amin~

Cara menggembirakan sahabat

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat petang. Selamat hari Isnin. Selamat hari- hari la diucapkan kepada korang semua ni. Hari ni aku nak berkongsi sedikit tentang kawan. Macam yang kita tau, kawan, sahabat, teman, adalah orang yang selalu bersama dengan kita selain keluarga. Betul tak? Sebaik- baik sahabat adalah sahabat yang berani menegur kesalahan sahabatnye sendiri. Yang selalu ade dengan kita dalam ape jua keadaan.

Pernah tak sesekali ke beberapa kali ke kita terfikir macam mana nak mengembirakan sahabat kita. Tapi still tak  jumpa cara terbaik.  Kalau ada, kat sini aku sediakan beberapa cara yang boleh kita buat untuk menggembirakan sahabat kita tu. 


  • Sentiasa ingat birthday dia. Takde hadiah pun tak pe. At least ingat. Kalau ade hadiah lagi bagus rasanye. Dia pasti gembira terlonjak- lonjak. 
  • Jangan sesekali lupa ucap tahniah bila dia mendapat sesuatu kejayaan. Walaupun anda jeles dengan kejayaan dia, ucap jugak. 
  • Sentiasa bersama dia tak kira time dia senang ke, time susah ke. Jangan time dia senang je korang terhegeh- hegeh kat dia. Bila dia susah korang lari jauh- jauh. Tu memang nak tempah pelempang jepun dengan kelajuan 100km/jam tu.
  • Jadik la pendengar yang baik untuk seorang kawan. Maybe esok, lusa, tahun depan or dua tahun lagi kita pulak yang memerlukan seseorang pendengar. Dengan harapan dia ingatlah yang kita pernah jadik pendengar untuk dia. Kalau dia tak ingat jugak, nasib korang la dapat kawan macam tu. 
  • Beli beberapa biji telur. Baling kat kawan time dia bangun pagi. Then cakap la "good morning kawan". Pasti buat dia tersenyum. Kalau dia tak senyum, korang kena bersedialah untuk menerima serangan balas.
  • Ajak dia pergi jalan- jalan. Make sure tempat tu jauh la sikit. Baru best. Bila dah sampai tempat tu, jalanlah kejap. Then korang cakap la "Eh, jap ea. Ade barang tertinggal la kat kereta". Sampai je kat kereta, korang blah je terus. Pastu korang call dia cakap yang korang balek dulu sebab barang korang tu bukan tertinggal kat kereta sebenarnye, tapi kat rumah. suruh dia balek naek bas ke ape ke yang boleh buat dia sampai ke rumah.
  • Bila dia sidai baju, biarkan je sampai kering. Bila dah kering, korang campak je tepi longkang. Bila dia tanye kenapa campak baju dia, korang jawabla "baju kau da kering. Aku alihlah. Aku pun nak sidai baju jugak"

Okay. Tu jelah cara- cara yang sempat aku fikir buat masa sekarang ni. Mana yang baik tu korang ambil la. Yang tak baik tu jangan la korang buat. Korang pun dah besar panjang and dah pandai bezakan mane baik, mane tak baik Hehe. Kalau korang ade cara- cara lain boleh share same- same. 

Buat renungan
Sumber Puan Google

BEN ASHAARI AJAK BACA BLOG AKU

Assalamualaikum dan salam sejahtera

 BEN ASHAARI

Nak join jugak? Sila klik banner atas sepantas kilat.

1- Kenapa dan mengapa korang perlu bace blog ni?

Blog ni mungkin tak sesempoi blog Hizami, tapi still sempoi. Blog ni jugak tak mungkin sebest blog Daniel Adie and Blog Lyssa, tapi still best. Eh, ye je kan aku ni. Nak tau betul ke tak, try ar bace dulu. 

2- Berikan satu entry menarik anda sebagai bukti blog anda itu menarik.



Aku pernah bercita- cita nak jadi . . . . . . . .

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hai kamoO semua. Buat ape je petang- petang ni? Aku baru je khatam bace novel yang aku beli last week. Novel bertajuk Sekebun Bunga Cinta by Liyana Zahim. Last week punye novel, tapi baru hari ni habis. Lame jugak aku nak habiskan. Orang busy la katekan. Uwelkk~~ Betul ke ade orang cakap, kalau peminat- peminat novel ni boleh habis bace satu- satu novel tu dalam waktu yang singkat je? Betul ke ek? 

Aku minat jugak. Minat sangat- sangat. Tapi nak habis bace tu take time jugak. Ke, aku ni tak minat bace sebenarnye then aku buat- buat minat? Tapi aku memang minat betul la. Tak tipu. Kenapa ek? Maybe sebab kalau aku dok mengadap novel je, memang tak siap la kerja- kerja lain kan. Bayangkan lah kalau aku asyik sangat mengadap Sang Novel Tercinta tu, sape pulak nak jage anak- anak aku, sape pulak nak masakkan untuk suami aku, kemas rumah kitorang,. haha. Memang penipu la kan kalau aku buat semua tu. Aku mane ade anak. Anak kucing banyaklah kat belakang rumah. Tu pun jiran aku punya. Suami? Haruslah tiada lagi. 

Dan yang aku paling pasti, mak aku akan mengamuk sakan kalau kerja- kerja kat rumah tak siap. Aku selalu berangan, kalaulah aku ni tak payah fikir nak buat semua kerja tu, then ade pulak sebuah bilik yang memang penuh dengan novel, alangkah seronoknye. Hehe. Berangan boleh laaa~

Kalau korang nak tau, aku pernah bercita- cita nak jadik penulis novel. Tapi bile fikir- fikir balik, layak ke aku ni nak jadik penulis novel. Ade ke orang nak bace novel aku nanti. Laku ke kalau letak kat Popular. Macam- macam benda aku fikir. Baru- baru ni aku dapat tahu, kawan kepada kawan aku dah jadik penulis novel. Waaa, aku macam teruja jugak laa. Kiranye tak mustahil la kan kalau aku pun boleh jadi jugak. Cuma aku kena usaha lebih sikit laa. 

Harap- harap la satu hari nanti cita- cita aku ni tercapai. Dan macam biase la kan. Korang semua kenalah sentiasa doakan kejayaan aku taw. hehe. 



Inilah novel yang aku baru khatam tu. Korang pergi beli ok.

hati aku kata----> nak novel free.. please...

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum dan salam sejahtera


gambar ni ikhsan dari GOOGLE

Alhamdulillah. tahun ni kita masih di beri peluang menyambut maulidur rasul. Bersempena dengan hari keputeraan Nabi Muhammad ini, marilah kita semua memperbanyakkan selawat ke atas nabi. Sebenarnye bukan hari ni je kita kena berselawat, tapi hari- hari. Semoga kehadiran dan sambutan kali ini akan menimbulkan rasa cinta yang lebih mendalam kepada baginda Rasulullah.

hati aku kata----> mudah- mudahan masih di beri peluang untuk menyambut maulidur rasul pada tahun- tahun mendatang.

tak mahu pisang berbuah untuk kali kedua.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

hai.. e'eh. da hri sabtu dah kan hri ni. pejam celik pejam celik cuti sem pun dah nak habis.. tinggal lebih kurang 2 minggu je lagi. waaaaaaaaaaa.. tak nak balek. okay okay. lupekan sekejap pasal tu semua. hari ni aku terpanggil untuk menceritakan ape yang berlaku semalam. ceh, ayat tak nak macam poyo pulak kan. haha. alaa korang ni. macam tak biase la pulak. layan kan aje sudah. hee

ceritanye macam ni, semalam mak aku ajak pergi satu tempat ni. aku pun macam excited la kan nak ikut. tapi relax je dulu sebab aku tengok ayah aku tak mandi lagi. aku pun bersantai santai kat bilik. sat lagi aku dengar ayah aku pergi mandi. waaa, aku dengan terujanye bersiap. iron baju, solek- solek segala. dah siap- siap semua, aku tak keluar bilik pun, duduk dalam bilik diam- diam. bajet macam orang datang meminang la konon. hahaha. 

aku duduk dalam bilik sebab nak tunggu mak aku panggil bile nak gerak nanti sebenarnye. tunggu punye tunggu tak panggil- panggil. aku dah musykil da. apesal ni kan. padahal aku dah bersiap dekat setengah jam gak. aku pon suruh la adik aku pergi tengokkan mak ngan ayah aku. kot la diorang dah pergi sampai terlupa nak ajak kitorang. korang nak tau ape jadik? dengan santai nye adik aku cakap mak tengah bace majalah. ayah aku pulak tengah tidur. waaa. tak nak macam sedih pulakkan aku time tu. dah siap- siap segala tapi tak jadik pergi sebab ayah aku macam tak berapa nak sihat dia cakap. okay, tak pe. di maafkan la sebab tak sihat.

and hari ni aku bertekad. kalau mak aku ajak keluar lagi, aku tak nak siap dulu. tunggu  diorang semua dah siap, baru aku bersiap. bukan ape, aku cuma tak nak jadik macam ape tu orang putih cakap "banana fruit two time" atau dalam istilah melayunye pisang berbuah dua kali. 



hati aku kata----> jangan ade pulak yang ikut peribahasa in english yang aku tulis kat atas tu ye. 

buat aku tersenyum

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hello everyone!! lame rasenye tak menghupdate entry kat blog ni. berminggu jugak kot. so, how? rindu tak? rindu tak? alalalaalaaa, malu la tu nak mengaku. sorry sorry. just kidding. Actually banyak benda yang jadik beberapa minggu ni. tapi kalau aku cerita semua, elak je entry ni jadik panjang berjela- jela. lagi pulak korang bukan suka pun bace entry panjang- panjang. ye tak? tak pe, aku memahami. hehe

erm.. ha! tadi aku takde benda nak buat. aku pun menyelongkar la barang- barang lame aku. then aku terjumpa album lame aku. lame aku dok mengadap gambar- gambar zaman aku sekolah dulu. ade gambar yang aku tengok sambil ketawa tahap tak hingat, ade gambar yang aku tengok sambil tersenyum kambing. cop cop. kambing senyum ke ek? musykil aku. hee. ade satu gambar tu ambil time aku ngan member- member bengong aku kat cameron highland. serious, aku gelak tahap cipan time tengok pic tu.



tudung masing- masing tak nak macam ape pulak kan. tak sampai hati aku nak cakap. sebab tudung aku pun same. haha. al maklumlaaa. time tu baru form 2 if i'm not mistaken la. tak berapa pandai nak melawa sangat. zaman budak- budak hingusan lagi. time tu tak de lagi orang dok pakai tudung indon, syria, shawl segala bagai tu. time tu ktorang pakai tudung segi empat sama tu je. hehe. aku tak boleh nak share kat sni gambar tu sebab ia melibatkan kawan- kawan aku. so, kena mintak izin diorang dulu la kan kalau nak publish.

tapi kan korang, belek punya belek album tu kan. aku baru perasan yang gambar- gambar yang ade dalam simpanan aku semua gambar time aku secondary school. yang laen- laen tu gambar aku ngan family. takde rasenye dalam simpanan aku tu gambar- gambar zaman primary school. aku pun tak pasti samada aku ade bergambar ngan diorang ke tidak time tu. hehe. so, kepada cik aida dan encik faizal, jika kalian ade sebarang gambar, nak tengok boleh?


hati aku kata----> jijah, if one day kau terjumpa blog aku ni, aku cuma nak cakap sorry je. sebab most of the picture yang ade pada aku ni milik kau. aku rase kau dah syak yang aku ngan saidah ambil. banyak sangat gambar pada kau. tu yang kitorang ambik tu. sharing is caring right?