Jodoh awal? Macam mane ye?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hye korang. Cuti sekolah da start da kan? Selamat bercuti aku ucapkan untuk adik- adik semua. Cuti- cuti sekolah ni for sure kenduri kahwen berderet- deret kan. Macam cendawan tumbuh lepas hujan. Siap peribahasa bagai. Tapi betul la kan. 

Cerita pasal kahwin ni, ade satu benda aku nak share. Sejak aku kat u ni kan, member- member aku memanjang cerita pasal kahwin. Tak kiralah ade artis kahwin ke, bace kat OH BULAN ke, tengok melodi ke, Galaksi ke, and even newspaper sekalipun, asal pasal kahwin je, mesti ade je yang nak elaborate. Aku pun kadang join la perbincangan tu. Haha. 

Lagi- lagi kalau dapat tahu yang member satu u da kahwin time study, lagi panjang elaborationnye. Aku sampai terfikir, kalau sampai turn aku kahwin time belajar, mampu ke aku ek? Haha. Actually kahwin muda ni ade je kebaikan dan kekurangannye. See, aku tak kate keburukan. Aku tulis kekurangan tau. Jangan salah faham pulak nanti.

Antara kebaikannye, kita mampu meramaikan lagi umat Nabi Muhammad kat muka bumi ni. Insyaallah. Selain tu, kahwin awal ni mampu mengelakkan zina. Kalau da sampai dating hari- hari, baik kahwin je kan. Senang. Hidup lebih tenang and ibadah pun lagi khusyuk rasanye. Yelah, tak perlu lagi laa nak dok risau ape pasangan kita dok buat kat luar sane, dengan sape dia keluar.


Kekurangannye pulak, rumahtangga cepat bergoncang mungkin di sebabkan kurangnnye ilmu atau masing- masing masih muda or berdarah panas. Cepat nak naik angin, tak pandai nak bertolak ansur. Actually, kekurangan semua ni boleh je kita atasi. Depend on individu gak sebenarnye. Info- info ni semua aku dapat melalui pembacaan okay. I'm not getting married yet. 

My personal opinion plak, once kita rasa diri kita mampu nak galas tanggungjawab sebagai student and after  that as a wife or husband, just go on. Cakap je dengan parents. Tapi jangan study tunggang langgang pulak. Tu pendapat aku untuk perkara ni la. And more thing, kalau kita rasa dengan berkahwin ni boleh elak dosa kita keluar berdua all the time, here and there, better get married la. Tapi aku tak yakin aku mampu nak galas semua ni. As a student je pun dah tunggang langgang hidup aku. Kadang sampai ke pagi baru tido. Terabur semua. I know who am I.

Plus, my mum keep on remind me, study dulu, and such thing like this will come later. And i'm really really sure that my mum know me better. Dia tau aku macam mane. Ayah aku pulak same je kot macam my mum. Entah la. Ayah aku tak pernah pulak mention pape pasal hal ni.

So, semua depends on individu okay. Ramai je aku tengok student yang dah berumahtangga, but they still boleh manage diorang punye life as a student, wife or husband. And sometime, the way diorang manage tu better dari kita yang belum lagi berumahtangga ni. As the conclusion, pilihan di tangan anda. Haha.

Hati aku kata----> Friends, I'm not a perfect person to remind everyone, but this is the only way for me to express what I feel. And one thing for sure, aku sangat- sangat yakin bahawa perempuan yang baik untuk lelaki yang baik begitu jugak sebaliknye.



Program di Raudhatus Sakinah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kalau korang nak tau, Sabtu hari tu bersamaan 19 Mei 2012, aku ade menyertai satu program yang di beri nama Kami Cakna Raudhatus Sakinah. Actually aku tak pernah dengar pun pasal Raudhatus Sakinah ni. Ade je pusat- pusat yang memberi bimbingan untuk remaja perempuan bermasalah yang aku pernah dengar tapi bukanlah Raudhatus Sakinah. 

Ni lah kawasan rumah Raudhatus Sakinah

Perjalanan ke sana memang sangat mencabar la jugak. Mane taknye bas yang bawa kitorang kesana tayarnye meletup. Memang sesuatu yang tak di jangka la kan. Tapi alhamdulillah. Everything is okay. Sampai kat Rumah Raudhatus Sakinah tu tengah hari jugak la. Sampai- sampai je terus taklimat serba sedikit tentang Raudhatus Sakinah oleh salah seorang warden kat sana. Then kitorang makan- makan, solat ape semua. Lebih kurang kol 2 petang kot baru start aktiviti kitorang. 

Antara aktiviti yang sempat kitorang buat ialah sharing moment ngan sukaneka. Maklumlaa, sampai RS pun da lewat. Ade la aktiviti yang tak sempat di buat. Paling tak syok, aku tak dapat nak join slot sharing moment ngan dyorang. Sebab ade benda laen yang perlu aku buat. 

At the end of program tu ade laa sedikit motivasi dari pengarah program. Banyak benda aku dapat dari program ni sebenarnye. And pada aku putri- putri RS ni sebenarnye bukan la calang- calang orang. Diorang ni insan yang dipilh Allah untuk di tempatkan di RS sebab Allah tak mahu diorang ni terus hanyut dengan panahan dunia. Walaupun diorang ni pernah buat sesuatu yang tak sepatutnye di buat, tapi Allah masih bagi peluang untuk diorang berubah. Diorang ni insan yang kuat sebenarnye. Kalau korang nak tau, kat RS, diorang akan bangun seawal 3 pagi untuk buat Qiamullail, berzikir sampaila ke subuh. Tak semua orang mampu aku rasa untuk bangun tengah- tengah malam untuk solat.

Sukaneka

Aku rasa aku sendiri pun tak mampu nak buat semua tu macam diorang. Selalu kita dengar orang cakap, "Setiap yang berlaku ade hikmahnye,". See, diorang pernah buat silap, dan hikmahnye sekarang putri- putri ni lebih dekat dengan Allah. Allah pun takkan uji hamba- hambaNya di luar kemampuan hambanya kan. 

Time yang aku tak boleh nak tahan air mata adalah waktu slot motivasi. Kitorang sama- sama dengar wasiat nabi untuk wanita. Sayangnye nabi pada kita kaum wanita. Then ade zikir. Waktu tu putri- putri RS and student USIM sendiri menangis teresak- esak. Dapat lihat kat situ, putri- putri RS memang sudah betul -betul menangisi dosa- dosa silam diorang. Tapi pada aku siapa diorang dulu tu tak penting. Tapi penerimaan masyarakat and siapa diorang sekarang and masa depan jauh lebih penting. 

Aku suggestkan supaya di perbanyakkan lagi aktiviti macam ni. Lebih- lebih lagi untuk golongan remaja. Sekurang- kurangnya, ia dapat memberi sedikit sebanyak pendedahan kepada remaja apa yang patut and ape yang tak patut diorang buat dalam menjalani kehidupan seharian. 


Hati aku kata----> Kita tak semestinya perlu buat silap untuk belajar dari kesilapan. 

Satu Hati, Pelbagai Rasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hai korang. Selamat hari Isnin. Eh, macam aneh je bila aku update hari Isnin ni kan. Biase aku update hari Jumaat. Tu pun kalau korang perasan laa kan. Tapi tak kisah laa kan hari ape. Lagipun kelas aku hari ni banyak yang cancel. So, ape lagi.. Ngadap blog la. Hari ni aku nak share something yang aku rasa pernah berlaku in daily life kita. Bila ia jadik, kadang kita rasa nk marah, tapi tak tau nak marah sape. Kekadang pulak kita tau nak marah sape, tapi tak sampai hati pulak nak marah. Sometime, bila ia jadik, ia buat kite tersenyum. Berapa banyak kadang- kadang la. Tapi tu la hakikatnye.

So, jom kita teruskan pembacaan.

* Tengah best- best korang menaip assingment, tetiba member kau secara tak sengaja termatikan suiz sedangkan laptop kau time tu tak guna bateri. Memang kita tau dia tak sengaja, tapi rasa tak puas hati tetap ade kot. Betul tak?

* Satu situasi yang mana kau ke hulu ke hilir carik getah rambut kau. Tak jumpe- jumpe. Tup tup tengok getah ade kat pergelangan tangan korang sendiri. Pernah tak terkena macam ni?

* Situasi lain pulak time kau nak keluar rumah kau da sidai semua baju- baju kau sebab cuace agak panas laa. Tetibe kau balik time tu da hujan and baju kau still kat ampaian. Nak salahkan sape kan bila kau sendiri tak pesan kat housemate. Tapi kan, kat mana pulak sensitiviti housemate kau tu ye.?

* Ape pulak yang kau rasa bila kawan kau yang da bertahun tak pernah message kau, tak pernah call kau, on9 kat FB pun tak pernah tegur, tetibe one day dia message kau n mintak nombor si A. After kau bagi, terima kasih pun dia tak ucap. Then sampai ke hari ni dia tak contact kau langsung. Nampak tak function kau kat sini?

Sumber- encik google

* Situasi lain pulak bila orang yang kau tak pernah lupa. Setiap ape yang kau nak buat, mesti kau panggil dia join sekali. For example,"weyh, meh laa makan sekali", "Jom- jom. Aku teman kau". Tapi bila time dia pulak, nama kau pun dia tak sebut. Tak patut sungguh kan. Tapi itu laa hakikatnye. 

Actually banyak je lagi situasi- situasi yang boleh buat kita tersenyum, nak marah, and ape segala perasaanla bercampur baur. Tapi benda- benda ni laa yang mewarnai hidup kita. Bila dah jadik macam ni barulah kita sedar kat mana kedudukan diri kita yang sebenar di mata kawan- kawan kita. And boleh jadik jugak, orang yang kau tak pernah care langsung tu laaa yang akan sentiase ingat kat kau. And I admit it.


Hati aku kata----> Tak semua benda kita mampu luahkan kat orang. 

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hei, kamu yang ade di sana, di sini dan tak lupa jugak yang ade di situ. Macam yang kita semua tau, yang hari ni Hari Guru kan. And aku amek kesempatan ni nak ucapkan Selamat Hari Guru buat semua cikgu- cikgu yang pernah mengajar aku. Dari aku tadika, sekolah rendah, sekolah menengah and sampailaa aku dah kat u skang ni. 

Tadi buat pertama kalinye aku sambut hari guru sepanjang 2 tahun aku kat USIM ni. Aku ade kuliah law malam ni tadi.  Even kuliah sepatutnye habis lagi 2 minggu. Tapi memandangkan Encik Khairul ni ade urusan laen kat Turki, kuliah terpakse di habiskan awal. Budak- budak kos aku semua decide buat suprise untuk lecturer business law kitorang.  Kitorang saje je buat- buat tak masuk kelas. Tapi ade je dak kos laen yang dalam dewan. Tapi tak ramai laa. And for sure dewan kuliah tu nampak laa kekosongannye.
Sumber: Mr Google


Then kitorang matikan suiz lampu. As usual, masuk ramai- ramai bawak kek and pasang lagu untuk lecturer kitorang tu. Encik Khairul ni actually part timer je kat USIM. Dia ni sebenarnye lawyer. Seorang lecturer yang aku rasa patut aku kagumi. Serious aku sangat sangat sangat kagum dengan dia. Tiga kali aku repeat perkataan sangat tu. Sangat sempoi time mengajar. Dengar cara dia baca setiap ayat quran, memang perfect. Hafal bulat- bulat. Memang aku sangat kagum laa. Kiranya ilmu dia bukan sekadar di buku, tapi kat dalam hati. Memang perfect.

Pengalaman dia toksah cakap laa. Merata dunia dia dah pergi aku rasa. Even aku ni bukanlaa student law, tapi jadik seronok belajar business law tu di sebabkan cara dia mengajar tu. Awesome. Pesan dia time akhir kuliah tadi, "Jadilah seseorang yang ilmunye bukan hanya pada dasar. Tapi secara menyeluruh dan mendalam. Kalau belajar bidang law, pastikan semua tentang law kita tau. Kalau bidang muamalat, make sure setiap isi, setiap bahagian tu kte tau. Dan ilmu itu bukanlaa sesuatu yang patut kita tunggu, tapi seharusnya di cari" 


Hati aku kata----> Setiap orang adalah guru. Walau hanya seorang penunjuk arah. 

SEGMEN: saya blogger dari universiti?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Taknak cakap banyak.
Tengok je laa banner bawah ni.


Aku dari Universiti Sains Islam Malaysia.
Course Muamalat Administration.
Nak join x? kalau nak, klik banner atas tu selaju yang mungkin.

Hari- hari pun hari ibu ok

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat Hari Ibu aku ucapkan kepada semua yang sudah pun bergelar ibu, mak, mama, umi, mummy, bonda or ape- ape jelah. Actually tak kisah pun ape panggilan kita untuk ibu kita, mereka tetap same. Tanpa mereka, siapalah kita kat bumi Allah yang maha luas ni. Mereka yang melahirkan kita. Membesarkan kita. Memberi didikan yang secukupnye kepada kita hingga menjadi orang yang berguna, insyaalah. Penuhi semua kehendak kita tanpa berkira sikit pun. Sanggup buat ape je, asalkan ape yang kita nak tu tercapai. Begitu sekali pengorbanan mak- mak kita.

Aku sayang sangat mak aku. Siapa yang tak sayang mak kan. Tak sabar rasenye nak habis belajar. Then boleh kerja. Dapat la tolong mak ngan ayah aku. Memang, banyak mana pun duit yang kita bagi kat mak kita, belum terbayar setitis pun air susu mak kita. Rasenye ape je yang kita buat kat mak kita belum cukup untuk membalas  semua jasa mak kita tu.
Dari Puan Google

So, kalau mak kita membebel tu. Diam kan aje. Takkan laa dia nak bebel pada benda yang tak betul. Ye tak? Mesti ada silap kita. Kalau mak marah- marah tu, diam jugak. Tak payah nak melawan. Mesti semua tu ade kebaikan untuk kita jugak. Melawan nanti dosa pulak. Dalam Al Quran, Surah Al Isra' ayat 23 ade menjelaskan pasal benda ni. Jangan sesekali tinggikan suara pada mak kita. 

Ingatan ni bukan untuk korang je. Sambil menaip ni, aku ingatkan diri aku yang selalu terleka jugak. Kadang kita tak sedar ape yang kita buat tu salah. Tetap nak kate ape yang kita buat tu betul. Sedangkan mak kita lebih banyak makan garam dari kita. Ape yang mak kita larang tu ada sebabnye. Mereka ni kenal dunia lebih lama dari kita. Bahaya dunia ni mereka lebih tau. Aku selalu ingatkan diri aku, ape sekalipun yang aku buat pada mak aku hari ni esok dan hari- hari seterusnya, baik atau buruk, itu laa jugak yang akan anak- anak aku buat kat aku. So, for sure laa aku nak anak- anak aku buat yang baik- baik pada aku. Papatah ade mengatakan, "what goes around, comes around"

Lagi satu, mak adalah insan yang selalu ada dekat dengan kita tak kira ape yang berlaku. Susah senang mak akan selalu bersama anak- anaknye. Sedih, gembira, susah, senang, mak tetap bersama kita. Tak macam pakwe la ape laa yang selalu tinggalkan kita. Tak kan ade yang bolah tahan dengan perangai kita selain mak kita. Tak pernah bosan melayan perangai kita. Banyak sebenarnye kalau nak cakap pasal mak ni. Tak pernah habis.

So, bersyukur la jika kita masih mempunyai ibu. Sebab, doa seorang ibu ni sangat mustajab. Lastly, takde lain yang aku harapkan melainkan semoga entry kali ni dapat memberi satu keinsafan dan menjadi permulaan yang baik untuk berubah bagi mereka yang ade salah dan silap dengan ibu kita. Lagipun hari ibu tu bukan hari ni je. Hari- hari pun boleh kita raikan ibu kita.


Hati aku kata----> Sayang mak sangat- sangat. Tak tau ape jadik kalau mak xde kat sisi time melalui hari- hari yang sukar. Thankz mak. 




Jauh di mata, dekat di hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat Hari Jumaat kawan- kawan. Rasa macam skema sangat la pulak kan. Tak kisah laa. Layan kan aje laa ea. Haha. Hari ni rase macam nak cerita pasal mak aku. Nak layan tak? Hehe.

Kalau korang nak tau, aku akan call mak aku hari- hari. Kalau tak pun, selang dua hari. Even aku tak call mak aku pun, mak aku sendiri akan call aku. Sampai kawan- kawan aku cakap, "Miza ni, hari- hari mesti mak dia call." Laa tak kan mak aku nak call korang pulakkan. Maklum la skarang ni mak aku tinggal berdua je ngan ayah aku kat rumah. Adik- adik aku semua mak aku dah hantar masuk asrama. Haruslaa mak aku boringkan kat rumah.

Apa- apa hal pasal adik- adik aku, mesti mak aku akan inform kat aku. Hari tu mak aku ade cerita pasal adik lelaki aku tak call mak aku langsung. Kire mak aku macam terasa jugak laa kot. Then time adik lelaki aku balek cuti hari tu, mak aku cakap dia dok termenung. Mak aku tanyelaa, kenapa termenung? Korang tau tak dia jawab ape, "Entah laa ek mak. Macam mane tah adik boleh lupa nak call mak hari tu. Lame tuu. 2 minggu"

Gambar ihsan dari Google

Bertuah punya budak. Aku rase macam nak sekeh je kepala adik aku tu. Nasib baik aku takde kat rumah time tu. Kenapa aku update pasal ni, sebab serious aku rindu giler kat family aku sekarang. Nak balek, tak boleh. Assignment menggunung. Test pun berderet- deret. Sampai satu peringkat aku rase macam nak give up. Malas da nak belajar. Tapi ye laa. Mak aku selalu cakap, bukan senang nak jadik senang. Kesusahan time study ni yang akan buat kite lebih menghargai ape yang kita ada. 


Hati aku kata----> Syukur sangat dapat kawan- kawan and family yang selalu bagi sokongan time aku tengah down.

Segmen: Geng Blogger

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Setelah sekian lama tak join, maka hari ni aku terpanggil untuk join laa.
Untuk pengetahuan semua, aku adalah GENG BLOGGER C.
Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan
Nak join jugak x? kalau nak, meh KLIK SINI cepat2..