Jangan buat lagi, please.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah. Exam aku da pun abes jumaat hari tu. As usual la paper ade senang, ade susah. Tak kisah la tu. Aku pun dah buat ape yang termampu. Yang penting semua dah selesai. And sekarang aku da pun ade kat umah. ~Home sweet home~ Hari ahad hari tu pakcik aku kawen. Serious aku seronok giler. Semua sedara mare kumpul ramai- ramai. Lagi pulak family kitorang dah lame jugak takde buat majlis perkahwinan. 

Tapi bukan tu semua yang aku nak share hari ni. Ade benda lain sebenarnye. Ceritanye macam ni. Hari tu aku chat ngan kawan aku sorang ni. Tetibe dy bagi satu link ni. Aku pun tanpa syak wasangka terus klik kat link tu. Then, terkeluar la gambar yang sumpah sangat- sangat menyeramkan pada aku sekali ngan suara orang mengilai lagi. Aku memang terkejut giler. 

Kali kedua pun kena time chat gak. Kawan aku yang lain pulak bagi. Aku macam tak terfikir yang dyorang akan hantar benda- benda tu. Lagipun kalau tengah borak pasal benda lain then kite takkan terfikir yang dia akan bagi benda- benda tu. Yang lagi satu aku kena time bace blog someone ni. Tajuk "Jambatan terpanjang  di dunia" kalo tak silap tajuk dia. Sorry, aku tak ingat sangat. Bila bace tajuk dia, for sure la aku nak tau macam mane rupa jambatan tu kan. Silap aku mungkin bila ade perasaan ingin tahu yang terlalu tinggi. Aku pun scroll la sampai bawah, again! Terpampang la gambar pocong. Aku tak suka benda- benda ni sebenarnya. Terkejut plus takut. Kesannye? Aku jadik takut even nak ke toilet sekalipun. Aku tak suka perasaan tu.

Pada aku benda macam ni tak sepatutnye di buat main weyhh. Maybe ada yang nak kata aku ni ambil kisah sangat benda- benda gini. And as for me, benda ni semua bukan cara nak buat lawak okay. Banyak lagi benda- benda lain kalo nak berlawak. Once kau ade kena ngan someone else, tak payah la nak kenakan orang lain pulak. Tak baik tau. Banyak kali dah aku kena. Bagi sape- sape yang pernah buat tu, jangan la buat lagi ye. Merayu ni.

Sumber: Mr Google

Hati aku kata----> Nasib baik kena kat aku yang muda remaja ni, kalau kena kat pakcik makcik yang ade sakit jantung macam mane? 

Mood Exam Kembali Lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ehem ehem. Jam menunjukkan tepat jam 1.35 pagi. Aku masih kat depan laptop. Kepala aku dah tak larat nak terima input- input untuk exam. Otak aku nak rehat jap dia cakap. So, habiskanlaah sekejap masa kat depan blog ni ha. And insyaallah entry ni akan menjadi entry terakhir aku sebelum exam. 

Tak dan kot aku rasa nak berFb bagai. Tapi FB tu aku still on je even bace buku sekalipun. Nak tau perkembangan laa kononnye. Buat hilang- hilangkan boring katenye. Haha. Kalau korang nak tau, subjek sem ni agak tough laa semestinya. Ade dua law aku kena fokus. Commercial law and also comparative law. Nampak macam sama. Tapi entah laa. Masaklah aku. 

As usual la. Azam tahun baru aku berapi api tak nak study last minute. Tapi inilah yang akan jadik kat aku bila exam da dekat. Time ni la aku baru nak compile nota. Janji awal sem hanya tinggal janji. Tak kisah laa tu kan. Aku rasa korang pun ade je kot yang sama ngan aku. 

Semalam aku baru siap isi enilai. Dengan enilai nie, kita as student akan nilai lecturer kita bagi membolehkan kita mendapatkan slip masuk peksa. Haaaa, gituu. Bila da isi tu, maknanye exam da dekat sangat laa tu. Persediaan tu sangat -sangat penting ye. So, aku mengaharapkan doa kawan- kawan semua. Doakan yang terbaik untuk aku exam kali ni. Salah silap aku mohon maaf okey.

Terumpat, termengata, entry yang menyentuh hati sanubari korang, ayat- ayat yang tak patut aku ucap tapi aku terucap, ape- ape jelaa, aku mintak maaf taw. Rase macam raya la pulak. Tapi aku betul- betul mintak maaf ni. Sebab berkat kawan- kawan tu tak kurang pentingnye. 

So, kepada kawan- kawan yang dari USIM and universiti laen, yang bakal menduduki peperiksaan atau yang sedang menduduki peperiksaan, all the best okay. Semoga kejayaan tu menjadi milik kita semua. Yang paling penting, apa pun yang kita buat, cuba buat yang terbaik. Okay. 


Hati aku kata----> Kejayaan bukan milik orang yang pandai tapi milik orang yang rajin berusaha.