Say good bye to 2012

assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai korang. Okay, aku rasa semua orang maklum dah kot yang hari ni merupakan hari terakhir bagi tahun 2012. Aku sangat yakin yang entry hari ni mesti ramai yang share pasal azam tahun baru dan cerita secara ringkas tentang aktiviti 2012. Aku pun amek kesempatan ni untuk cerita pasal tu semua. 

Tahun 2012 aku lalui same je macam tahun- tahun sebelum ni. Nothing special. Cuma tahun ni aku boleh terlibat dengan Sekretariat MPP. Sekretariat under Exco Ekonomi dan Keusahawanan. Saje je join. Amek pengalaman. Bile lagi kan. Sekarang ni pun dah tahun 3. Tinggal setaun je lagi ade kat USIM. Yang paling best, geng- geng sekretariat aku sangat happening. Sampai pening nak layan. Tapi okay laa kan dari kaku je.  Boring plak nanti. 

Sumber mr google

Last three days aku join pulak satu program yang dah lame aku nak. Cuma takde peluang. And tetibe peluang tu datang kat aku beberapa hari lepas. Aku pun ape lagi. Grab je la peluang tu. Nak tau program ape.? Program GELANDANGAN. Kitorang mula kumpul kat Anjung Singgah. Then baru laa gerak ramai- ramai ke kawasan- kawasan orang gelandangan untk tengok sendiri realiti sebenar sambil edarkan makanan.

Ape yang aku dapat dari program tu, banyak jugak la. Antaranya  bersyukurla dengan ape yang kita ada sekarang. Kalau kita rasa kita susah, percayalah ade orang yang lagi susah dari kita. Kalau kita  mengeluh tak selesa dengan toto atau tilam kita sekarang, percayalah kat luar sane tu ade orang yang tidur beralas lantai berselimutkan kotak je. 

Harapnye 2013 nanti akan lebih memberi warna- wani dalam kehidupan aku. Walau perit tetap kita kena lalui kan. Walau penat, kita tetap kena berjalan. Sebab dunia ni hanya persinggahan sebelum kita menuju ke akhirat. Kalau kita rasa letih dengan kehidupan, kita silap. Jangan kita ingat dunia ni tempat kita bersenang lenang. Sebab ade yang perlu kita kumpul untuk di bawa ke akhirat nanti. Okay, ni ingatan untuk diri aku sendiri jugak di penghujung tahun ni. Hope, bile- bila aku ulang baca nanti, aku boleh jadikkan ni sebagai motivasi diri aku sendiri. 


Hati aku kata----> Aku start exam rabu ni. Wish me luck ok. 








Beza zaman sekolah and zaman U Part 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Jumaat datang lagi. Dan waktu ni laa antara waktu yang aku berkesempatan untuk menghupdate blog. Hari ni aku nak sambung entry yang hari tu aku update. Ni consider yang part 2 laa. For those yang tak bace lagi Part 1, boleh laa klik SINI .. 

Ok, go!

Perbezaan yang seterusnya ialah:

Waktu kelas

Kalau dulu zaman sekolah, kelas biase dari pukol 7.30 pagi sampai tgahari je kot kalau tak silap aku. Kalau lewat sikit pun sebab ade kelas tambahan. Pastu ade perhimpunan every monday. Cikgu nasihat itu ini. Kat U takde pulak kot aku rasa perhimpunan- perhimpunan ni. Apa- apa announcement akan di sebarkan melalui flyers or board- board kat setiap fakulti. Kena alert laa kirenye. Pastu kalau kat sekolah kalau tak silap aku pukol 10 pagi rehat kan? Semua akan keluar ramai- ramai pergi makan kat kantin. Kalau kat U pulak, jadual kelas memang tak tentu. Kadang- kadang kelas sampai malam pun ade gak. Pandai- pandai la carik masa makan sendiri. Masa tu ade, cuma kene pandai manage la. Jadual memang agak pack la. Especially for those yang jam kredit sampai 21, 23 atau lebih lagi. Memang mengancam laa kan mereka- mereka ni punye jadual. Paling syok kalau kelas cancel. Budak sekolah kalau cikgu takde, tetap kena duduk kat dalam kelas sebab ade cikgu ganti. Kat U tak. Boleh balek hostel kejap, rilex- rilex. 

Handphone

Zaman aku sekolah dulu, handphone ni di gelar barang haram. Dah namenye pun haram kan, tu maknenye memang tak leh bawak laa kan. Kalau bawak dosa! Boleh gitu? Actually bukan laa dosa cuma peraturan laa katekan. Kalau yang mana kepala ala- ala batu bata tu bawak gak, pandai- pandai cover laa. Jangan dok tayang sane- sini. Memang tempah maut tu namanye. Simpan laa kat mane- mane yang di jamin selamat. In case kalau kena rampas time spot check, jangan laa time tu nak memujuk merayu suruh pulangkan. Memang tak laa weyh. Kan da cakap awal- awal, jangan bawak. Berani bawak, berani tanggung la kan. Kalau kat U pulak, perkara ni tak berlaku dan aku rasa takkan berlaku kot. Masing- masing henset semua canggih- canggih. Yang tipis ade, yang besar macam kalkulator casio 570 pun ade, tablet bagai. Macam- macam la. Nobody care dah mase tu. Sebab masing- masing da besar. Pandai fikir sendiri da. Time kuliah tu silent laa kan.


Sumber Mr Google
Bahasa perantaraan.

Time kat sekolah dulu, semua cikgu cakap bahasa melayu kecuali cikgu bahasa inggeris. Yelah, takkan cikgu bahase inggeris nak cakap malay pulak. Pelik pulak nanti. Baik dia ajar BM je. Haha. Kalau kat U pulak, majoriti lecturer akan sampaikan lecture in english. Ko faham ke, x faham ke, naseb laa. tapi aku aku rasa most of the student faham insyaallah. Sebab lecturer akan guna very simple english. Tak laa kite as a student ni dok ternganga je. Yang parah kalau dapat lecturer dari Saudi Arabia. Aku pernah dapat. Dia dah laa tak fluent Malay. Conduct kelas hampir keseluruhannya in arabic. Memang menganga la aku. 


Tu jelaa perbezaan yang aku mampu fikir sekarang ni. Kalau aku ade idea lagi, akan ade la part 3. Kalau takde idea da, sampai part 2 jelahh. Boleh? Satu perkara yang aku realize sekarang ni, walau jauh mane pun aku pergi, sekolah tu laa yang jadik tempat aku paling rindu. 


Hati aku kata----> Sabtu ni Seminar Pengurusan Kewangan Mahasiswa. Doakan semuanye berjalan lancar. 







"Kejutan" di pagi Ahad

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Last wednesday, mak aku message. 

"Kak Long, weekend ni ade nak gi mane- mane ke..?" 

 Aku ni yang tak menjangkakan apa- apa, terus laa reply message mak aku tu. 

"Erm, takde ke mane kot mak. Dok umah je. Kenapa?" 

Sebab mase tu aku memang takde plan nak kemane- mane pun. Mak aku tak reply plak message aku. Aku pun buat tak tau je laa. Aku anggap tu biase je. Yelah, aku kan bese tak lekat kat umah kalo time weekend. Tu pasal laa kot mak aku tanye. So, aku lalui laa hari- hari aku macam biase. Gi kelas balek kelas. Sampailaa ke hari sabtu, after discuss- discuss, group member aku ajak shooting untuk assignment Consumer Behavior kitorang hari Ahad. Aku pun on je laa. 

Sat gi, pagi- pagi Ahad, mak aku message. 

"Selamat pagi Kak Long. Da bangon ke?" 

"Dah mak. Npe mak?" 

"Takde pape. Anak Cik Milah nikah" 

Mak aku ade tanye sekali lagi, aku kemane- mane tak hari ahad. Aku cakap je takde. Sebab aku tau shooting tu bukan lame pun. Takpe kot kalo tak gitau mak pun. Tapi aku macam rasa something. Aku try message adik aku, tnye dia kat ne. Dia cakap dia kat pasar ngan mak and abah. Okay! Salah laa kor rasa hati aku tu. Aku pun terus mandi siap- siap semua. Sebab pagi tu ade shooting. Siap je shooting, member aku ajak breakfast kat KFC. Layan je laa kan. Perut pun tengah lapar. Orang belanje tak baek tolak. Tak gitu?

Sumber Mr Google

Mase kat KFC tu, makanan sampai agak lambat laa. Bila da sampai je breakfast tu, phone aku bunyi. Eh, my mum yang call. Kenapa pulak ek? Dalam aku tertanye- tanye tu, aku jawab laa jugak.  

"Kak Long, kat ne? Mak kat depan umah sewa ni?"

What???? Aku macam tak caye laa mula- mula. Memang menjadi laa lakonan semua family aku hari ahad tu. Semua pakat tipu aku. Cakap kat pasar laa,ade kenduri la., apelaa.. Macam- macam. Aku memang sangat terujaa la kan for sure. Lama tak jumpa family ramai- ramai kan. Sampaikan aku tak rasa lapar pun. Padahal tadi aku dah tahap lapar macam hape tah. Excited punye pasal sampai lupa erti lapar. Haha. Boleh pulak gitu kan. 

So, bila dah jumpa family, semangat sikit laa nak study. Minggu depan last lecture. Pastu study week seminggu. Then, final exam 3 minggu. Yeah. Cepat laa mase berlalu. Nak balek Johor dah ni. 

Hati aku kata----> Kenapa masih memilih untuk bersedih kerana perkara lalu kalau gembira itu milik kita hari ini. 

Beza zaman sekolah and zaman U Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kita sedia maklum, zaman sekolah dengan zaman universiti or ape- ape laa yang setaraf dengannye tu adalah dua institusi yang sangat- sangat beza. Dulu masa sekolah, selalu cakap "Waaa, bestnye masuk U. Takde keje sekolah".. Haha. Pemikiran kolot seorang aku suatu ketika dahulu. Seorang budak yang mentah pemikiran. Mungkin masa tu aku fikir, kat U ni tak de homework, suka hati je nak datang kelas ke x,. Ternyata aku sangat sengal mase tu sebab aku nak semuanye senang je. Haha. So, kat sini aku nak kongsi sikit laa perbezaan antara zaman sekolah ngan zaman universiti dan setaraf.

Pakaian

Yang pertama adalah mengenai pakaian. Kalau zaman sekolah memang tak susah nak pilih baju ape nak pakai aku rasa. Sebab memang tak de pilihan pun kan. Hari- hari baju sekolah. Hari Rabu pulak yang kadet polis, pakai baju Kadet Polis. Yang puteri islam pakai laa baju Puteri Islam. Takkan nak pakai baju Kadet Bomba pulak kan. Kalau tak silap aku, nak pakai baju cantik sikit time sekolah tu bila ade majlis- majlis je. Contohnye macam majlis macam Maulidur Rasul ke, Jamuan Hari Raya ke. Time- time gini laa budak- budak sekolah nak pakai baju cantik sikit. Nak berfesyen sikit katenye! Hehe

Kat U pulak, pada aku memang susah jugak laa nak fikir nak pakai baju ape. Yelahh, kang nak pakai baju hijau, teringat pulak, "Eh, Selasa hari tu dah pakai hijau". Tak jadik laa pakai. Nak pakai purple, teringat pulak yang baju tu da pakai mase kuliah minggu lepas. Nak pakai baju ni ngan tudung ni, ish macam tak sesuai je. Dah tak jadik pakai. Haha. Aku tak pasti laa ni memang betul- betul susah or aku je yang saje menyusahkan diri sendiri. 


Just for fun. Sumber Google


Kerja sekolah

Ni satu part yang "PALING" students suka. Kerja sekolah. (Harap fahamla makne paling tu). Kalau zaman- zaman sekolah, kerja sekolah ni laa yang cikgu selalu bagi. Nak bagi kita buat latihan sikit. Kalau tak, memang takdenye nak bukak buku tu. Habis kelas, habislaa. Paling- paling pun akan bukak semula minggu depannye bila ade jumpe subjek tu semula. Tapi kerja sekolah ni senang la sikit sebab semua dah ade, tinggal nak jawab je. Contohnye cikgu akan bagitau, "Ok, buat dari mukasurat ni sampai mukasurat ni. Minggu depan kita bincang". Tinggal nak buat je. 

Kat U pulak ade gak kerja sekolah. Tapi kita akan panggil assignment. Nak cakap susah, tak laa susah. Nak cakap senang pun, tak la senang. Depend on individu laa. Susah senang tu kan subjektif. Hehe. Cume bezanye, assignment ni lecturer akan bagi then kita kena carik laa sendiri maklumat tu. Nak carik kat mane tu, pandai- pandai kau laa. Tak de dah lecturer tu nak state kan muka surat ke hape ke. Dia bagi tajuk and guideline laa sikit- sikit. Ok laa tu kan. 

Nanti aku sambung lagi ok. Thankz for reading.


Hati aku kata----> Zaman belajar ni akan jadik satu zaman yang kita akan kenang sampai bile- bile.