Tips memilih tempat praktikal

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lama tak update blog ni. Busy ngn study, siapkan assingment, turun naik library. Part yang turun naik library tu aku tipu. Mohon jangan percaya ye. Hehe. Sekarang ni aku dah berada di minggu terakhir. Minggu yang agak kritikal. Presentation, submit assingment, semua benda la mingggu ni. Minggu depan da start study week. Tahun depan, i mean bulan 1 ni exam. Pastu praktikal. Hoyeaaaa.. Alhamdulillah. Aku dah dapat tempat praktikal. Syukur sangat. 

So, aku ingat aku nak share laa sikit tips memilih tempat praktikal. Ni semua berdasarkan pengalaman aku, pemerhatian aku, nasihat Pusat Hubungan Industri dan Pengkomersialan (PHIP) dan orang- orang sekeliling aku. Kalau korang nak tau, PHIP ni adalah satu jabatan kat USIM yang menguruskan urusan berkaitan Latihan Industri ni. Bukan senang ye nak carik tempat praktikal. Yelah, Malaysia ni ade berapa banyak IPTA, IPTS. Bersaing la jugak nak dapat tempat. So, bagi kawan-kawan yang masih pening-pening cari tempat praktikal atau bakal mencari, jemputlaa baca ni sekejap.


Ni lah website yang kerap aku singgah sejak-sejak dah tahun 4 ni. 


  • Kerap berhubung dengan Mr Google dan bertanya pendapat kawan, pensyarah, senior.
    Benda ni perlu sebenarnya. Sebab mungkin kadang-kadang ade benda yang kita tak tau. And orang lain lebih tahu. So, jangan segan-segan nak tanya. Lagi pulak lecturer and senior-senior ni mestilah dah ade pengalaman kan. Mungkin jugak diorang lebih tahu organisasi macam mana yang sesuai dengan course kita tu. Ape yang orang tua selalu cakap, "Malu bertanya sesat jalan". Kalau tak nak sesat, jangan malu-malu nak tanya. Dunia di hujung jari. Carik je la tempat praktikal mana yang sesuai.
  • Pilih bidang dan organisasi yang bersesuaian.
    Ni pun satu lagi hal. Jangan la pergi memandai-mandai pilih organisasi yang operation or main business dia totally different dengan course yang kita ambil. Bukan ape, risau nanti bila supervisor dari industri suruh buat ni tak boleh. Suruh buat tu tak reti. Yelah, mane tak nye. Dah kita dari course lain, pergi apply praktikal kat bidang lain. Memang susah la kan. Lagi satu, susah jugak time akhir nak buat report nanti. Lagipun, time praktikal ni la kita nak praktikkan ape yang kita dah belajar. Lagi satu lecturer aku ade pesan, kalau ade supervisor suruh kau buat air je, sekali tak pe, dua kali xpe, kali ketiga dia suruh tu, kau cakap ngan dia, "Sedap sangat ke kopi saya ni". Haha.

    Ni antara permohonan yang aku dah buat. Ni baru yang under system. Belum lagi yang aku apply sendiri kat luar.

  • Lokasi. 
    Lokasi ni sebenarnye depend la kat individu. Nak dekat ke, nak jauh ke. Nak praktikal kat belakang rumah ke, kat kilang kerepek sebelah rumah nenek ke, sebelah office mak ayah kau ke, kat mana ke, kau yang tentukan sendiri. Terserah. Tapi sendiri fikirlah kan. Jangan sebab nak dekat ngan rumah, pilih organisasi ala kadar je. Asal dapat. Sebab time Latihan Industri ni la kite nak grab sebanyak mungkin pengalaman sebelum masuk ke alam pekerjaan yang sebenar. 
    Bagi yang nak buat praktikal jauh dari kampung halaman, bagus jugak. Timba pengalaman kat tempat orang. Kalau macam aku, aku apply macam-macam tempat, KL ade, Bangi ade, tapi semua tak dapat. Last-last dapat kat negeri kelahiran aku sendiri. Johor. Nak buat macam mane kan. Takdok rezeki. Huhu.

  • Jangan ikut kawan.
    Apa yang aku maksudkan jangan ikut kawan ni ialah jangan bila kau da dapat satu tempat untuk buat praktikal, ko tak accept offer tu. Kalau kau tak accept offer sebab nak tunggu feedback organisasi laen tak pe. Tapi kalau ko tak accept sebab kawan kau tak dapat lagi offer dari tempat yang sama dengan kau, itu silap besar kawan-kawan oii. Aku bukan nak cakap apelah, kadang-kadang organisasi ni ambil budak intern bukan ramai sangat pun. Kadang 3, kadang 5.
    And kau jangan ingat kau ngan kawan kau je apply kat situ. Berderet lagi orang yang apply. So, kau patut bersyukur sebab antara ramai-ramai, kau terpilih. Ramai lagi orang yang dok pening tak dapat tempat intern. Lagi satu, sampai bila kita nak dengan kawan kite tu je kan. Ade masih kita memang akan terpisah punyelah. Percayalah.
  • Elaun.
    Tak semua organisasi provide allowance. Bagi yang apply untuk buat intern jauh dari kampung halaman mungkin merasakan elaun ni suatu perkara yang penting and amat penting sebenarnya. Yelah, nak bayar sewa rumah, api air, makan, minum , minyak motor kereta and so on. Mungkin duit biasiswa or duit PTPTN tak cukup. Kalau nak tanya organisasi tu sediakan elaun atau pun tak, macam segan la jugakkan. So, tanya dulu kat senior-senior yang pernah praktikal kat situ. 
    Kalau tak de jugak, and korang rasa elaun tu agak penting, try la tanye dekat organisasi tu. Bagitahu keadaan sebenar. Tapi ingat, gaya bahasa nak tanya tu jangan seolah-olah mendesak. First impression orang kat organisasi tu pada kita tu penting. Sebab, kita bukan je bawak nama kita sendiri tapi jugak nama pusat pengajian kita.

    Sumber: Mr Google
  • Rajin follow up.
    Yeah. Follow up memang sangat-sangat penting. Once kita dah hantar application kat mana-mana organisasi, let them know yang kita da hantar application. Tak kisah lah call ke, email ke, ape ke. Medium banyak kan. Kalau aku, lagi suka call. Direct tanya. Senang! Pastu tanya sekali tempoh untuk tau keputusan permohonan kita tu berapa lama. Then bila dah sampai tempoh tu, call lagi. 
    Kadang-kadang diorang akan cakap, dalam tempoh sekian-sekian kalau tak dapat email means tak dapat la tu. Kalau dah kata gitu, tak boleh buat apelah. Tunggu je la email dalam tempoh tu. Kalau dah terhidu-hidu bau ta dapat tu, redha je la. Apply tempat lain pulak. Lecturer aku ade pesan, "Jangan lepas buat application tu, diam je. Follow up. Jadik student yang proaktif sikit." Betul jugak dia cakap. Sebab, organisasi ni menghadap beratus-atus permohonan untuk Latihan Industri. So, don't expect yang diorang tu akan contact kite sorang-sorang.


    Sumber: Mr Google
So, pada siapa-siapa yang still tak dapat tempat praktikal tu, jangan takut. Mesti ada punye tempat untuk korang. Yang penting jangan pernah putus asa. Aku pun baru je dapat beberapa hari yang lepas. Before tu gelabah la jugak. Kawan-kawan ramai da dapat. Tapi mak aku cakap, sabar. Okay la, so far ni je la yang aku mampu kongsikan. Feel free to drop any comment, suggestion, opinion or anything. Harap-harap entry ni adalah manfaatnya untuk mana-mana pihak. 

Hati aku kata---->Rezeki tu Allah yang bagi. Tugas kita sebagai caliph cuma berusaha sehabis baik.




Diskriminasi apakah ini?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hai geng. Lama tak menghupdate blog ni. Nak kata di abaikan pun ye jugak. Busy laa lately. Maklumlah, dah tahun akhir kan. Siang sibuk call sane sini, nak carik tempat praktikal. Risau kot selagi tak dapat tempat. For those yang dah ade pengalaman tu mesti memahami perasaan aku sekarang. Lagi- lagi pulak bila kawan- kawan ade yang da dapat tempat. Semakin tinggi la tahap kerisauan aku ni. 

Tapi aku percaya pada rezeki. As long as aku usaha, insyaallah ade la tu rezekinye. Cume cepat ngan lambat je. Tu cite untuk siangnye. Malamnye pulak aku sibuk siapkan assigment. Puihhh. Ini memang menipu. Malamku banyak dihabiskan di muka buku, dengar lagu sambil memandang assignment. Pandang je la tapi. Haha. Bajet-bajet macam student mithali la kan. 

Okay, kite cite pasal laenlah. Semalam nak citenye, aku ikot kawan-kawan aku gi serve. Tambah duit poket kononnye. Aku dengan tiga kawan perempuan aku ni pakai baju hitam. Selain kitorang ade la lagi sorang sis ni dia gi catering tu jugak. Tapi dia bukan budak USIM laa. Mase lepas setup-setup tempat tu, dia ajak kitorang ni pergi toilet. Dia ngan dua member dia suruh kitorang pakai vest. Aku okay je nak pkai vest. 

Gambar ihsan dari Mr Google

Sekali aku tengok vestnye saiz adik- adik 4-5 tahun. Aku ni umur 22 akak oiiiii.. Tolong lah faham. Pastu dia cakap "Pakailah vest ni. Masukkan sekali baju korang yang besar macam baju orang pregnant tu kat dalam seluar" Waa!! Aku dengar dia cakap macam tu je hati aku dah mula panas. Tapi diam je laa kitorang ni. Malas nak melawan. Yelaa, kitorang ni kan budak baru. Cume kawan aku ade lah betah sikit-sikit, kawan aku cakap, "Malu la kak. Nampak bon*** ni kak".. Korang tau akak tu balas ape? Dia cakap, "Takde sape nak tengok bon*** korang tu la. Tetamu lagi nak tengok ayam" So what? Hanya sebab orang tak tengok, kau boleh tunjuk aset ko suka-suka. Itu kau. Bukan kitorang.

Seriously aku segan giler nak pakai dengan keadaan vest yang kecik tahap adik-adik. Baju masok dalam seluar pulak. Kalau vest tu besar doesn't matter. Kirenye kalau kitorang ikot cakap perempuan tu semalam seolah- olah memang saje nak tunjuk bon*** tu kat orang. Last-last kitorang pakai je vest yang diorang bagi tu tapi baju kitorang keluarkan je. Bukan lah aku nak kate kitorang ni yang pakai labuh ni baik. Tak! Bukan jugak yang tak pakai tudung tu, baju ketat-ketat tu tak baik. Tak! Ade je yang baik. Tapi perempuan-perempuan yang semalam tu patut sedar sikit ape yang diorang da cakap tu. 

Jangan cakap ikot sedap mulut je. Kalau ko rasa dengan pakai baju ketat-ketat tu boleh jadik tiket ke syurga, just go on. Aku bukan sape- sape pun nak judge. Dosa pahal ni keja Allah. Aku tak kate aku confirm ke syurga. Aku pun banyak lagi silap, banyak lagi benda kena perbaiki. Kalau kite ni tak mampu nak jadik baik, jangan cela benda baik yang orang laen buat. Sebab, setiap ape yang jadik depan mata kita ni, ade hikmahnye. Ada sesuatu yang Allah nak tunjuk kat kita. Kite je kadang tak sedar.

Sorry post ni terpanjang sikit. Emo pulak tibe- tibe kan. Ni sekadar peringatan untuk diri yang serba hina ni. Ape yang baik tu boleh la amek. Yang tak baik sila buang. Jangan diambil buat panduan pulak. Sekarang ni aku sedar, makin lama aku bernafas di muka bumi ni, makin banyak ragam orang yang aku jumpa. Dulu keliling aku, kawan- kawan sekolah je. Sekarang ni skop makin besar. Tu belum masuk alam kerja lagi. Moga di beri kekuatan. Mulut aku pun kadang bukan baik sangat. Kalau geram, terzahir gak dengan kata-kata. 


Hati aku kata----> Buat HAWA. Bila kita SEKSI, lelaki pandang dengan penuh KENAFSUAN. Bila kita cantik BERTUTUP, lelaki pandang dengan penuh PENGHORMATAN- pesanan seorang kawan.