Ego

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Blog dah bersawang. Nak buat macam mana kan. Malas sangat nak menghupdate. Padahal banyak benda nak story. Yang pasal pergi Guangzhou hari tu pun tak dan nak share lagi. Alhamdulillah praktikal pun dah masuk 12 minggu. Another 8 weeks to go. Tak sabar nak habiskan. Pastu boleh pergi jalan-jalan. Kawan ada ajak pergi USS, xdapat join, pergi Indonesia pun tak dapat ikut. Apa boleh buat. Ada komitmen lain yang lagi penting.

Actually banyak benda jadik baru-baru ni. Sampai satu tahap nak nangis pun ada. Stress. Tapi cuba sabarkan diri. Buat macam takde pape. Insyaallah lambat laun semua akan okay. Ada satu kata-kata ni yang aku nak share. Benda ni dah selalu orang cakap:

"Ucap yang baik-baik,
Dengar yang baik-baik,
Sampaikan yang baik-baik,
Dengan izin Allah,
Hanya yang baik-baik akan datang kat kita"

Aku masih berusaha untuk jadik macam kata-kata ni. Tapi biasalah kadang-kadang hati ni jahat. Bila sesuatu yang tak berapa okay jadik kat kita, kita akan segera menyalahkan orang. Tuding sana tuding sini. Padahal tak perasan yang satu jari je tuding kat orang, lagi empat jari tu tunjuk kat sape. Nak terus mintak maaf tu memang tak la. Macam lah satu beban sangat kan. Takkan hina nye kita kalau tunduk mintak maaf. 

Manusia ni ada ego dia sendiri. And I admit it. Bukan senang kita nak patahkan ego kita kan. Tapi bila fikir-fikir balek, sampai bile kita nak hidup dengan ego kita tu. Kadang-kadang dah buat baik kat orang, still ade je yang tak puas hati. Jangan cepat melatah. Sebab tu tanda Allah nak uji kita. Kalau sabar sikit, adelah ganjaran yang Allah bagi. Yang penting kena selalu bersangka baik dengan Allah.

Sumber: Encik Google

Kadang-kadang kita perlukan ruang dan masa untuk lihat balek apa yang kita lakukan. Tengok balek ape kita buat ni betul ke tak. Jangan terus nak melenting bila something happened. Sebab tindakan kita akan terkesan dengan emosi kita. Tapi kalau time kite tengah cool, boleh je kita bertindak waras kan. Sebab tu ada orang cakap, "Jangan berjanji ketika gembira, jangan buat keputusan ketika marah" Nanti menyesal tak sudah. 

Aku banyak belajar dari classmate aku kat USIM. Aku bersyukur sangat dapat kenal diorang. Sepanjang 4 tahun dengan diorang, secara tak langsung, diorang banyak ajar aku untuk kawal emosi. Diorang memang sangat cool, sempoi and selalu positif. Aishhhh, kembang semangkuk laa kalau diorang bace ni. Tapi ini hakikat. Semoga ukhuwah kite kekal selamanya. Amin Ya Rabb.

Hati aku kata---->A FRIEND expect you to be always there for them but a REAL FRIEND will always be with you in any situation.













4 comments:

Yun Sing said...

Mohon share quote tu :)

alif ismail said...

salam miera...

anda ditagged disini..

http://bloggeralif.blogspot.com/2014/05/cerita-pendek-untuk-qaseh-suci.html

Diana Rashid said...

walaui apa jua keadaan,banyak kan bersabaR DAN BERDOA..

CintaHati Lina said...

ego ni macam2 sebenarnya... doa dan terus tabah adalah pengubatnya.. dan jangan pernah merasa putus asa tau...