Tentang Dhia

Assalamualaikum dan salam sejahtera

hari jumaat datang lagi. yeahhh.. as usual, semoga jumaat kali ni memberi 1001 satu kebaikan kepada kita semua. eh korang, semalam cerita TENTANG DHIA episod last. sape tengok? sape yang tengok sila angkat tangan kanan. hehe. sape yang tak tengok pulak di persilakan untuk mengangkat kening. boleh gitu?

kalau sebelum ni orang sibuk cakap tengok cerita ombak rindu sampai nanges- nanges segala. tapi secara jujurnye aku cakap, aku tak nanges langsung tengok cerita tu. ombak rindu tak mampu mengalirkan air mata aku. TAPI semalam aku tengok cerita tentang dhia, air mata aku mengalir tanpa di pinta. teresak- esak nanges semalam. pada aku, episod akhir semalam tu sangat- sangat menyentuh hati aku.

aku tengok kat tonton je semalam ngan housemate aku. ternyata kawan- kawan aku pun ade yang mengalirkan air mata gak. haha. tapi ade la jugak dua tiga kerat yang tak nanges. konon- kononnye jiwa brutal. what ever la korang. banyak betul dugaan Allah pada Dhia tu. dari dia kena buatan orang sampai mati then hidup semula. ayah pulak mati mase dhia dah nak kawen. mak dia pun mati jugak angkara si salmi tu. ceh, aku cerita macam la Dhia tu watak betul. padahal cerita je pun. sampai aku terfikir, ade ke mak mertua sejahat Ku Salmi di dunia realiti ni ek? kalau betul ade, jangan laa aku yang jadik menantu dia. hehe



hati aku kata----> naseb baik la adi putra yang pegang watak zikir. hehe

1st GiveAway Lily Butterfly by Miss Wandalaara

Assalamualaikum dan salam sejahtera

good morning to everyone.
pagi ni aku nak join satu giveaway.
wanblur yang tag aku.


so, kalau rase- rase berminat nak join
atau nak tau lebih lanjut pasal GA ni, 
boley la terus ke blog Lily Butterfly dengan klik banner ats tu sepantas kilat.
.
.
erm, dengan sukacitanya aku nak tag:
.
.ok, dOne!

"kenapa yang jahat terus dipandang jahat?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera

selamat hari sabtu korang. ade perancangan nak ke mane- mane tak hari ni? for those yang tengah study week tu, jangan nak ke mane- mane. dok umah, bace buku. nanti dah abes exam baru kite pergi jalan- jalan same- same ok. korang, assignment aku semua dah siap. heep. heep. hoorey!!. seronok sangat. rase lega yang teramat sangat. rase ringan je kepala ni. terlebih sudaa. hehe

okay- okay. aku bukan nak cerita tu semua sebenarnye. aku nak cerita pasal someone ni. semalam dia message aku. message punya message, tibe- tibe dia tanye, 

"kenapa ek orang yang jahat terus di pandang jahat?"

mase dia tanye tu, seriously aku tak tau nak reply ape. aku takot aku tersalah bagi pendapat. fikir punya fikir last- last aku reply. aku bagitau dia yang semua tu sebenarnye depend on diri orang yang berpendapat macam tu. kalau orang yang dipandang jahat tu ade niat nk berubah, just go on. tu pun da cukup baik. abaikan aje insan- insan yang memandang tu. betul tak?

lagipun yang menilai diri kita bukan lahh manusia di sekeliling kita. tapi kita ni akan di nilai oleh ALLAH di akhirat kelak. kita tak de hak pun nak hukum orang lain. memang ade yang mengatakan, untuk tau diri kita ni macam mane, tanyelah pada orang laen. TAPI, diorang hanya nampak yang luaran. ALLAH tau ape yang tersembunyi dalam hati kita kan? 

tapi selalu je kita dengar orang nak berubah tapi bila dah berubah still ade je manusia- manusia yang pandang serong la, pandang senget la, pandang sebelah mate laa, yang tutup mate tak nak pandang pun ade. dah cukup sempurna ke kita ni nak buat macam tu? tanye la pada diri kita sendiri. 

macam aku kata kat atas tadi, kita hanya nampak yang luaran. kita tak tahu kisah sebenar di sebalik ape yang terjadi kat empunya badan. ape yang dia lalui? ape yang dia hadapi? macam mane keadaan hidup dia? tekanan yang dia hadapi? kita tak tahu semua tu. kisah hidup setiap orang tak same. ingat tu. jadi jangan senang- senang nak judge someone tu jahat. aku ingatkan untuk diri aku jugak. 


hati aku kata----> kesian kamoo yang terpakse melalui semua ni sendiri. tabahla ea


fenomena tukar henset?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

selamat hari jumaat aku ucapkan untuk korang. semoga jumaat kali ini memberi seribu satu kebaikan kebaikan kepada kita semua. harapnye macam tu laa kan. erm, korang perasan tak, sejak akhir- akhir ni orang asyik tukar- tukar henset je? tak perasan ke? ke, student- student kat tempat aku study ni je yang macam tu.? hehe. entah laa kan.

tapi skarang ni macam- macam jenis henset ade. yang tipis macam macam kertas laa. ~ok, tipu~ yang besar macam kalkulator casio fx570MS pn ade. yang touch- touch bagai. tu tak tengok lagi yang keypad sebanyak keyboard komputer. yang warne- warni bagai pelangi pun ade. haha. macam- macam jenis kan. macam- macam model keluar macam cendawan tumbuh lepas banjir. eh, salah- salah. bagai cendawan tumbuh selepas hujan la. hehe

Aku pun nak jugak tukar. hari tu henset aku tibe- tibe termati, aku dah cuak da. apesal la jadik gini. otak aku cepat je bagi idea suruh beli baru. aku pun hampir terpedaya dahh. tapi tetibe je teringat pulak pesan mak aku beberapa bulan lepas,

"kak long, jangan nak membazir duit beli henset. pakai selagi tak rosak"

mak aku pesan mase tu sebab aku cakap nak tukar henset la. tapi, betul la cakap mak aku tu. lagipun henset aku tu pun baru je lagi. kalau ikut nafsu bengong aku ni memang aku nak beli dah. tapi bersabarlah duhai hati. hehe. tapi kekadang hati ni jealous gak bila adik lelaki aku pakai henset lagi canggih dari aku. aku pakai x3 je. huhu. bila laaa nak ade orang belikan aku henset.

             

hati aku kata----> ade sape- sape nak bagi aku henset?

Saya Sertai Bloglist Miss Nadya

Assalamualaikum dan salam sejahtera



hai korang!!
jom ramai- ramai kita join bloglist miss nadya kte ni..
nak join? 
klik la banner atas tu laju- laju.
.
.
dengan senang hati nak TAG
.
.
ok, dOne!

senyum tanda ceria? benarkah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

hari ni da hari ahad. mksdnye esOk isnin daa. minggu depan ni minggu terakhir kuliah. then study week. waaaaaaa. exam da dekat!! tapi tu bukanlah ape yang aku nak share untuk entry kali ni.

korang pernah rase jatuh sampai susah nak bangkit? rase penat nak lalui semua? rase tak larat nak hadapi kerenah semua orang?  tak mampu nak jage perasaan semua pihak? kita ni manusia kann. macam- macam rase kita akan rase. kadang kita cuba elak. kita cuba tepis, tapi tak selamanya kita boleh tepis kan.

aku pun manusia biase. kadang- kadang bila marah, bila takde mood, ade je tertinggi suare kat kawan- kawan. tapi bila aku fikir- fikir balek, aku tak sepatutnye buat macam tu. ape pun masalah yang kita hadapi, ape pun perasaan yang kita rasai, jangan sesekali lepaskan kat orang lain. begitu juga senyuman yang kita nampak terzahir di wajah rakan- rakan kita pun jangan di sangka tiada sedih di dalamnye. kadang- kadang kita cuba untuk menyembunyikan riak wajah agar tiada siapa pun tahu ape didalamnye.

aku pun manusia biasa. kadang- kadang kita terburuk sangka, terkadang juga kita tersalah duga,. tapi ada masanya kita akan tersedar yang tak semua bibir yang tersenyum itu, ceria jiwanya.


kalau kita rase kita kita susah,
ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

kalau kita rase tak larat nk hadapi kerenah orang sekeliling,
fikir kan balek diorang sanggup ke nak layan kerenah kita.

kalau kita rase tak mampu nak jaga perasaan semua orang,
ape pulak perasaan kita bila orang tak jaga hati kita.

walau ape pun yang kita nak buat, kita fikir balek kesannye di kemudian hari. ade quote yang menyebut "what goes around, comes around".


hati aku kata----> aku tak tau kenapa entry kali ni jdik entry jiwa- jiwa.

jangan bersedih

Assalamualaikum dan salam sejahtera

testing~testing. yeah. hai korang! blogging?? da berminggu gak rasenye aku tinggalkan benda ni. al maklumlah, a little bit busy skang ni. Assigment yang menggunung hari tu dah rendah la skit bila aku da tarah hari tu. tapi baru- baru ni lecturer upload lgi assigment. memg seronok la kann dapat assigmnt last- last minit macam ni. berkobar- kobar ak nak buat. tmbah pulak laptop aku masuk wad baru- baru ni. memg terbatas laa segala urusan aku.

so, hari ni sempena aku ade mse ni laaa kan aku nak update something.

jgn bersedih bila org lain tak memahami kita,
tapi berdukalah jika kita tak memahami orang lain

jgn bersedih bila org lain tak mempercayai kita,
tapi berdukalah jika kita tak percaya pada diri kita sendiri

jgn bersedih bila org lain tak memberi ksmpatan pada kita,
tapi berdukalah jika kita sendiri yg tidak memberi kesempatan pada diri kita sendiri

jgn bersedih bila orang lain tidak menghargai kita,
tapi berdukalah jika kita yang tidak menghargai orang lain

jgn bersedih bila orang lain menghina kita,
tapi berdukalah jika kita sendiri yang menghina diri kita sendiri

jgn bersedih jka orang lain sering mengkritik kita,
tapi berdukalah kerana kita tak pernah mahu memperbaiki diri

jgn bersedih jika dirimu sering terjatuh,
tapi berdukalah kerana kita tidak mahu bangkit kembali

jgn bersedih kerana perjalanan hidup kita penuh pahit getir,
tapi berdukalah kerana kita tak pernah sekalipun belajar dari pengalaman.


hati aku kata----> aku tak mampu nak puaskan hati semua orang. sorry korang.




sikit- sikit, lama- lama jadik bukit

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hai korang.apa khabarkah? hamboi. hamboi. hamboi. skema sungguh laaa pertanyaan aku ni. hari ni hari jumaat kan. penghulu segala hari. semoga kite semua ni sentiase berada di bawah rahmat Allah. insyaallah. so, ok tak ape yang korang lalui sepanjang 5 hari ni? sabtu ahad tak kire laaa kan. sebab kte belom hadapi hari- hari tu lagi untuk minggu ni. tak gitu?


korang nak tau tak, aku baru sedar yang assigment aku dah semakin banyak rupenya. tu pun lepas ade sorang kawan aku ingatkan malam tadi. boleh pulak dia pergi sebut satu- satu. astaghfirullahal azim. ape nak jadik laaa dengan aku ni. ingat lagi tak azam aku sem ni mase awal- awal hari tu? ermm, tak ingat lettueww. kalau korang tak ingat, pergi bace entry aku yang ni. kalau nak di ikutkan azam aku sem ni tak nak buat assigment last minit. tapi korang nampak ape yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku sekarang ni? kuliah tinggal 3 minggu je kalau tak silap. assigment satu ape pun tak complete lagi. tapi insyaallah aku boley siapkan. yakin ni. INSYAALLAH.

minggu ni kena stay up la nampaknye. cehhh. poyo. kalau dok depan laptop ni bukak FB, blog, boleh je tahan mate ni sampai 2 3 pagi. tapi bila start je buat assigment, dan dan je nak ngantok. hampeh betul. mata aku ni memang tak boley buat janji. tapi malam tadi aku tak sangka aku mampu stay sampai 3 pagi. stay untuk belajar taw. bukan stay untuk bukak FB or tengok blog. aku stay semata- mata nak belajar business math kauuu. tak pernah aku macam ni kecuali time nak exam. lagipun pagi tadi aku ade test pukul 8. alhamdulillah laaa aku dapat jawab tadi. tak sia- sia aku stay up sampai pagi.



aku jujur bagitau assigment aku tak siap lagi. yang korang tu dok ngadap laptop bace entry aku ni da siap ke belum assigment tu. da abes bace kan entry ni? dah, pergi sambung wat assigment. hehe

hati aku kata---->betul laa kate pepatah. "sikit- sikit, lame- lame jadik bukit". sekarang assigment aku dah jadik bukit. haaaa...

tahun baru, azam lama. bolehkan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

hai korang. hari ni hari sabtu. esok hari ahad. lusa hari isnin. lepas tu plak hari selasa kan. but thats not the point. yang pentingnye esok hari ahad. yes, esok hari ahad. yeay yeay!!! apesal aku beria sangat ni nak menyambut hari ahad esok ni ha? sebab esok aku kahwin. haha. percaya tak? percayalahhhh. hehe. haishhhh. jangan percayalaa. aku tipu je tu. actually esok kakak kawan aku yang kahwin. dia jemput datang. so, insyaallah esok aku dan kawan- kawan yang lain selaku kawan kepada adik pengantin akan bergerak beramai- ramai ke banting. doakan kitorang selamat sampai ye.

ha! before aku terlupe. esok 1 Muharam. tadi korang bace tak doa akhir tahun dengan awal tahun? ayokk!! yang bace tu baguslaa. yang tak sempat bace tu pulak berdoa laa semoga berkesempatan untuk bertemu lagi 1 muharam tahun depan pulak. so, macam biaselaaa. aku nak tau laa jugak azam tahun baru korang. jangan 1 januari je ade azam baru. 1 muharam pun kena laa pasang azam jugak. bagi adil la kate orang tua- tua. ~ade ke orang tua cakap ek,. jap kasi aku fikir sat~


walau ape pun azam yang kita pasang, cuba laa kita sama- sama tunaikan. jangan azam hanya tinggal azam. lebih kurang macam hangat- hangat tahi ayam gitu laa. mula- mula excited giler nak buat, at last lupa plak. then the next year buat azam lain pulak. tak best la macam tu kan. buat ape- ape pun cuba laa sampai habis kan. baru laa perfect. tak gitu cik kiah? haha

azam aku tahun ni nak tau ape? aku nak selesaikan azam tahun lepas. simple kan? aku rase macam tak lengkap lagi azam yang lepas tu. walaupun kebarangkalian untuk aku dapat tu susah, tapi aku akan cuba. insyaallah. doakan yang terbaik untuk aku ea.


hati aku kata----> buang yang keruh, yang jernih tu ambik laa

mood tunggang langgang

Assalamualaikum dan salam sejahtera

selamat hari jumaat to all bloggers and readers. How's life? hopefully semua ok je la.. memang laa harapan semua orang nak yang ok2 je kann yg berlaku dalam kehidupan seharian ni. ade ke yang nak something bad happen? jap aku fikir (mate ke ats, jari letak kat dagu).. ermm, tak de kot. tapi benda yang kita tak suka, benda yang kita tak nak berlaku, benda yang tak elok tu selalu je akan berlaku kann. tetap jugak kita kena hadapi. ye tak? ape? nak lari? sejauh mane la sangat kau nak lari. one day ko kne hadapi jugak. sape pulak la yang baik hati sangat tu nak tolong hadapi benda yang kau tak suka hadapi tu. saje je buat korang pening dengan ayat aku. sebab aku pu tengah pening ni haa. sorry

rase macam nak lari macam ni.
semua benda aku tinggal kat belakang.

aku pun kadang rase macam tu jugak. rase nak lari sekejap. pastu come back dengan semangat yang baru. and hopefully mase tu semua yang aku hadapi before tu da settle. boley gitu? tak dapat weyhh. itu hangan- hangan semate- mate weyhh. by hook or by crook memang kne face jugak laa. ha! lagi satu pernah tak korang tibe- tibe rase nak nanges, rase macam down giler, tibe- tibe rase macam mudah sangat kecik aty, orang cakap sikit je mula laa nak terase, then mengalirlahh sesuatu di tubir mate korang, tibe- tibe rase macam... hamboi, berapa banyak tibe- tibe laa..

semua rase tu selalu kot di hadapi. semestinye kaum hawa laaa kan. cewahhh. aku guna word kaum hawa taw. haa.. ape yang aku selalu buat bila aku hadapi saat- saat macam ni, korang tau ape? bila aku rase nak nanges, aku nanges je. as long as nanges tu boley buat aku lega sekejap untuk masa dan ketika itu. esok lusa laen cerita laa. chewahh. kalau aku rase macam terasa hati plak, aku lebih prefer diam atau aku akan cuba jauh kan diri sekejap dari mereka- mereka yang sepatotnye.

duduk sorang2 mcm ni mungkin
eh, silap. ni bkn sorg2. ni sekor2. hehe

so, kalau korang pun rase ape yang aku rase, buat je ape pun yang boley buat korang lega. as long as benda tu dapat menenangkan korang, dan tak membahayakan korang. sebab tak semua benda kita boley story kat orang laen kan.

hati aku kata----> mood tuan blog ni tengah tonggang langgang.


Diamlaaaa

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hai kamoo2 semua. sememangnye hari ni sangat ramai la kan orang yang dok update entry pasal bola, kat FB plak tulis status pun pasal bola. mane- mane pergi pun bola jugak yang di sebut. makan bola, minum bola, tidur bola, semuanye bola laa. so, aku pun nak gak cakap. hehe. aku nak cakap tahniah kat pemain malaysia. even aku ni bukanlaa peminat setia bola, tapi aku still amek tau taw. hehee..

tapi itu bukanla perkara utama yang aku nak share ngan korang. actually aku nak share pasal DIAM. aku jumpa kat FB benda ni tadi. aku rase benda ni macam best so aku nak share la dengan korang semua. tu pun kalau korang nak bace laa. ni bawah ni ha, bace laaa ye.. 

**************
kdg- kdg kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen,
kdg- kdg kita hanya perlu DIAM dalam menegur,
kdg- kdg kita hanya perlu DIAM dlm memberi nasihat,
kdg- kdg kita hanya perlu DIAM dalam memprotes,
kdg- kdg kita hanya perlu DIAM persetujuan

TAPI

biarlah DIAM kita mereka faham ertinya,
biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya,
biarlah DIAM kita mereka tahu maksudnya,
biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya

KERANA

DIAM kita mungkin di salah tafsir,
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka,
DIAM kita mungkin di silap terjemah,
DIAM kita mungkin tidak membawa apa- apa maksud,

MAKA

jika kita merasakan DIAM it terbaik
seharusnya kita DIAM
namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak,
berkatalah sehingga mereka DIAM

**************
so, ape yang aku boleh simpulkan kat sini cakap bila perlu je. kalau takde keperluan, baek diam. banyak cakap, banyak la salahnya. betol tak kesimpulan aku ni? kalau tak betul ce korang tolong betul kan. hehe






hati aku kata----> masalahnye tuan blog ni tak reti. diam macam mane ek nak buat? 

kini berwajah baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera

hai korang..
lame kannn aku tak update.
perasan tak ni ketiadaan aku?
ermm, tak perasan laa tu.
sadis sungguh laaa..
korang- korang, tengok laa blog aku ni berwajah baru
dulu pakai hitam putih je. ahak
laaa ni, aku pilih purple plak.
cantik tak? cantik x? 
gadget-gadget yang entah pape tu semua dah di buang
semua ni aku mintak tolong dengan Cik Purple
so, hari ni tak de benda sangat aku nak cerita.
just nak bagitau je yang blog ni dah berwajah baru.
so, korang rajen- rajen la singgah sini ye.
tinggalkan komen korang.
ok la. esok-esok insyaallah aku update ok.
babaiiiiiii..


hati aku kata----> kalau cantik, angkat tanngan tinggi- tinggi. hehe

[11 11 11] 1st Giveaway Myna

Assalamualaikum dan salam sejahtera

hai korang.
hai jugak kat cik myna.
cik myna sihat?
aik? apesal aku asek mention name cik myna ni?
saje je sebenarnye. semalam cik myna jemput aku join giveaway dia weyhh.
dia jemput korang tak?
mesti la jemput jugak kannn.
so, bawah ni ha bannernye.
means aku nak join la ni kann.



korang tak teringin ke nak join? 
aku tak nak bgitau ape hadiahnye.
kalau korang nak tau lebih lanjut pasal giveaway ni,
boley terus ke blog cik myna dengan mengklik banner ats tu..
jangan malas- malas ye.

aku dengan rela hati nak tag:

Ok, dOne!

Kenapa kita di temukan dengan orang yang salah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

hai korang. lamekan aku tak update. as usual, ade keja yang perlu aku settle kan dulu. okay. straight to the point je la korang ea. hari ni aku nak update something yang aku da pun post kat fb. korang nampak tak betapa aku cuba berlaku adil dengan aku punya FB ngan blog. haha. ntah pape je.

erm. nak start cane ek? jap kasi aku fikir jap ea. ha! korang pernah terfikir tak kenapa kita di temukan dengan orang yang salah? pernah? tak pernah? never mind. for those yang ade terfikir tu kan, korang jumpa tak jawapan untuk persoalan korang tu sebenarnye? atau korang just biarkan soalan tu singgah sekejap kat benak korang pastu let it go macam tu je.

sebenarnye bukan lah sesuatu kesilapan yang besar seandainya kita bertemu dengan orang yang salah. macam yang selalu kita dengar "setiap yang berlaku tu ade hikmahnye". pernah dengar kan kata- kata ni? tipulah kalau x pernah dengar. antara reasons kenapa kita di temukan dengan orang yang salah adelah, supaya kita menjadi insan yang lebih kuat jiwanye. okay, cuba bayangkan kita ni di takdirkan jumpa dengan someone and lastly kita sedar yang dia bukan milik kita, for sure la kte macam agak tertekan kan. tapi selamanya ke kita akan macam tu. tak kan? at last mesti kita akan bangkit. kita cuba carik kat mne kelemahan kita.

yang keduanye ialah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk merasainya. ape orang selalu cakap tu, erm belajar dari pengalaman silam. ha, gitulaaa. korang tak rase beruntung ke?

yang ketiganya ialah supaya kita sedar bahawa ALLAh maha pemurah & penyayang kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita. kalau tak, kita takkan sedar betapa Allah tu sangat- sangat sayang kat diri kita ni kan.

dan terakhir sekali ialah supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah. haaaa, yang ni paling penting. aku ade bagitau kat Mr Smile tadi, "walau sekuat mana pun sayang kita kepada seseorang, simpanlah sedikit rasa keraguan di dalam hati supaya bila suatu hari nanti kita di uji, kita tak akan terus rebah tetapi masih ada kekuatan untuk bangun semula." Mr Smile, you know who you are, right?

eh, apesal aku letak gambar ni ek? ntah laaa

dahlaaaaa. cukuplah tu reasons yang aku nak share. boleh tak kalau aku cakap aku malas lah nak share semua sekali. banyak sangat. yang ade ni pun aku rasa dah cukup kot buat renungan kita bersama. yang penting, jangan kita salahkan diri kita sepenuhnya jika di takdirkan kita bertemu dengan orang yang salah. sebab semua yang berlaku ade sebabnye tersendiri. kita kena yakin dengan benda tu.

******************
aku harap korang faham lah apeyang di maksudkan dengan "orang yang salah"? kalau tak tau, fikir la ye. ni consider critical thinking ke ek? haha

gambar kat atas ni nak bagitau korang yang entry kat atas ni is not about me ok.


hati aku kata---->jodoh pertemuan di tangan tuhan

Tag, di tag dan mengetag

assalamualaikum dan salam sejahtera

hye kamoO- kamoO semua.
tadi bukak blog, as usual tros tengok kat chat
then ternmpak ade 2 orang yang tag.
kalau tak silap yang tag tu nama nye Chuna  n anwar zainudin
memandangkan chuna dah tag dlu, so, follow soalan chuna la kann..
hope anwar zainudin tak kisahlahh ye.
wink- wink

*******

THE RULES

~You must post these rules.
~Each persons must post 11 things about themselves in their journals.
~Answer the question the tagger set for you in their post. And create new 11 question for the people you tagged to answer.
~You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
~Go to their page and tell them you have tagged him/her.
~No tag back!
~No stuff in the tagging section about "You Are Tagged if You Are Reading This" you legitimately (a.k.a really, trust, with all honestly) have to tag 11 people

okay, tu semua rules nye taw.
shall we start now?

 *******

11 things about myself

1- Anak sulung dari 4 beradik.
2- Muda lagi. Baru 20 tahun. hehe
 3- Kuat makan.
4- Suka semua warna.
Tapi paling suka hitam, putih, biru, dan purple.
 5-Seorang yang tak banyak cakap dengan someone yang tak berapa nak rapat/ kenal.
 6- Prefer blogging more than facebook.
7- Suka dengar radio dari tengok tv.
8- Mudah terasa. ops!! terbagi tau pulak. hehe
9- Mudah sangat menangis. Alamak, terbagi tau lagi. Diam2 je taw. hehe
10- Suka subjek mengira dari subjek membace.
11- Takut dengan kucing. hehe. Malu nak gtau sebenarnye.

Ok. Those are 11 things about me.
So, tibelah masanye untuk menjawab segala persoalan dari Chuna
taraaaaa!!!

********
1- Suka kartun ape? give reason.
Suka kartun Tom n Jerry.
Macam best je tengok dyorg tu saling kena- kenakan satu sama laen.

2- Favourite song?
Ermm.. favourite song ni berubah- ubah la ikot masa.
buat masa sekarang ni suka lagu Hatiku Milikmu by Nera, Lewat Semesta by Randy Panggalila, Stereo heart

3- Dream Land? tempat yang paling teringin nak pergi.
For sure la teringin nak pergi mekah tunaikan haji kan.
then barulah nak pergi Jepun, n Italy.

4- Facebook or Blogger?
Dua- dua layan tapi prefer blog la.

5- One thing you hate the most
Talam dua muka

6- A date that you never forget
13 feb 2004. Tak perlu mention kan the reason why. hehe

7- Subjek yang paling tak suka
Sejarah kot. malas la nak membaca.

8- Favourite blog
Daniel Adie, Hizami rahim, Lyssa Secret

9- Mana yang anda suka. Komik atau novel
Mestilah novel. haha. tak layan komik la

10- Ada crush or secret admire?
Yang ni tak ley bagitau. sorry (sambil kenyit mata)

11- Best word your lover ever told you
Haruskah di kongsi disini? hehe..

******
Nak tag:
syahiroo
hyz
abg grey
Oja Alia
Shy Princessha
Aku, Dia dan Kamoo
mira
Cahaya Azyla
Cik Dila
Izni
Syuk6692

Mereka yang di tag, harap dapatla jwb soalan di bawah ni ye. ^_^

1- Ape yang anda suka buat time lapang?
2- Sifat anda yang orang ramai tak tau?
3- Warna ape yang anda paling suka?
4- Peristiwa ape yang paling menyentuh hati anda?
5- Anda lebih suka facebooking atau bloging?
6- Hadiah paling istimewa yang anda pernah dapat?
7- Kereta idaman anda?
8- Kejayaan paling tinggi yang anda pernah kecapi?
9- Tempat yang anda teringin sangat nak pergi?
10- Movie yang paling anda suka?
11- Apa anda akan jadik dalam masa 15 tahun akan datang?


~tak selamanya mereka bersama kita~

assalamualaikum dan salam sejahtera

hai korang!! sihat tak?
hopefulluy semua sentiasa sihat dan bahagia di bawah lindungan ALLAH
baru- baru ni aku ade bukak FB
then aku terjumpa lah satu quote ni.
sape tah yang post.
aku tak berapa nak ingat.
so, malam ni aku nak cerita sikit pasal quote ni.
tapi before tu korang bacelah dulu quote nye.


dah bace dah? ok
aku macam tertarik dengan quote ni
maybe pada sesetengah orang quote ni biasa je
tapi pada aku luar biase. accehhh..haa
al maklumlahh. aku ni memang suka bace quote.
asal nampak macam best je aku akan simpan.
pada aku lah kan, quote ni kadang- kadang memberi kesedaran kepada kita melalui ayat- ayat dia
ape yang baek, aku akan amek jadik panduan
okay-okay. back to the topic.
***********
melalui quote ni, ape yang aku faham adelah kita tak bolah nak harap
semua orang ade di samping kita all the time.
sampai satu masa diorang jugak akan pergi meninggalkan kita dengan pelbagai reasons.
tak bermakan mereka tinggalkan kita, mereka tu jahat, tak baik.
perfectly no!!
meninggalkan dan di tinggalkan tu adat la kann.
maybe mereka pergi sebab menghadap ILAHI ataupun sebab- sebab laen.
itu tak bermakna bila diorang dah tinggalkan kita kehidupan kita terhenti  setakat itu.
TIDAK!!
no matter what happen, life must go on.
ade satu quote ni pernah menyatakan yang
"kehidupan di dunia ni ibarat sebuah pentas. kita lah sebagai pelakonnye...."

jadik terimalah bahawa mereka yang meninggalkan kita tu kerana watak mereka dah tamat dalam drama tu.
jadik mereka perlu beredar dari pentas.
oleh itu jangan sesekali kita menyalahkan mereka atas sebab meninggalkan kita.
sekurang- kurangnye mereka yang meninggalkan kita tu mengajar kita supaya berdikari.
jangan hanya mengharapkan kehadiran orang laen.
so, janganlah bersedih kerana di tinggalkan.
kerana kita ade ALLAH yang tidak pernah sesekali meninggalkan hambanye



hati aku kata----> kena belajar berdikari

aku di persimpangan

assalamualaikum dan salam sejahtera

okay korang. hari ni aku nak menaip satu entry yang penuh perasaan. hope korang bolehlah bagi pendapat or cadangan yang bernas dengan harapan aku bolehlah selesaikan ape yang patut aku selesaikan.

maybe benda ni nampak remah bagi sesetengah orang tapi bagi aku ia cukup besar sebab ini tentang kawan. tentang kawan ok. benda ni jadik bila aku ngan kawan aku fara.(bukan nama sebenar) discuss pasal nak balek cuti raya haji ni bila. sebab kitorang start cuti sabtu tu then ahad dah pun raya. see, simple je kan punca masalah kitorang. ak cadang nak balek jumaat je lah sebab aku ade plan something ngan family aku untuk raya haji kali ni. lagipun jumaat tu aku cuma ade 1 kelas je. tu pun pagi. means aku nak skip je kelas tu.

tapi fara ni pulak ade kelas petang pulak jumaat tu. aku tak pasti lah sama ada dia nak skip or tak kelas tu. aku dah bagitau elok- elok dah ngan dia yang aku nak balek jumaat. aku tanye dia pasal balek ni semalam. and pagi tadi aku bukak FB, aku nampak status dia mcm ni...

"arghh!! sangat terasa n sakit aty gle ngan sorang hamba ALLAH ni.. 
langsung tak kisah psl kita..ble dy dah de orang len..sabar je lahh.."

wah3.. aku pun bace agak terasa la kan. sebab for sure la status tu pasal aku. ini sudah lebihhhh. aku punyalah fikir pasal dia bile nak balek ni. dia boleh pulak update status macam tu. memang la ade lagi sorang kawan aku tu nak balek saing ngan aku gak. dia pn nak balek jumaat gak. tapi serious aku cakap keputusan aku nak balek jumaat tu tak di pengaruhi oleh sape-sape pun. memang aku yang nak balek jumaat.

and sekarang aku tak tau nak cakap macam mane ngan fara tu. aku di persimpangan. takkan aku nak tinggal dia balek sorang pulak. at the same time takkan aku nak ubah plan aku ngan family aku semata- mata nak jaga hati orang laen. sape plak nak jaga hati family aku. arghhhhhh!!! 


ternyata memang susah nak jaga hati semua orang dalam waktu yang sama. mesti ade salah satu yang perlu berkorban dan di korbankan. arghhhhhhhhh.. tension.

____________________
nota kaki: "kadang- kadang fikir pasal kawan ni buat aku lagi pening dari buat soalan business mathematic"


hati aku kata----> di telan mati mak, di luah mati bapak. 

best- best

assalamualaikum dan salam sejahtera

hai kamoO. sihat? alaaa. aku tau, korang mesti sihat punya lahhh.. betol x??
 ok. hampir seminggu aku tak update  blog aku ni. 
hari- hari aku bukak blog sebenarnye, cuma tak update je. 
al maklumlahh, bukak kejap- kejap je. keje berlambak- lambak skang ni. 
ngan test nye laen, quiz lagi. macam- macam la. 
ni pun curik- curik mase je. actually nak update tengah hri tadi, tapi sje je nak disiplinkan diri. 
aku pakse diri aku siapkan latihan akaun dulu, then baru boleh online. 

okay. hari baik, bulan baik ni aku nak cerita pasal lecturer arab aku tu. 
aku ade cerita pasal dia before ni dalam entry yang ini.. 
apesal tetibe je aku mention pasal hari baik, bulan baik ni ek?  
saje je. tak salah kan? haha. 
okay okay. back to the main topic. 

sebenarnyekan korang, aku dah semakin seronok belajar ngan lecturer tu. 
sangat- sangat best sebenarnye. 
macam aku cakap before ni, dia akan bagi banyak sangat contoh dalam bahasa arab kat student 
semata- mata nak kasik kitorang faham. 
so, skarang ni aku akan cube fahamkan ape yang dia ajar kat kuliah. 
kalau still tak faham, aku akan cube fahamkan time tutorial. 

lecturer ni kalau time kat tutorial, lepas dia terangkan in arabic, 
dia suka suruh salah seorang dari kami  terangkan in malay. 
tujuannye nak bagi kawan- kawan yang tak faham tu faham la kan.. 
nak tau aku buat ape. kalau aku faham, aku akan dongakkan kepala tengok dia. 
konon nak terangkan lahh. tapi dia tak pernah suruh aku terangkan
bila agak- agak aku macam tak berapa nak faham, aku akan tunduk je sampailah dia panggil nama sape- sape. yang pasti bukan nama aku. hahaha. terukkan aku..

tapi sampai ke hari ni, dia masih belum pernah panggil aku suruh translate. hopefully lepas ni kalau dia nak suruh aku translate, bagilah ape yang aku memang dah faham. haha. 


hati aku kata----> ustaz arab ni belum kawen taw. ko nak?

Ramaikan Follower, Dapatkan Pembaca

assalamualaikum dan salam sejahtera


ok. pagi ni aku menjoinkan satu segmen yang di buat oleh HASRULHASSAN
.
.
Nama blogger: cik mimie
Tahun mula berblog: 2011
Jumlah follower ketika join segmen ni: 350
.
.
ok, dOne..
ade sape- sape nak join?
as usual, klik banner atas ni dengan sepantas kilat.
^_^

~the day without you~

assalamualaikum dan salam sejahtera

we have shared so much through the years
the triumph and the heartache
the special days with special person
in fact, i can't imagine
what my life would have been like 
if you hadn't been a part of it
and i just want to say that
if i have an opportunity to stand in front of everyone
i just want to say 
"i love you all n thank for being my friend"

************************
actually minggu ni je aku da jumpa 2 orang kawan sekolah yg memang dah lame gler aku tak jmpe
sorang perempuan and sorang lagi lelaki
yang perempuan ni last aku jmpe dia mase form 1 then dia pndah sekolah
yang lelaki ni pulak the last time aku jmpe dia darjah 4 
then aku pulak yang pindah sekolah
mase darjah 4 aku mane ade henset
tak macam budak sekarang
lahir- lahir je ayah bagi henset
"nah, amek henset ni. kalau lapar, jangan nanges, call ibu terus. ok"
~tpu je~
tp untunglaaaa budak- budak sekarang ni
jeles aku taw
dah dah. back to the topic.
aku tak sangke sebenarnye kawan- kawan aku tu still ingat kat aku.
yang kawan mase form 1 tu x jumpa lebih kurang 7 tahun
and yang kawan time darjah 4 tu plak aku tak jumpe 10 tahun kot
terharu sangat bile mereka masih mengenaliku. chewahhh
as usual, tukar- tukar no phone la kann.
dulu tak de handphone
sadis sadis
semoga persahabatan ini kekal selamanya
mood: sangat- sangat happy, happy sangat- sangat 




hati aku kata----> rasa macam nak kumpulkan semua kawan- kawan lama. tp mungkinkah terjadi?

2 hari bersama mereka

assalamualaikum dan salam sejahtera

hai. sihat? aku alhamdulillah sihat. cuma letih sikit je. kenapa letih? letih sebab 2 hari aku bersama mereka. siapa pulak mereka tu? mereka tu adalah adik- adik tahun 1 kat u aku ni. tanye sendiri, jawab sendiri. ~sedih, sedih~ ok. sudah sudah. actually semalam dan hari ni, aku jadik urusetia untuk 1 program yang memang di adakan untuk pelajar- pelajar tahun satu. program 2 hari ni di adakan dekat stadium tertutup nilai.

macam- macam ragam yang aku dapat tengok dari budak- budak baru ni. tibe- tibe teringat pulak zaman aku mase baru- baru masuk dulu. accehhh. guna ZAMAN. macam dah lame sangat je. padahal tak delah lame sangat pun.

nak tau tak, semalam waktu aku jage bahagian jamuan pelajar, ade sorang budak lelaki ni. aku perasan yang dia ade datang datang amek makanan ngan member- member dia. dia amek agak awal jugak la. tak lame lepas tu aku nampak dia amek lagi makanan tengahri tu. aik!? aku macam pelik jugak la. tapi aku buat tak perasan je plus aku macam kagum gak dengan budak tu. nak tau dia cakap ape ngan aku? dia cakap macam ni.....

**********
student lelaki I: "kak, saya dah makan da tadi. tapi kalau saya nak amek lagi boleh tak?"
aku: "eh, amek jelahhh. makanan memang banyak lebih tak payah cakap pun takpe"
student lelaki I: "eh, mane boleh kak. nanti kalau tak cakap, jadik haram pulak makanan yang saya makan ni"
aku: terdiam


dalam hati aku cakap, bagusnye la haiii budak ni. bukan senang nak jumpa budak- budak yang amek tau pasal halal haram ni. sangat- sangat kagum aku dengan budak tu. serius aku cakap. ade lagi 1 budak tu lagi la ngeng aku cakap. aku ni jenis yang cepat cam orang. tu yang aku perasan tu. budak tu dah amek da makanan, then dia nak amek lagi. dia cakap macam ni...

**********

student lelaki II: "kak, saya amek lagi 1 ea. tadi polystyrene saye kosong la kak."
aku: "amek jelah dik oiii. haha"

entah pape jelah budak- budak ni. yang tak tahan tu diorang panggil aku akak. padahal diorang ade je yang kemasukan ke u melalui diploma. and for sure la diorang lagi tua dari aku. sebab aku baru 20 tahun. dah diorang panggil aku akak, aku pun bahasekan la diorang adik. boleh kan? hehe. secara keseluruhannye aku sangat seronok jadik urusetia program budak- budak tahun 1 ni. lepas ni kalau ade program- program lain, for sure aku akan join.


hati aku kata----> even junior dari segi tahun, tp senior dri segi umor kan?

Segmen 1hari: Tambah Rakan Blogger

assalamualaikum dan salam sejahtera


hai kawan- kawan
rase macam dah lame je tak join pape kan.
so, rasa tergerak hati nak join malam ni
tujuan segmen ni baik
nak tambah rakan blogger katenye.
ade sape- sape nak join?
kalau ade, as usual la klik je banner atas ni sepantas kilat.
tak payah tag sape- sape pun.
.
.
.
ok done!

lecturer dan subjek ye. ^_^

assalamualaikum dan salam sejahtera

hari ni hari jumaat. so salam jumaat la kepada semua rakan dan taulan. ayat entah pape je laaa.. so, jumaat lepas aku ade update something. then beberapa hari aku tak update. jumaat ni aku update semula. so, entry pasni maybe jumaat depan. haha. reason aku tak update still same macam yang lepas. so, malas nak repeat berkali- kali.

ermm. korang nak tau tak.? sem ni aku ade sorang lecturer arab dari arab saudi ajar aku 1 subjek ni. satu benda yang aku tak pernah duga sebenarnya. sem- sem sebelum ni tak de pulak lecturer arab ajar aku. dan aku selalu fikir yang lecturer arab hanya akan ajar budak fakulti- fakulti macam syariah dan undang- undang or fakulti quran dan sunnah. al maklumlah, student- student dari fakulti- fakulti yang aku sebut tadi tu lebih fasih la kan bahasa arab. tapi sangkaan aku meleset sama sekali.


time kuliah tu memang aku ternganga je lahh mulut. kawan- kawan aku pun sama. bukan lah nak kate kitorang tak faham langsung. tapi ape yang kitorang faham sikit sangat berbanding ape yang dia cakap kat kuliah tu dalam tempoh 2 jam. al maklumlahh aku n kawan- kawan aku student ekonomi. then aku bisik kat kawan sebelah aku,

aku: "pssttt, faham tak?"
kawan: "sikit- sikitlaa. mati macam ni"
aku: "ermm. samelahh. takpe- takpe. hopefully tutorial ngan lecturer laen"

itulahh harapan aku. aku berharap sangat yang time tutorial nanti dapat lecturer laen pulak. jahat kan aku.? bukan ape, at least kalau tutorial ngan lecturer malaysia, boleh la aku tanye ke pape ke kalau tak faham kan. dengan lecturer arab tu, for sure la kena cakap arab kan. aku mane fasih nak cakap arab. kang aku cakap, dia tak faham pulak. so, aku pun menghitung hari lah nak attend tutorial untuk subjek tu. haha. bila sampai hari nye tu, aku pun dengan senang hati masuk la kelas tu. tunggu dalam 5 minit tu kot, lecturer masuk... alangkah terkejut nye aku rupenye tutorial pun still dengan lecturer yang kat kuliah tu. arghhhh. dugaann ni.

tapi papepun aku still follow je dia ape yang dia ajar. and alhamdulillah la. dalam tutorial dia bersungguh sangat nak buat kitorang ni faham. rupenya bukan aku je yang tak faham. classmate yang laen pun same je. macam- macam contoh dia bagi nak kasik kitorang ni betul- betul faham. aku nampak sangat kesungguhan dia tu. nasib baik la dalam kelas tutorial aku ni ade la budak- budak yang faham sikit- sikit. so, diorang la yang banyak bantu nak sampaikan ape yang lecturer tu cakap kat kitorang yang tak berapa nak faham ni. hahaha.

so, aku rase pasni aku kena usaha lebih la dengan housemate aku. nak kasik aku sendiri boleh faham ape yang kat dalam buku tu tanpa ade translator. huhu. chayokkkk!!!
doakan aku terang hati ea korang. mudah- mudahan aku boleh faham bahasa ara macam aku faham bahasa melayu n english.


hati aku kata---->berdebar setiap kali nak g kelas hari selasa pagi