Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Blog hampir menginjak ke usia 2 tahun. Tak sangke, panjang jugak umur blog aku ni. Dalam malas malas tu ade jugak laa aku menaip kat sini. Even kadang aku rasa macam semua nye mengarut. Okay, malas nak cerita panjang- panjang. Seriously, bab nak buat pendahuluan, aku memang fail. Sadis!

"Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima." Satu ungkapan yang aku rasa dah kerap sangat kita dengar. Bukan sekali, bukan jugak dua kali tapi berkali- kali rasenye. Kan? Pemberian tu semestinya di sertakan hati yang ikhlas. Tapi,... ape indicator keikhlasan tu? Pada aku keikhlasan tu tak perlu kan ape-apa ukuran. Cukuplah kita je yang tau. Di mana pulak keikhlasan tu kalau pemberian tu di jaja sane- sini. 

Ada satu kata- kata, "Keikhlasan umpama semut hitam di atas batu yang hitam. Takde yang nampak, tapi kita tahu ia ada". Jelas sangat kan kata- kata ni. Satu perkara yang kita kena tau, jangan takut untuk memberi. Sebab ape? Sebab, ape yang kita bagi kat orang tu laa sebenarnye milik kita. Yang kita simpan dalam poket, dalam dompet, semua tu belum tentu milik kita. Kenapa pulak? Dah dalam poket aku, aku punyelaa. Mesti ade yang terlintas ayat ni kan.


sumber dari SINI
Sebenarnye, ape yang kita bagi kat orang tu pahalanye berpanjangan insyaallah. Dah nama pun sedekah. Tapi kalau kita simpan sendiri, sayang nak kongsi sikit ngan orang laen, pahala takat tu jelaa. Ini laa sedikti sebanyak yang aku dapat masa dengar ceramah kat TV mase cuti midsem hari tu. Masa midsem hari tu, ade jalan- jalan ngan mak kat bandar. Then ade 2 orang budak india datang kat kitorang. Dia mintak RM2. Nak buat tambang balek rumah katenye. Duit dyorang tercicir. Pastu mak aku bagi laa. Then aku tanya mak aku, "Kenapa mak bagi lebih?".. Pastu mak aku cakap, "Saje. Mane tau esok lusa jadik kat anak- anak macam tu."


Hati aku kata----> Hari ni kita tolong orang, esok lusa insyaallah orang laen tolong kita. Hidup kan macam roda. Tak selalu kat atas and tak selalu kat bawah. 

3 comments:

Mawardi Yunus said...

wah lama dh x singgah sini..

bundarafi.com said...

Tentu tangan diatas lebih baik, kalau ade.. Salam kenal

Yun Sing said...

Hmm.. betul betul betul :')