Entry pertama di tahun 2015. Lama rupanya tak bukak blog ni. Baru hari ni terlintas nak bukak semula. Jangan kata blog laa, laptop ni pun da jarang bukak sebenarnye. Jangan tanya kenapa. Sebab aku sendiri pun takde sebab yang kukuh untuk semua tu. Hee.
Memandangkan awal tahun 2015 ni aku takde update pape, So, di bulan Mei ni aku ceritalah sikit-sikit. Alhamdulillah aku dah pun habis belajar, Alhamdulillah jugak da dapat kerja. Kerja biasa-biasa je. Kadang-kadang macam jealous gak classmate yang sama course dapat masok banking sector. But then aku ingatkan balek kat diri ni ha, Rezeki tu kerja Allah. Mungkin buat masa ni takat ni je rezeki aku. Esok lusa siapa tahu kan. Syukur dengan apa yang kita dapat hari ni sebab ramai lagi yang kat luar sana tu yang masih mencari.
I Love USIM |
Geng study, melepak, merepek |
Lagi satu tahun 2015 ni aku namakan sebagai tahun perkahwinan. Haha. Sebab terlalu ramai yang mendirikan rumahtangga especially dalam kalangan kawan-kawan laa kan. Ha, tu pun rezeki diorang jugak. Barakallahu lakuma wabaraka 'alaikuma wajama'a baina kuma fil khoir. Semoga rumahtangga yang dibina di limpahi rahmah dan mawaddah.
Bila da umur 24 tahun ni isu kawen-kawen ni macam selalu je berkisar kat sekitar aku. Asal aku balek kampung ke, pergi rumah makcik-makcik ke, tak kisah laa ke mana pun asalkan makcik-makcik berkumpul, memang tak de soalan laen.
"Miza bila lagi?"
"Kak Long bila pulak?"
Korang rasa ape aku patut jawab? Kadang-kadangkan rasa macam bila nampak dyorang nak bukak mulut je aku nak terus bangun dan tinggalkan group tu. Tapi macam biadap. Jadik aku relakan diri di aju soalan cliche tu dari pelbagai sudut.. Haha. Agaknye diorang lupa yang jodoh pertemua ajal maut tu semua kerja Allah.
Dulu time sekolah, bila orang tua-tua cita pasal kawen ni, mesti mak akan cakap, "Budak-budak tak boleh dengar. Pergi main jauh-jauh". Tapi sekarang dah tak daa. Aku seolah-olah di seru-seru untuk dengar soalan dari mereka-mereka yang bergelar ibu-ibu.
Dah laa. Cukup laa dulu entry buat ade-ade ni. Dah-dah. Korang tunggu ape lagi tu. Pergi doa aku cepat kawen ok. Haha. Kbai uollsss..
Hati aku kata----> Don't rush anything. When the time is right, it'll happen.