Say good bye to 2012

assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai korang. Okay, aku rasa semua orang maklum dah kot yang hari ni merupakan hari terakhir bagi tahun 2012. Aku sangat yakin yang entry hari ni mesti ramai yang share pasal azam tahun baru dan cerita secara ringkas tentang aktiviti 2012. Aku pun amek kesempatan ni untuk cerita pasal tu semua. 

Tahun 2012 aku lalui same je macam tahun- tahun sebelum ni. Nothing special. Cuma tahun ni aku boleh terlibat dengan Sekretariat MPP. Sekretariat under Exco Ekonomi dan Keusahawanan. Saje je join. Amek pengalaman. Bile lagi kan. Sekarang ni pun dah tahun 3. Tinggal setaun je lagi ade kat USIM. Yang paling best, geng- geng sekretariat aku sangat happening. Sampai pening nak layan. Tapi okay laa kan dari kaku je.  Boring plak nanti. 

Sumber mr google

Last three days aku join pulak satu program yang dah lame aku nak. Cuma takde peluang. And tetibe peluang tu datang kat aku beberapa hari lepas. Aku pun ape lagi. Grab je la peluang tu. Nak tau program ape.? Program GELANDANGAN. Kitorang mula kumpul kat Anjung Singgah. Then baru laa gerak ramai- ramai ke kawasan- kawasan orang gelandangan untk tengok sendiri realiti sebenar sambil edarkan makanan.

Ape yang aku dapat dari program tu, banyak jugak la. Antaranya  bersyukurla dengan ape yang kita ada sekarang. Kalau kita rasa kita susah, percayalah ade orang yang lagi susah dari kita. Kalau kita  mengeluh tak selesa dengan toto atau tilam kita sekarang, percayalah kat luar sane tu ade orang yang tidur beralas lantai berselimutkan kotak je. 

Harapnye 2013 nanti akan lebih memberi warna- wani dalam kehidupan aku. Walau perit tetap kita kena lalui kan. Walau penat, kita tetap kena berjalan. Sebab dunia ni hanya persinggahan sebelum kita menuju ke akhirat. Kalau kita rasa letih dengan kehidupan, kita silap. Jangan kita ingat dunia ni tempat kita bersenang lenang. Sebab ade yang perlu kita kumpul untuk di bawa ke akhirat nanti. Okay, ni ingatan untuk diri aku sendiri jugak di penghujung tahun ni. Hope, bile- bila aku ulang baca nanti, aku boleh jadikkan ni sebagai motivasi diri aku sendiri. 


Hati aku kata----> Aku start exam rabu ni. Wish me luck ok. 








Beza zaman sekolah and zaman U Part 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Jumaat datang lagi. Dan waktu ni laa antara waktu yang aku berkesempatan untuk menghupdate blog. Hari ni aku nak sambung entry yang hari tu aku update. Ni consider yang part 2 laa. For those yang tak bace lagi Part 1, boleh laa klik SINI .. 

Ok, go!

Perbezaan yang seterusnya ialah:

Waktu kelas

Kalau dulu zaman sekolah, kelas biase dari pukol 7.30 pagi sampai tgahari je kot kalau tak silap aku. Kalau lewat sikit pun sebab ade kelas tambahan. Pastu ade perhimpunan every monday. Cikgu nasihat itu ini. Kat U takde pulak kot aku rasa perhimpunan- perhimpunan ni. Apa- apa announcement akan di sebarkan melalui flyers or board- board kat setiap fakulti. Kena alert laa kirenye. Pastu kalau kat sekolah kalau tak silap aku pukol 10 pagi rehat kan? Semua akan keluar ramai- ramai pergi makan kat kantin. Kalau kat U pulak, jadual kelas memang tak tentu. Kadang- kadang kelas sampai malam pun ade gak. Pandai- pandai la carik masa makan sendiri. Masa tu ade, cuma kene pandai manage la. Jadual memang agak pack la. Especially for those yang jam kredit sampai 21, 23 atau lebih lagi. Memang mengancam laa kan mereka- mereka ni punye jadual. Paling syok kalau kelas cancel. Budak sekolah kalau cikgu takde, tetap kena duduk kat dalam kelas sebab ade cikgu ganti. Kat U tak. Boleh balek hostel kejap, rilex- rilex. 

Handphone

Zaman aku sekolah dulu, handphone ni di gelar barang haram. Dah namenye pun haram kan, tu maknenye memang tak leh bawak laa kan. Kalau bawak dosa! Boleh gitu? Actually bukan laa dosa cuma peraturan laa katekan. Kalau yang mana kepala ala- ala batu bata tu bawak gak, pandai- pandai cover laa. Jangan dok tayang sane- sini. Memang tempah maut tu namanye. Simpan laa kat mane- mane yang di jamin selamat. In case kalau kena rampas time spot check, jangan laa time tu nak memujuk merayu suruh pulangkan. Memang tak laa weyh. Kan da cakap awal- awal, jangan bawak. Berani bawak, berani tanggung la kan. Kalau kat U pulak, perkara ni tak berlaku dan aku rasa takkan berlaku kot. Masing- masing henset semua canggih- canggih. Yang tipis ade, yang besar macam kalkulator casio 570 pun ade, tablet bagai. Macam- macam la. Nobody care dah mase tu. Sebab masing- masing da besar. Pandai fikir sendiri da. Time kuliah tu silent laa kan.


Sumber Mr Google
Bahasa perantaraan.

Time kat sekolah dulu, semua cikgu cakap bahasa melayu kecuali cikgu bahasa inggeris. Yelah, takkan cikgu bahase inggeris nak cakap malay pulak. Pelik pulak nanti. Baik dia ajar BM je. Haha. Kalau kat U pulak, majoriti lecturer akan sampaikan lecture in english. Ko faham ke, x faham ke, naseb laa. tapi aku aku rasa most of the student faham insyaallah. Sebab lecturer akan guna very simple english. Tak laa kite as a student ni dok ternganga je. Yang parah kalau dapat lecturer dari Saudi Arabia. Aku pernah dapat. Dia dah laa tak fluent Malay. Conduct kelas hampir keseluruhannya in arabic. Memang menganga la aku. 


Tu jelaa perbezaan yang aku mampu fikir sekarang ni. Kalau aku ade idea lagi, akan ade la part 3. Kalau takde idea da, sampai part 2 jelahh. Boleh? Satu perkara yang aku realize sekarang ni, walau jauh mane pun aku pergi, sekolah tu laa yang jadik tempat aku paling rindu. 


Hati aku kata----> Sabtu ni Seminar Pengurusan Kewangan Mahasiswa. Doakan semuanye berjalan lancar. 







"Kejutan" di pagi Ahad

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Last wednesday, mak aku message. 

"Kak Long, weekend ni ade nak gi mane- mane ke..?" 

 Aku ni yang tak menjangkakan apa- apa, terus laa reply message mak aku tu. 

"Erm, takde ke mane kot mak. Dok umah je. Kenapa?" 

Sebab mase tu aku memang takde plan nak kemane- mane pun. Mak aku tak reply plak message aku. Aku pun buat tak tau je laa. Aku anggap tu biase je. Yelah, aku kan bese tak lekat kat umah kalo time weekend. Tu pasal laa kot mak aku tanye. So, aku lalui laa hari- hari aku macam biase. Gi kelas balek kelas. Sampailaa ke hari sabtu, after discuss- discuss, group member aku ajak shooting untuk assignment Consumer Behavior kitorang hari Ahad. Aku pun on je laa. 

Sat gi, pagi- pagi Ahad, mak aku message. 

"Selamat pagi Kak Long. Da bangon ke?" 

"Dah mak. Npe mak?" 

"Takde pape. Anak Cik Milah nikah" 

Mak aku ade tanye sekali lagi, aku kemane- mane tak hari ahad. Aku cakap je takde. Sebab aku tau shooting tu bukan lame pun. Takpe kot kalo tak gitau mak pun. Tapi aku macam rasa something. Aku try message adik aku, tnye dia kat ne. Dia cakap dia kat pasar ngan mak and abah. Okay! Salah laa kor rasa hati aku tu. Aku pun terus mandi siap- siap semua. Sebab pagi tu ade shooting. Siap je shooting, member aku ajak breakfast kat KFC. Layan je laa kan. Perut pun tengah lapar. Orang belanje tak baek tolak. Tak gitu?

Sumber Mr Google

Mase kat KFC tu, makanan sampai agak lambat laa. Bila da sampai je breakfast tu, phone aku bunyi. Eh, my mum yang call. Kenapa pulak ek? Dalam aku tertanye- tanye tu, aku jawab laa jugak.  

"Kak Long, kat ne? Mak kat depan umah sewa ni?"

What???? Aku macam tak caye laa mula- mula. Memang menjadi laa lakonan semua family aku hari ahad tu. Semua pakat tipu aku. Cakap kat pasar laa,ade kenduri la., apelaa.. Macam- macam. Aku memang sangat terujaa la kan for sure. Lama tak jumpa family ramai- ramai kan. Sampaikan aku tak rasa lapar pun. Padahal tadi aku dah tahap lapar macam hape tah. Excited punye pasal sampai lupa erti lapar. Haha. Boleh pulak gitu kan. 

So, bila dah jumpa family, semangat sikit laa nak study. Minggu depan last lecture. Pastu study week seminggu. Then, final exam 3 minggu. Yeah. Cepat laa mase berlalu. Nak balek Johor dah ni. 

Hati aku kata----> Kenapa masih memilih untuk bersedih kerana perkara lalu kalau gembira itu milik kita hari ini. 

Beza zaman sekolah and zaman U Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kita sedia maklum, zaman sekolah dengan zaman universiti or ape- ape laa yang setaraf dengannye tu adalah dua institusi yang sangat- sangat beza. Dulu masa sekolah, selalu cakap "Waaa, bestnye masuk U. Takde keje sekolah".. Haha. Pemikiran kolot seorang aku suatu ketika dahulu. Seorang budak yang mentah pemikiran. Mungkin masa tu aku fikir, kat U ni tak de homework, suka hati je nak datang kelas ke x,. Ternyata aku sangat sengal mase tu sebab aku nak semuanye senang je. Haha. So, kat sini aku nak kongsi sikit laa perbezaan antara zaman sekolah ngan zaman universiti dan setaraf.

Pakaian

Yang pertama adalah mengenai pakaian. Kalau zaman sekolah memang tak susah nak pilih baju ape nak pakai aku rasa. Sebab memang tak de pilihan pun kan. Hari- hari baju sekolah. Hari Rabu pulak yang kadet polis, pakai baju Kadet Polis. Yang puteri islam pakai laa baju Puteri Islam. Takkan nak pakai baju Kadet Bomba pulak kan. Kalau tak silap aku, nak pakai baju cantik sikit time sekolah tu bila ade majlis- majlis je. Contohnye macam majlis macam Maulidur Rasul ke, Jamuan Hari Raya ke. Time- time gini laa budak- budak sekolah nak pakai baju cantik sikit. Nak berfesyen sikit katenye! Hehe

Kat U pulak, pada aku memang susah jugak laa nak fikir nak pakai baju ape. Yelahh, kang nak pakai baju hijau, teringat pulak, "Eh, Selasa hari tu dah pakai hijau". Tak jadik laa pakai. Nak pakai purple, teringat pulak yang baju tu da pakai mase kuliah minggu lepas. Nak pakai baju ni ngan tudung ni, ish macam tak sesuai je. Dah tak jadik pakai. Haha. Aku tak pasti laa ni memang betul- betul susah or aku je yang saje menyusahkan diri sendiri. 


Just for fun. Sumber Google


Kerja sekolah

Ni satu part yang "PALING" students suka. Kerja sekolah. (Harap fahamla makne paling tu). Kalau zaman- zaman sekolah, kerja sekolah ni laa yang cikgu selalu bagi. Nak bagi kita buat latihan sikit. Kalau tak, memang takdenye nak bukak buku tu. Habis kelas, habislaa. Paling- paling pun akan bukak semula minggu depannye bila ade jumpe subjek tu semula. Tapi kerja sekolah ni senang la sikit sebab semua dah ade, tinggal nak jawab je. Contohnye cikgu akan bagitau, "Ok, buat dari mukasurat ni sampai mukasurat ni. Minggu depan kita bincang". Tinggal nak buat je. 

Kat U pulak ade gak kerja sekolah. Tapi kita akan panggil assignment. Nak cakap susah, tak laa susah. Nak cakap senang pun, tak la senang. Depend on individu laa. Susah senang tu kan subjektif. Hehe. Cume bezanye, assignment ni lecturer akan bagi then kita kena carik laa sendiri maklumat tu. Nak carik kat mane tu, pandai- pandai kau laa. Tak de dah lecturer tu nak state kan muka surat ke hape ke. Dia bagi tajuk and guideline laa sikit- sikit. Ok laa tu kan. 

Nanti aku sambung lagi ok. Thankz for reading.


Hati aku kata----> Zaman belajar ni akan jadik satu zaman yang kita akan kenang sampai bile- bile. 















Pesanan untuk hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni tak de introduction. Straight je laaa ea! Ok, go! Setiap hari Khamis aku ade kelas Human Capital Development. Subjek ni pada aku sangat best. Lecturer dia pun best laa. Tapi sebenarnye aku bukanla nak story pasal lecturer aku tu. Just wanna share beberapa kata-kata yang lecturer aku tu bagi setiap kali dah abes kelas.

Pertama:

"Ada 3 perkara untuk tilik hati. Yang pertama, selalu ingat mati. Yang kedua, Qiamullail. Yang ketiga, selalu baca quran."

Menurut lecturer aku, ini adalah pesanan Imam Ghazali. Cara ni laa yang akan tentukan samada hati kita ni mati atau tidak. Kalau kita lalai dengan 3 perkara ni, pohonlaa hati yang baru kat Allah sebab besar kemungkinan hati kita dah mati. Nauzubillah. 


Kedua:

"Perbuatan jahat yang di balas jahat tu satu dendam. Perbuatan baik di balas jahat tu satu kezaliman. Manakala perbuatan jahat yang di balas baik tu satu kemuliaan"

Perkara ni aku rasa selalu berlaku dalam kehidupan seharian kita. Fikir- fikirlaa semula kita nak tergolong kat mane satu. Memang susah kalo kita nak balas perbuatan jahat dengan kebaikan. Ye tak? Macam mane pun kita masih boleh cuba. Tapi jangan laa kita jadik manusia yang membalas kebaikan dengan kejahatan. Teruk sangat tu. 

Actually banyak lagi yang lecturer aku pesan setiap kali habis kelas. Cume aku je yang tak dengor kot. Maybe aku tengah sibuk kemas beg. Maklumlaa kelas dah habis kan. ish ish ish.. Haha. Tak pun maybe aku tengah borak ngan member aku. Biase laa tu. Kelas pun da habis kann..

Ok, habis daa. Thanks for reading.


Hati aku kata----> Kadang- kadang pesanan macam ni penting. Sebab manusia ni kan mudah lalai. Jadik peringatan tu macam satu penyegar laa buat manusia yang sering kali leka ni.









Orang lain buat, kita dapat dosa. Macam mane tu?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Salam Jumaat kawan- kawan. Hopefully Jumaat kali ni memberi 1001 kebaikan untuk kita semua. Lagi pulak hari ni kalo tak silap hari kedua untuk tahun baru ni kan. Apa yang dah berlalu tu, biarkan berlalu. Yang berlaku tahun lepas tu, buang yang keruh, amek yang jernih. Yang mendatang ni mulakan dengan buku baru. Ape yang terngumpat, terlintas yang tak baik kat hati tu, same-samelah kita elak. 

**************
Pernah terasa hati, terkecik hati, terambil hati dengan orang- orang sekeliling kite.? Atau kalau dalam kalangan pelajar ni, mungkin terkecil hati dengan kawan- kawan. Aku rasa ade je kot yang mengalami benda ni semua. Especially to kaum hawa. Tapi kaum adam tak kurang jugak okay!

Semalam housemate aku ade post something kat FB. Yang penting berkaitan dengan terasa- terasa ni laa.  Mula- mula baca memang nampak macam tak adil. Tapi bila dah bace sampai habis, barulah aku faham apa yang nak disampaikan. Antara point utama ialah, 

"Kenapa kalau kawan kecikkan hati kita, kita yang berdosa.?"

Tapi jangan cepat buat conclussion sendiri. Menurut artikel tu, sebagai contoh; kalau Kuntum (bukan nama sebenar) menghina Kenanga (bukan nama sebenar), Kuntum berdosa. kalau Kenanga terasa dengan penghinaan tu, Kenanga juga mendapat dosa yang lebih besar dari tu. Betulkan kalau aku tersilap sampaikan. 

Ini adalah kerana, apa yang Kuntum cakap tu seolah- olah satu ujian, teguran dan peringatan dari Allah untuk si Kenanga yang mungkin tengah lalai dengan dunia ni. Ada banyak cara Allah nak buat kita sebagai hamba ni sedar dari kesilapan diri. Ini secara tidak langsung menunjukkan yang Kenanga  ni bukan sahaja berkecil hati dengan Kuntum, tapi jugak dengan Allah. Nauzubillah.

So, conclussion yang aku dapat buat kat sini ialah, jangan cepat terasa hati ngan orang lain. Yes, aku tau sebagai perempuan memang susah kot nak elak terasa- terasa hati ni. Hati tisu laa katakannn. Aku pun samalah. Sikit sikit sentap. Tapi tu laa.. Aku pun kena elak la jugak bila dah tau macam tu. Buat tambah dosa aku je buat ape kan. Sebaiknye kite tengok balek kat mana silap kita. Kat mana pulak yang kita kena betulkan. 

Sumber: Prof. Google. All about friends...

Lagi- lagi bila kawan- kawan ni da kenal diri kita, macam- macam gak perception dyorang. Nampak macam kita tak kesah sangat, dyorng pun sesedap rase je cakap macam tu, cakap macam ni. Contohnye, "Alaa miza tu, gini gini gini".. "Alaa miza tu, macam tuu".. Cakap depan- depan for sure aku terasa. Nampak luaran kental, tapi euwwwww! Tapi kita tak boleh nak tutup mulut orang dari bagi pendapat dyorang kan. Tadah je telinge. Ape yang boleh aku ubah, aku ubah. Senang je.

p/s: Kalau salah tolong betulkan,. Kalau kurang tolong tambahkan.

Hati aku kata----> Penat kot nak terasa je ngan orang. Kesian hati aku. Teguran untuk diri aku sendiri jugak!


Bukan ke, budi bahasa tu budaya kita?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah. Okay, tu je yang mampu aku lafazkan. Minggu lepas memang minggu yang pada aku agak mencabar kewibaan aku ngan group member aku laa sebagai student. Berderet assingment ktorang kena submit. Semuanye kena submit tarikh yang sama. Tak cukup ngan tu, mid term plak. Sampaikan aku rasa macam takde sabtu ahad untuk aku minggu lepas. Ni lah antara part yang nak tak nak, sebagai student kita kena lalui. Best jugak sebenarnye stay up smpai 3 pagi. Bile lagi kan? Ni laa masenye. And insyaallah minggu ni semua akan cool balek sebab assigment tinggal sikit. Lagi pulak minggu ni ade cuti 2 hari. Rilex la sikit kot. Hopefully!

Ok, intro da settle! (tarik nafas lega).- tak reti buat intro..

Just imagine korang dalam situasi kat bawah ni:

Baru bangun tido, ada kawan tanya, "Eh, baru bangun tdo ke?"-- Rasa macam nak jawab, "Taklaa, mana ade, baru balik joging ni ha"

Baru balek dari kedai, kawan tanya, "Eh, buat ape kat sini?"-- Ooo Em Ji. Niat hati nak je jawab, "Tengah tunggu bas ni. Tak sampai- sampai pulak".. Tapi perasaan masih boleh di kawal lagi la.

********

Okay. Aku rasa situasi macam ni and banyak la lagi situasi- situasi yang lebih kurang macam ni pernah jadik kat kite- kite kan. Soalan yang di ajukan tu kadang- kadang tak sesuai dengan keadaan. Korang tak rasa macam tu ke? Yelah kan, dah nampak orang tu buat ape, lagi mau tanye. Ape ke hal nye. Memang menempah jawapan yang tak dapat diterima hati dan perasaanlaa kan.

Tapi kan, aku pernah gak tertanye soalan macam tu. Masa tu kawan aku baru balek dari kelas kalo tak silap. Muka dia tengah merah padam time tu, panas sangat kot cuaca. Aku pergi tanye dia, "Eh, baru balek ke?" Tak pasal- pasal aku kena marah time tu. Padan muka aku la kan. Sentap jugak laa time tu. Tapi salah aku jugak la kot. Tapi niat aku baik. Nak ajak bual. Tapi dia tak ley terime. Tapi..... Okay,stop! Berapa banyak tapi la.

Actually, memang kalo di lihat secara luaran, memang soalan-soalan ni nampak macam tak berapa nak cerdik kan. Tanya lagi ape yang mata sendiri dah nampak. Kan tak cerdik tu. Tapi, cuba kita tengok secara mendalam. Try tengok dengan mata hati. Sebenarnye ni adalah keistimewaan orang melayu kita la kot. Even nampak simple tapi tu menunjukkan orang kita ni ramah. Sentiasa nak bertegur sapa antara satu sama lain.

Cuma, silapnye mungkin kita salah timing. So, pasni rajen- rajenlaa bertegur sapa. Tapi make sure, timing tu kena betul. Kalo tak, sia- sia je kena sembur ngan orang.

Sumber: Mr Google


Hati aku kata----> What goes around comes around. Its a fact!


Menyesal kemudian tidak berguna!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni cukup la 8 hari aku bercuti. Pejam celik pejam celik dah nak abes dah midsem break aku. Hari tu mase nak dekat- dekat cuti, rase macam lame je cutinya. Hari tu la kan. Ni, tup tup dah nak abes da. Rasa sangat sekejap la pulak cuti ni. Haha. Naik ni nak kena ngadap macam- macam test, submit assignment, report and so on. 

Takde ape benda- benda berfaedah yang aku buat cuti ni. Banyak melagho je. Aku dok melayan macam- macam cite. Paling penting cerita Keluarga Iskandar. Aku suka cite ni. Hari tu tak sempat tengok. Sampai diorang da buat ulangan. Ni baru aku nak tengok. Haha. Lagi ape ek aku buat cuti ni. Erm. Jalan- jalan carik starch tudung. Kalau nak tau, aku dah jumpa da starch tudung. Alhamdulillah. Lagi, aku dok khatamkan novel- novel and banyak la lagi benda- benda tak berfaedah yang aku buat kat rumah. 

Muka teruja kalau nak cuti

Buku? Yeah.. Aku baca jugak. Tapi bila baca sikit, terlelap. Bile tersedar je aku sambung baca semula.  Then, terlelap lagi. Begitulah seterusnye. Haha. Baca novel tak pulak tersengguk- sengguk. Musykil aku. Nanti malam nak test baru aku terkedek- kedek dok baca buku. Aku memang suka buat keja last- last minit. Tu memang kepakaran aku. Mase tu dah tak kenal bantal ngan selimut da. Then bebel, tak cukup tido la, ape la. Aku dapat rasa mase tu nanti mesti aku akan cakap, "menyesalnye tak bace buku time cuti hari tu". Haha. And mase tu jugak aku baru tau erti sebenar "menyesal kemudian tidak berguna" yang sering di gembar- gemburkan oleh nenek- nenek kita. 

Muka bila cuti dah nk abes

Okay, sekian sahaja cerita merepek aku. Thankz for reading. 

Hati aku kata----> Untuk mendapatkan sesuatu yang kita suka bukan mudah. Kita kena berhadapan dengan sesuatu yang kita tak suka terlebih dahulu. 

Hikayat seekor katak

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat hari raya aidiladha di ucapkan kepada semua umat Islam. Rasenye masih tak terlewat lagi kot nak ucap. Ye tak? Korang raya kat mana? Aku, as usual, balek kampung aku yang jauh nun di sana. Cewah. Padahal tak jauh mane pun kalo Johor-Melaka tu. Tak dan nak pejam mata, eh, da sampai da. Ok, part tu aku tipu. Cerita pasal kampung ni kan, aku ade la story sikit. Ahakz.. Layankan je laa ea..

Nak mula macam mane ek.. Erm, straight je laa ek. Aku ni penakut sikit taw dengan makhluk tuhan paling seksi bernama KATAK!! Seriously takut, geli, semua ade la bila berhadapan dengan binatang yang sekor ni. Tapi kan yang aku pelik, lagi aku takut lagi kerap pulak aku jumpa katak- katak ni taw kat kampung.

Dah banyak kali da jadik kat aku. Bila orang laen tak nampak, aku yang nampak. Agak seram di situ. Haha. Pernah dulu, aku nak mandi kat bilik air nenek aku. Mandi mestilaa kat bilik air kan. Haha. Sengal! Bilik air tu pulak kebetulan ade kat tepi rumah. Aku ni pulak jenis kalau nak mandi kat umah nenek, aku mesti test paip dulu. Just to make sure yang air ade. Bile aku da bukak paip air tu, tetibe aku nampak ade lembaga hitam lalu sebelah aku. Aku dah seram sejuk dah time tu. Ish, hantu ape pulak laa petang- petang ni. 

Bulu roma aku dah tegak berdiri da kan. Macam nak nyanyi lagu negaraku la pulak aku rasa time tu. Aku beranikan jugak diri toleh kiri, eh tak de pape pongggg.. Lega!! Aku toleh pulak ke kanan. Ha!! Ternyata ade seekor katak telah menyelinap masuk ke bilik air tanpa aku sedar. Kuang asam jawa punye katak. Terkebil- kebil katak tu tengok aku. Ok, aku tipu part yang terkebil- kebil tu. Sebenarnye tak dan nak buat ape, aku terus jerit je sebenarnye. Nak buat macam mane, dah tu je kepakaran yang aku ade. Haha

Sorilaa, gambar ni je yang mampu aku pilih dari prof Google.  


Cerita yang ni pulak jadik time subuh kat umah nenek aku jugak. Biasenye aku tidur atas katil. Tapi ntah kenapa malam tu aku rasa panas sangat. Aku pun tido la kat lantai. Betul- betul sebelah almari solek. Pukul berapa tah mak aku kejut pagi tu. Aku bukak- bukak mata je, binatang tu da ade kat sebelah bantal aku. No wonder la kalo mak aku pun tak nampak 'dia' kat tepi tu. Gila, tak terkejut!  Aku pun ape lagi. Menjerit la sekuat alam. Pagi- pagi dah buat kacau. Semua katak tu la punya pasal. Dasar katak!

Bila dah pagi sikit, orang- orang kat rumah tu mulalah nak gelakkan aku. Rupenye ayah aku cakap, "Alaaa, malam tadi lagi abah dah nampak katak tu masuk bilik".. Ha, ko bayangkan la aku tido dengan sape malam tu. Masing- masing dah tau aku geli katak. Saje je tak nak bagitau. Sakit pulak hati kita. 

Yang kejadian yang ni pulak jadik kelmarin time aku kat kampung. Tapi yang ni aku tak laa jerit sangat sebab aku dah ambil langkah berjaga- jaga. Time tu mak aku baru keluar dari toilet. Aku pun nak masuk la. Tapi tak dan masuk lagi, aku baru intai je kat pintu toilet. Aku da nampak katak tu tersengih- sengih kat tepi mesin basuh. Gatal punye katak. Aku pun terus panggil adik lelaki aku. Dia je yang berani pegang katak ngan tangan. Tapi alas ngn plastik la. Haha.

Mak aku cakap, "Kau ni kak long, ape laa.. Mak tadi mandi, xde nampak ape pun. Dia baru nak masuk dah nampak katak. Tulaaa, mate tu suka sangat intai sane, intai sini. Nak masuk tu masuk aje laa.".. Nak buat macam mane mak, dah miza ni geli plus penakut. Haha.


Putera Katak laaa sangat kan??
Tapi betul ke ek, ade orang cakap katak ni kalau dia gigit, selagi guruh tak berdentum kat langit selagi tu dia tak lepaskan. Ni fakta ke auta? Tolong laa bagitau. Kalau memang ini satu fakta, so tak sia- sia la aku takut selama ni. Haha. Lagi satu nak bagitau, gambar katak yang aku nak letak dalam entry ni pun aku amek just lukisan je. Sebab nak tengok and pilih gambar kat google pun aku dah cukup geli daa. Sorry laa ye. Tatap wajah katak kesayangan korang ni puas- puas. Tak kisah la putera katak sekalipun, kalau dah namenye katak, memang aku geli. Actually banyak lagi kisah aku dengan seekor katak. Tapi malas la nak cerita semua. Kang tak larat pulak korang bace novel aku dan si katak ni. Hehe

Ok, the end!
Thankz for reading.

Hati aku kata----> Aku geli ngan katak, tapi aku berani ngan lipas. Satu rumah pun aku sanggup kejar, as long as lipas tu tak patah balek kejar aku. Haha.

Transformasi pengeras tudung

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sabtu datang lagi!! Korang sihat? Ceh, gaye macam tulis surat tak rasmi. Poyo kemain. Haha. As usual la, aku memang tak reti buat intro. Ape kata kita skip bahagian intro ni nak tak? Ahakz...

ok, go!

Beberapa hari lepas, aku ngan kawan- kawan aku ade cite- cite pasal zaman kitorang sekolah dulu- dulu. And aku rasa entry kali ni more to kaum Ain Hawani kot. Kenapa Ain Hawani? Sebab right now tengah feeling- feeling cite Adam Hawa. Oh no! Melalut sudah. Actually kitorang story- story pasal tudung. Sebab tu cakap kaum hawa. Macam yang kita tau laa kan zaman skarang ni macam macam jenis tudung ade kat pasaran tu ha. Tinggal lagi nak pilih je mane yang berkenan. Tudung bawal tone, tudung ariani, tudung siakap. Eh, siakap belom ade kat pasaran lagi. Nak yang tepi dia ade karipap- karipap pun ade. Yang atas dia ade pengeras pun ade. Nak yang bertone pun ade jugak. Cakap je nak berapa tone. Warna pulak toksah cakap la. Yang penting kena berani je bermain warna. Senang cite macam- macam ada. Macam Astro gitu. 

Tapi dulu takde macam tu. Zaman aku sekolah rendah dulu aku ingat lagi. Nak kasi tudung tu keras, aku letak kertas A4 tu ha. Kawan- kawan aku pulak cite ade yang letak kertas surat khabar. Tak kisah la tu. Yang penting tudung we all tegak je kat atas tu ha. Then zaman berubah sikit. Aku guna plastik yang biasenye orang buat cover depan folio sejarah tu. Potong tiga. Da pakai satu hari, balek lap. Sebab ade peluh. Eiii. Yulkk. Zaman sekolah rendah la katekan. Bongok- bongok sikit. Pengotor. 


for those yang x kenal, this is lilin.
Dan zaman terus berubah. Aku pun ikut je peredaran tu. Lepas guna yang tadi- tadi tu, aku bertukar pulak pada lilin. Yeah!! Lilin! Aku guna lilin ni kalo tak silap dari darjah 6 smpai sekolah menengah kot. Merata kot cari lilin tu kalo kat hostel dulu. Dapat lilin yang kontot pun jadik la. Tapi masalah kalo guna lilin kat tudung ni kan, dia kekal. Dah tudung aku jadik 'kerah ketong' orang terengganu cakap. Correct me if i'm wrong. Tapi masa tu tak kesah laa kan. Yang penting pergi sekolah tudung ok! Haha. 

Dan bermula tahun 2010 baru aku blajo- blajo guna starch. Dulu- dulu nak beli starch xde duit. Haha. Start je masuk USIM tahun 2010, aku x guna daa lilin bagai. Guna starch ni senang skit. Bila basuh kesan boleh hilang x macam lilin tu ha. Rosak tudung aku. Menyampah taw. 

Ni laa starch yang banyak membantu aku  time nak pakai tudung

Abaikan almari belakang tu. Fokus pada starch only

Ha macam tu laa kisah aku. Actually aku agak cerewet sikit bab- bab tudung ni. Asal nak g kelas je tudung problem, automatik mood aku terus terbang melayang. Memang tak senang duduk sebenarnye kalo berkaitan tudung ni. Tapi sejak akhir- akhir ni aku dah tak nampak da starch yang macam ni kat pasaran. Hari tu pergi Giant and Tesco Nilai aku tak jumpa. Last Wednesday, time buat interview ngan Etiqa Takaful kat seremban 2, aku try carik kat tesco extra kat sane. Kot la namenye extra, ade extra starch kat sane. Haha. Tapi tak de jugak. Ke, dyorang da tukar packaging. And aku ngan member- member aku yang tak tau. Nak tunggu balek Johor raye haji ni, nak carik kat sane pulak. Hopefully ade la. 

Thanks for reading.


Hati aku kata----> Ingatkan aku sorang je yang pakai kertas kat tudung, rupenya kawan aku yang selangor, kedah, terengganu pun ade pakai gak. Baru nak rase special. Haha. 


Ujian konsentrasi. Jom cuba

Assalamualaikum dan salam sejahtera

A very good morning to everyone. Actually da tak berapa nak morning laa kan. What ever la. Okay, memandangkan hari ni hari Ahad. Why not kite relax-relax kan kepala. So, jom jawab soalan-soalan kat bawah ni dengan hati yang ikhlas lagi jujur. Jawab dengan spontan taw korang- korang. 

Soalan- soalan ni cume menguji sejauh mana konsentrasi kita je. Bukan apa- apa pun. Baca soalan one by one. Don't skip-skip taw. Yang penting kena concentrate!

Okay, let's go!

1- Kertas A4 warna apa?
2- Asap warna apa?
3- Tisu warana apa?
4- Lembu minum ape?

(Yang jawab susu for sure konsentrasi dia terganggu, sebab lembu kan minum air)

Okay,kite teruskan permainan.

1- Rambut anda warna apa?
2- Tulisan ni warna apa?
3- Jalan raya warna apa?
4- Kelawar tidurnya bila?

(Yang jawab malam, lagi sekai konsentrasi dia terganggu sebab kelawar kan tidur waktu siang)

Okay, next!

1- Warna cendol ape?
2- Daun kelapa warna apa?
3- Warna bagi kebanyakan rumput?
4- Harimau makanannya apa?

( Yang jawab rumput salah!. Sebab harimau makan daging ok)


sumber: mr google

Menarik kan. Aku dah try jawab da. Aku jawab kelawar tidur waktu malam. Lembu minum susu. Nampak tak konsep dia kat sini. Jelas mengatakan konsentrasi aku terganggu. Ini semua just for fun je taw. Jangan amek serius sangat. Selamat berhujung minggu kawan- kawan.

Sumber: Page Wujud


Hati aku kata----> Berhujung minggu bersama assignment lagi. Great!










Aku yang terawal??

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Yeay! Dah hari Jumaat. Means, esok tak de kuliah. Makanya, bolehlaa aku terbongkang atas tilam lame- lame. Berselubung dalam selimut. Intai- intai kawan sebelah da bangun ke belom. Selagi kawan ade tido kat sebelah lagi, selagi tu tak bangun- bangun. Ok, sangat buruk perangai. Mohon berubah ye. Sedar- sedar je nanti pintu umah bunyi kreeekkkk ( bunyi yang panjang ye). Sangat usang weyhh bunyi pintu umah sewa aku. Serious aku tak suka bunyi tu lagi- lagi time aku tido. Ok, abes isu tido.

Pagi tadi aku bangon agak awal. Ini semua gara- gara semalam aku ngan kawan- kawan sepakat mengatakan yang kelas pukul 9. Ye ye je kawan aku sorang ni kejut kononnye kelas pukol 9. Masing- masing bersunguh- sungguh pergi mandi and siap- siap bagai. Tanpa ada syak wasangka tu masing- masing pergi mandi. Jap lagi sorang kawan aku ni turun je dia cakap, "Eh, kelas bukan pukol 10 ke?". Aku pun ape lagi, cepat- cepat tengok jadual. Alangkah terkejutnye aku bila tengok kelas pagi tadi memang pukol 10. Apesal tah jadual boleh berubah kat otak kitorang. Mereng. Masalahnye bukan aku sorang je yang cakap kelas pukol 9. Kawan aku yang 5 orang tu pun tak menafikan semalam. Agaknye we all banyak makan semut api kot. 

Sumber Mr Google

Tapi okay laa jugak. Bila lagi nak bangun awal kan. Biasenya kalau kelas pukol 10 pagi, pukol 9 baru bangon. Kelas pukol 9 pagi, 8 baru bangon. Standard ar tu budak- budak u. Kononnye penat stay up malam- malam. Jangan tak ngaku pulak korang- korang tu. Lepas semayang subuh, cepat- cepat tido semula. Again, perangai yang tak sepatutnye di contohi oleh adik- adik. Time bangon tu la baru terkedek- kedek nak iron baju, baru pikir nak pakai baju mane, tudung ape. Euwwwww... 

Hal yang kedua pulak jadik time rabu malam khamis hari tu. Kitorang buat assigment. Kitorang menjangkakan yang assigment tu hantar hari khamis. Bersungguh- sungguh kitorang buat. Dekat pukol 3 pagi gak baru tido. Penat ni aku perah otak nak manghasilkan ayat yang super gangnam, eh silap.. Super power sebenarnye. Tetibe je akak yang duduk serumah ngan aku ni cakap, "Hantar assignment consumer behavior tu Jumaat kan?? ".. Aik?? Aku da musykil daa. Kalau hantar Jumaat, apesal aku n the geng semangat sangat buat ni. Again, aku terawal sangat nak hantar. Haha. 

Tapi alhamdulillah laa.. Kalau tak mesti aku akan buat assinment tu last minit. Dah tu nanti bile dah lambat  nak hantar assignment mula laa nak menggelabah tak tentu pasal. Tak cukup tido laa, pendrive kena virus laa, ape laa.. Benda ni selalu jadik kalo buat last minit. Tapi aku still macam ni. Tak pernah berubah habit aku yang satu ni. Ok. Abes cerita untuk hari ni. 


Hati aku kata----> Assignment aku dah mula banyak. Dan aku dah mula tak tahu nak buat mane dulu.