GA Ramadhan & Birthday Wawa by Wawa Ashihara

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Haaa, tuddiaaaa.. Setelah sekian lame tak join sebarang GA, ni join da.
GA dari seorang rakan blogger, Wawa namenye.
Ni GA sempena Ramadhan dan jugak Birthday Wawa.
Hadiah dia memang the best laa.
Kalau nak tgok hadiah-hadiahnye, boleh klik SINI .
Nak tengok syarat-syaratnye pulak boleh klik SINI .
Kalau rase berkobar-kobar nak join, sila klik banner atas tu sepantas kilat.
Tapi sebelum tu nak ucap selamat berpuase and happy becoming birthday kat Wawa.
Semoga panjang umur, murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan.
Ok, done!


Hati aku kata----> Rezeki dari ALLAH bukan saje berbentuk duit, kesempatan yang ALLAH bagi untuk bernafas di bumiNYA juga satu rezeki. 












Petua untuk selalu ceria dan hati sentiase tenang

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hai kawan-kwan! Hehe. Lame rasenye blog ni di abaikan. Kalau rumah tu orang kate dah bersawang agaknye. Nasib baik tak roboh je ni. Sekarang ni dah pun hari kelime umat Islam berpuase. Rasenye masih tak terlewat nak ucapkan selamat berpuase kepada semua kawan- kawan yang beragama Islam. Alhamdulillah masih di beri kesempatan untuk berpuase tahun ni. Semoga segala amal kita di terima Allah. Insyaallah. 

Ok, back to the topic!

Siapa yang tak nak hidup dengan hati yang tenang dan selalu ceria kan. Semua orang nak. Kalau kita ceria, insyaallah kita boleh menceriakan orang-orang di sekeliling kita. So, kat sini ade laa beberapa cara untuk hati kite sentiase tenang dan hidup kita ceria. 

* Dekatkan diri dengan Allah.
Jangan sesekali tinggal solat. Doa pada Allah, mintak supaya hati kita ni sentiase tenang. Walau banyak mane pun masalah kita, ingat yang Allah tu ade. Dengan doa kita tu nanti, walau ape pun yang kita hadapi insyaallah kita still boleh cool. Sebab Allah dah tiupkan, Allah dah titipkan ketenangan kat hati kita. 

* Sentiase berfikiran positif.
Positifkan diri kita. Bila kita dapat ape-ape task, bila kita di beri ape-ape tanggungjawab, cuba buat. Jangan awal- awal lagi dah cakap tak boleh, tak mampu. Bila perasaan ni dah awal- awal masuk kat diri kita, emosi kita mesti terganggu punyalah. Percayalah! Time tu mula lah nak tension, nak marah, nak maki-maki orang, buat muka ketat. Oh no! Please stop it. Tak best la macam tu kan. 

* Jauhi sifat iri hati, hasad dengki dan seangkatan dengannya.
Kita semua mesti tahu yang ni semua elemen-elemen yang negatif. Elemen-elemen ni tak sepatutnye ada dalam diri seseorang yang cintakan ketenangan macam kita ni kan. Ni tidak, nampak jiran sebelah beli kereta baru, mula laa nak buat cerita bukan-bukan. Haishh, tak boleh macam tu la geng. Orang jenis gini dia tak boleh tengok orang lebih dari dia. Payah laa gitu kan. Macam mane hati nak tenang kalau asek nak dengki dengan orang je. Setkan dalam diri kita yang rezeki setiap orang lain-lain. So, buat ape nak dengki-dengki. Dari dok dengki kat orang, baik laa fikir macam mane nak majukan diri sendiri. 

Sumber Mr Google.
Ceria macam upin ipin dan kawan- kawan

* Bermaafan sesama kawan, keluarga.
Ni kadang-kadang kita tak sedar. Puas da buat semua, tapi still hati ni tak tenang-tenang. Fikir semula mungkin kita ni ade salah dengan orang lain. Mungkin perbuatan kita, percakapan kita buat orang terasa hati, buat orang marah kat kita. Kita kadang tak sedar. Yelaa, mulut ni kadang sedap je bercakap pung pang pung pang, kita tak tau yang ade kawan yang kesok hati. Kena cek semula semua tu. Tapi jangan nak tunggu raye baru nak mintak maaf. Hee

Okaylaa, tu je laa yg nak di kongsikan. Semoga entry ni sedikit sebanyak boleh memberi input yang baik untuk semua. Kalau ade ape-ape idea laen, jangan malu jangan segan nak share sesama kat ruangan komen ok? 


Hati aku kata---->Cuti sem + bulan puase = best!! Haaa.