Pesanan untuk hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni tak de introduction. Straight je laaa ea! Ok, go! Setiap hari Khamis aku ade kelas Human Capital Development. Subjek ni pada aku sangat best. Lecturer dia pun best laa. Tapi sebenarnye aku bukanla nak story pasal lecturer aku tu. Just wanna share beberapa kata-kata yang lecturer aku tu bagi setiap kali dah abes kelas.

Pertama:

"Ada 3 perkara untuk tilik hati. Yang pertama, selalu ingat mati. Yang kedua, Qiamullail. Yang ketiga, selalu baca quran."

Menurut lecturer aku, ini adalah pesanan Imam Ghazali. Cara ni laa yang akan tentukan samada hati kita ni mati atau tidak. Kalau kita lalai dengan 3 perkara ni, pohonlaa hati yang baru kat Allah sebab besar kemungkinan hati kita dah mati. Nauzubillah. 


Kedua:

"Perbuatan jahat yang di balas jahat tu satu dendam. Perbuatan baik di balas jahat tu satu kezaliman. Manakala perbuatan jahat yang di balas baik tu satu kemuliaan"

Perkara ni aku rasa selalu berlaku dalam kehidupan seharian kita. Fikir- fikirlaa semula kita nak tergolong kat mane satu. Memang susah kalo kita nak balas perbuatan jahat dengan kebaikan. Ye tak? Macam mane pun kita masih boleh cuba. Tapi jangan laa kita jadik manusia yang membalas kebaikan dengan kejahatan. Teruk sangat tu. 

Actually banyak lagi yang lecturer aku pesan setiap kali habis kelas. Cume aku je yang tak dengor kot. Maybe aku tengah sibuk kemas beg. Maklumlaa kelas dah habis kan. ish ish ish.. Haha. Tak pun maybe aku tengah borak ngan member aku. Biase laa tu. Kelas pun da habis kann..

Ok, habis daa. Thanks for reading.


Hati aku kata----> Kadang- kadang pesanan macam ni penting. Sebab manusia ni kan mudah lalai. Jadik peringatan tu macam satu penyegar laa buat manusia yang sering kali leka ni.









Orang lain buat, kita dapat dosa. Macam mane tu?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Salam Jumaat kawan- kawan. Hopefully Jumaat kali ni memberi 1001 kebaikan untuk kita semua. Lagi pulak hari ni kalo tak silap hari kedua untuk tahun baru ni kan. Apa yang dah berlalu tu, biarkan berlalu. Yang berlaku tahun lepas tu, buang yang keruh, amek yang jernih. Yang mendatang ni mulakan dengan buku baru. Ape yang terngumpat, terlintas yang tak baik kat hati tu, same-samelah kita elak. 

**************
Pernah terasa hati, terkecik hati, terambil hati dengan orang- orang sekeliling kite.? Atau kalau dalam kalangan pelajar ni, mungkin terkecil hati dengan kawan- kawan. Aku rasa ade je kot yang mengalami benda ni semua. Especially to kaum hawa. Tapi kaum adam tak kurang jugak okay!

Semalam housemate aku ade post something kat FB. Yang penting berkaitan dengan terasa- terasa ni laa.  Mula- mula baca memang nampak macam tak adil. Tapi bila dah bace sampai habis, barulah aku faham apa yang nak disampaikan. Antara point utama ialah, 

"Kenapa kalau kawan kecikkan hati kita, kita yang berdosa.?"

Tapi jangan cepat buat conclussion sendiri. Menurut artikel tu, sebagai contoh; kalau Kuntum (bukan nama sebenar) menghina Kenanga (bukan nama sebenar), Kuntum berdosa. kalau Kenanga terasa dengan penghinaan tu, Kenanga juga mendapat dosa yang lebih besar dari tu. Betulkan kalau aku tersilap sampaikan. 

Ini adalah kerana, apa yang Kuntum cakap tu seolah- olah satu ujian, teguran dan peringatan dari Allah untuk si Kenanga yang mungkin tengah lalai dengan dunia ni. Ada banyak cara Allah nak buat kita sebagai hamba ni sedar dari kesilapan diri. Ini secara tidak langsung menunjukkan yang Kenanga  ni bukan sahaja berkecil hati dengan Kuntum, tapi jugak dengan Allah. Nauzubillah.

So, conclussion yang aku dapat buat kat sini ialah, jangan cepat terasa hati ngan orang lain. Yes, aku tau sebagai perempuan memang susah kot nak elak terasa- terasa hati ni. Hati tisu laa katakannn. Aku pun samalah. Sikit sikit sentap. Tapi tu laa.. Aku pun kena elak la jugak bila dah tau macam tu. Buat tambah dosa aku je buat ape kan. Sebaiknye kite tengok balek kat mana silap kita. Kat mana pulak yang kita kena betulkan. 

Sumber: Prof. Google. All about friends...

Lagi- lagi bila kawan- kawan ni da kenal diri kita, macam- macam gak perception dyorang. Nampak macam kita tak kesah sangat, dyorng pun sesedap rase je cakap macam tu, cakap macam ni. Contohnye, "Alaa miza tu, gini gini gini".. "Alaa miza tu, macam tuu".. Cakap depan- depan for sure aku terasa. Nampak luaran kental, tapi euwwwww! Tapi kita tak boleh nak tutup mulut orang dari bagi pendapat dyorang kan. Tadah je telinge. Ape yang boleh aku ubah, aku ubah. Senang je.

p/s: Kalau salah tolong betulkan,. Kalau kurang tolong tambahkan.

Hati aku kata----> Penat kot nak terasa je ngan orang. Kesian hati aku. Teguran untuk diri aku sendiri jugak!


Bukan ke, budi bahasa tu budaya kita?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah. Okay, tu je yang mampu aku lafazkan. Minggu lepas memang minggu yang pada aku agak mencabar kewibaan aku ngan group member aku laa sebagai student. Berderet assingment ktorang kena submit. Semuanye kena submit tarikh yang sama. Tak cukup ngan tu, mid term plak. Sampaikan aku rasa macam takde sabtu ahad untuk aku minggu lepas. Ni lah antara part yang nak tak nak, sebagai student kita kena lalui. Best jugak sebenarnye stay up smpai 3 pagi. Bile lagi kan? Ni laa masenye. And insyaallah minggu ni semua akan cool balek sebab assigment tinggal sikit. Lagi pulak minggu ni ade cuti 2 hari. Rilex la sikit kot. Hopefully!

Ok, intro da settle! (tarik nafas lega).- tak reti buat intro..

Just imagine korang dalam situasi kat bawah ni:

Baru bangun tido, ada kawan tanya, "Eh, baru bangun tdo ke?"-- Rasa macam nak jawab, "Taklaa, mana ade, baru balik joging ni ha"

Baru balek dari kedai, kawan tanya, "Eh, buat ape kat sini?"-- Ooo Em Ji. Niat hati nak je jawab, "Tengah tunggu bas ni. Tak sampai- sampai pulak".. Tapi perasaan masih boleh di kawal lagi la.

********

Okay. Aku rasa situasi macam ni and banyak la lagi situasi- situasi yang lebih kurang macam ni pernah jadik kat kite- kite kan. Soalan yang di ajukan tu kadang- kadang tak sesuai dengan keadaan. Korang tak rasa macam tu ke? Yelah kan, dah nampak orang tu buat ape, lagi mau tanye. Ape ke hal nye. Memang menempah jawapan yang tak dapat diterima hati dan perasaanlaa kan.

Tapi kan, aku pernah gak tertanye soalan macam tu. Masa tu kawan aku baru balek dari kelas kalo tak silap. Muka dia tengah merah padam time tu, panas sangat kot cuaca. Aku pergi tanye dia, "Eh, baru balek ke?" Tak pasal- pasal aku kena marah time tu. Padan muka aku la kan. Sentap jugak laa time tu. Tapi salah aku jugak la kot. Tapi niat aku baik. Nak ajak bual. Tapi dia tak ley terime. Tapi..... Okay,stop! Berapa banyak tapi la.

Actually, memang kalo di lihat secara luaran, memang soalan-soalan ni nampak macam tak berapa nak cerdik kan. Tanya lagi ape yang mata sendiri dah nampak. Kan tak cerdik tu. Tapi, cuba kita tengok secara mendalam. Try tengok dengan mata hati. Sebenarnye ni adalah keistimewaan orang melayu kita la kot. Even nampak simple tapi tu menunjukkan orang kita ni ramah. Sentiasa nak bertegur sapa antara satu sama lain.

Cuma, silapnye mungkin kita salah timing. So, pasni rajen- rajenlaa bertegur sapa. Tapi make sure, timing tu kena betul. Kalo tak, sia- sia je kena sembur ngan orang.

Sumber: Mr Google


Hati aku kata----> What goes around comes around. Its a fact!


Menyesal kemudian tidak berguna!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni cukup la 8 hari aku bercuti. Pejam celik pejam celik dah nak abes dah midsem break aku. Hari tu mase nak dekat- dekat cuti, rase macam lame je cutinya. Hari tu la kan. Ni, tup tup dah nak abes da. Rasa sangat sekejap la pulak cuti ni. Haha. Naik ni nak kena ngadap macam- macam test, submit assignment, report and so on. 

Takde ape benda- benda berfaedah yang aku buat cuti ni. Banyak melagho je. Aku dok melayan macam- macam cite. Paling penting cerita Keluarga Iskandar. Aku suka cite ni. Hari tu tak sempat tengok. Sampai diorang da buat ulangan. Ni baru aku nak tengok. Haha. Lagi ape ek aku buat cuti ni. Erm. Jalan- jalan carik starch tudung. Kalau nak tau, aku dah jumpa da starch tudung. Alhamdulillah. Lagi, aku dok khatamkan novel- novel and banyak la lagi benda- benda tak berfaedah yang aku buat kat rumah. 

Muka teruja kalau nak cuti

Buku? Yeah.. Aku baca jugak. Tapi bila baca sikit, terlelap. Bile tersedar je aku sambung baca semula.  Then, terlelap lagi. Begitulah seterusnye. Haha. Baca novel tak pulak tersengguk- sengguk. Musykil aku. Nanti malam nak test baru aku terkedek- kedek dok baca buku. Aku memang suka buat keja last- last minit. Tu memang kepakaran aku. Mase tu dah tak kenal bantal ngan selimut da. Then bebel, tak cukup tido la, ape la. Aku dapat rasa mase tu nanti mesti aku akan cakap, "menyesalnye tak bace buku time cuti hari tu". Haha. And mase tu jugak aku baru tau erti sebenar "menyesal kemudian tidak berguna" yang sering di gembar- gemburkan oleh nenek- nenek kita. 

Muka bila cuti dah nk abes

Okay, sekian sahaja cerita merepek aku. Thankz for reading. 

Hati aku kata----> Untuk mendapatkan sesuatu yang kita suka bukan mudah. Kita kena berhadapan dengan sesuatu yang kita tak suka terlebih dahulu.