allah sebaik- baik perancang

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hai korang. Sihat? Lame kot aku tak update pape kat blog aku ni. Last entry bertarikh 22 Februari. Agak lame la jugakkan. Erm. Aku hari ni nak story something. Actually story ni dulu ade orang yang ceritakan kat aku. Tapi aku lupa siapa.

Ceritanye bermula begini :

Ada seorang hamba Allah ni. Dia naik kapal. Tapi ditakdirkan Allah, kapal yang dinaiki tu karam. Maka jadik la kapal karam. Hehe. Okay- okay. Selingan jap. Nak di jadikkan cerita, Hamba Allah ni je yang selamat. Dia terdampar keseorangan. 

Bila dia sedar, dia terasa takut, lapar, sedih. Semua perasaan ade lah. Yelah kan. Tertinggal sorang- sorang. Dia sangat yakin takkan ade sesape yang boleh selamatkan dia. Pada fikirannya, walau ape pun yang terjadik, kehidupan perlu di teruskan. Maka dia pun membina sebuah pondok untuk dijadikkan tempat berteduh dari hujan dan panas. 

Sumber Puan Google

Suatu hari, Hamba Allah ni keluar mencari makanan. Mase dia balek semula ke pondok dia, dia tengok pondok dah terbakar. Hamba Allah ni cakap, " Kenapalah sampai macam ni sekali Allah menguji aku."
Dia terlupa agaknye ayat quran yang menyebut, "Allah takkan sesekali menguji hambanya di luar kemampuan hambanya." 

Selang beberapa ketika, ade sebuah kapal yang menghala ke arah kawasan terbakar tu. Hamba Allah ni sangat- sangat gembira. Dia pun  terselamat. Mase kat dalam kapal, Hamba Allah ni bertanya. "Macam mana kamu boleh terlintas menghala kearah kawasan saya." Dan kelasi kapal tu menjawab, " Aku ternampak asap dari kawasan kamu. Dan aku menganggap mungkin ade yang memerlukan bantuan."

Okay. Habis dah cerita. Hehe

Nampak tak ape motif aku cerita ni tadi. Pondok terbakar tapi dia salahkan Allah. Sedangkan kalau pondok tu tak terbakar, mungkin sampai bila- bila pun Hamba Allah tu masih menghuni kawasan tu. Sesungguhnye Allah lebih mengetahui ape yang akan berlaku dan ape yang sepatutnye berlaku. 


Hati aku kata----> Tingkatkan ilmu setinggi langit, rendahkan hati serendah mutiara di lautan.

5 comments:

Cik Nesha said...

bagus cerita ni... ^3^

cik toinktoink (CT) said...

excellent .. thumbs up arr kat story nie ....

hudahassan ^^ said...

cerita tak mcm best pulak kann .

boleh carite kat anakanak nanti !

Apex said...

Yeah!! ske cite nie...^__^

syahirooAhmad said...

:) sejuk hati baca cite2 gini.. Allah sentiasa membantu kita kan...