Ayat orang sekarang

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ape pendapat korang bile bace tajuk kat atas tu? Mesti da terbayang bayang kat kepala korang kan ayat- ayat yang familiar sangat tu. Betul tak? Kadang aku terfikir jugak sape laa yang mulakan dulu ayat- ayat ni.  Sampaikan tersebar ke seluruh negeri dan daerah. Tetibe je semua orang guna. Lagi- lagi remaja laa. Aku rasa macam remaja yang ramai guna. Okay, jom kite ayat- ayat yang terpilih. Chewahhh. 

Ok, go!

* Untunglaaaa
Ayat ni aku rasa paling famous laa kot. Kadang rasa macam, alamak boringnye la hai ngan ayat ni. Tak de word laen ke? Haha. Pergi mana- mana pun mesti ade ayat ni. Mane tak nye, time tengah sedap- sedap bercerita, terdengar pulak respon kawan- kawan, "Untunglaaaaa". Okay. (sambil buat muka boring) Haha. Kadang aku rasa ayat ni memang da jadik habit la kan. Sikit- sikit "untunglaaaa". Sikit- sikit "untunglaaa". Nampak orang masuk McD, kita masuk kedai depan McD, untunglaaa. Orang makan ayam, kita makan ikan bilis, untunglaaa. Everything is untunglaaaa. Tak sabar nak tunggu ayat yang boleh menggantikan untunglaaa ni. Sampai kat FB pun memanjang komen untunglaaaa. 

* Sangattttt @ Kannnnnn
Ayat ni biase guna time kawan- kawan tengah bercerita kan. Jap lagi kita macam setuju sangat- sangat laa dengan ape yang kawan tu cakap, maka perkataan sangatttt ni akan terkeluar. Eh, aku tak pasti samaada terkeluar atau di keluarkan. Hehe. Contohnye,"Eh, cerita setia hujung nyawa tu sweet giler".. Then kawan akan cakap "Sangatttttt".. Kenapa aku letak huruf T banyak- banyak? Sebab sebutan dia memang macam meleret sikit laaa. Pernah guna? Hehe

* Boleh laaaa
Boleh laaa ni pun kerap gak dengar orang guna. Ye tak? Ayat ni selalu guna time kita macam tak berapa  nak suka pada something ni tapi dalam masa yang sama kita tak nak orang kecik hati. Faham kan? Contohnye, "Mieza, cantik kan baju purple tu".. Then Mieza yang macam tak berapa berkenan tu dia akan cakap "Bolehlaaaa" sambil sengih- sengih. Nak cakap tak cantik, tak sampai hati. Nak cakap cantik, macam tipu laa pulak. Kesian kat kawan tu. Tapi biasenye kawan tu akan tau jugak yang Mieza ni tak berapa berkenan. 

* Bhai
Ha, ni lagi satu perkataan yang aku selalu dengar orang lelaki yang cakap. Aku sendiri tak tau ape maksud dia. Banyak kali gak aku dengar. Contohnye, "Rileks ar bhai", "Lepak sana dulu laa bhai" (ayat diubah sikit ikut kesesuaian 'karangan' aku ni). Asal hujung ayat je mesti ade Bhai. Ape memang Bhai tu letaknye kat hujung ayat ke? Kalau letak kat depan jadik ape ek. Memandangkan aku tak tau maksud dia yang sebenarnye, aku anggap maksud dia sama macam bro kot. Boleh gitu? Hehe

* Lettew
Wah wah wah. Ayat ni memang menjadi jadi kot. Selalu jugak laa aku guna perkataan ni. Macam best je kan. Contohnye bila kawan yang dah lame tak call, dia call. Jadik bila dia call tu, aku akan cakap, "Eh, ni kenapa tetibe je call aku ni. Rindu lettew". Kadang- kadang kalau mak aku call pun, aku cakap, "Mak call ni, mak rindu miza lettew". Then mak aku akan cakap, "Perasan lettew". Sempoi tak sempoi mak aku. Haa, nampak tak konsep penggunaan ayat kat situ. 


Actually banyak je lagi word-word ni. Eh, jap! Sebelum aku terlupa. Aku pernah terbaca status kat FB tu yang ayatnye boleh mengundang kepada penyakit lidah berbelit.Contohnye:

Esok   ---> ecox
Sangat---> cangat 
Cantik---> Syantek

Pic ni asal dari Hans Punye Blog . Jemputlaa singgah ke blog beliau.

Faham tak ayat atas tu? Ke, nak aku translate. Okay. No hal. Ayat tu bermaksud begini. "Boleh tak jangan kacau saya lagi. Rimas la". Banyak lagi sebenarnye word- word tu. Tak larat aku nak mengingatnye. Ikut suka laa nak taip macam mane pun. "Kreatif " tu namanya. Ada idea tersendiri. Hehe. Okay laa. Sampai sini dulu. Korang pun bukan suka baca panjang- panjang kan? 


Hati aku kata----> Alhamdulillah 2 paper yang aku dah amek ni okay. Hopefully another 5 pun okay jugak la. Amin.

























5 comments:

Hans said...

owh
ingat gambar apa tadi
ekekek
no hal lah
thanks sudi link blog saya
tak pasal2 saya tengok balik entry sendiri n gelak2 baca
hahahaha

Epul Samad said...

best plk word lettew tu...apa pon... unntung leerrrr...

angellovesoldier said...

Hahah, macam owg x da rahang jew cakap macam dalam gambar tu. BTW, bhai tu ape erk?

Kuazue Mohd said...

as salam... cik azue datang vertandang...by the way..dtg ni nak menjemput tuan umah join my GA..meh la..semoga ukhwah berpanjangan..
http://kuazue.blogspot.com/2013/01/kome-nak-tak-my-2013-1-give-away.html?m=1

Yun Sing said...

Ada satu ketika dulu *cewah* 'giler kentang' juga tersangat lah trendy xD