"KONVENSYEN KEUSAHAWANAN ISLAM KALI KE-9"

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Setelah sekian lama tak menulis kat blog ni, kini aku kembali. Chewahhh. Entahkan ada entahkan tidak orang datang singgah ke sini. Banyak benda nak share sebenarnya. Tu pun kalau masih ade yang sudi nak baca laa kan. 

Kali ni nak jemput kawan- kawan semua ke iCEPS9. Eh, iCEPS9 tu apa? Okay. iCEPS ni bahasa melayunya Konvensyen Keusahawanan Islam. Sebagai seorang pelajar Tahun 4, Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), kami dikehendaki menganjurkan satu konvensyen yang diberi nama Konvensyen Keusahawanan Islam (iCEPS9). Tahun ini merupakan tahun kesembilan penganjuran konvensyen ini. Sebagai salah seorang pelajar tahun 4, rasa terpanggil la kan untuk menjemput anda semua ke konvensyen anjuran kami.

Untuk menganjurkan konvesyen ini, kami sebagai pelajar tahun 4 akan di bahagikan mengikut unit. Antaranya Unit Aktiviti, Unit Hadiah dan Cenderahati, Unit Tajaan and banyak lagi laa unit. Setiap unit ada peranan tersendiri sebelum, semasa dan selepas program berlangsung.


Konvensyen ini akan di adakan pada:

Tarikh   : 26 September-29 September 2013
Tempat : Kompleks Sukan Tunku Najihah, Universiti Sains Islam Malaysia, Kampus Nilai, Negeri Sembilan.

Pelbagai aktiviti bakal diadakan bersempena dengan konvensyen pada kali ini. Klik SINI untuk mengetahui tentatif program yang mana di dalamnya turut memuatkan pelbagai aktiviti sepanjang konvensyen berlangsung. Kalau sudi, kawan- kawan semua boleh jugak like page kami di SINI . Dan kat SINI pulak wordpress kami. Silakan lah melihat semua medium yang kami gunakan ni untuk mengetahui berita terkini mengenai konvensyen anjuran kami ni.

Terdapat jugak gerai-gerai jualan makanan, pakaian dan banyak lagi la. So, jangan risau laa. Anda pasti tidak akan kelaparan di sini. Sambil- sambil jalan boleh cuci- cuci mate, beli ape yang patut. Kami juga ada mengadakan Konsert Simfoni Akustik bersama artis jemputan dan Malam Cinta Rasul. Selain daripada itu, terdapat aktiviti lain antaranya pertandingan mewarna untuk kanak- kanak, pertandingan bayi comel, derma darah, sukan rakyat dan banyak lagi. Untuk mengetahui aktiviti- aktiviti sila ke wordpress kami. So, apa lagi. Datanglah beramai- ramai. Bawaklah family ke, classmate ke, tak kisahlah siapa- siapa pun.  Habiskan hujung minggu anda kat sini.


Hati aku kata----> #final year, #iCEPS9, #FEM, #USIM







7 comments:

Marliyana Mk said...

Mesti bestttt kan icep ni. Heheheh

Wahh.final year ye. Good luck :)

mieza said...

jmput dtg ye Marlyana..

Unknown said...

Semoga semuanya berjalan lancar ! Amiiiinnn ! :D

reza al-razi said...

event besar tu... org luar bleh hadir sekali kan? smoga dapat menjayakan event ni dgn jayanya..

mieza said...

insyaallah. aminn.
haah, org lua pn boleh dtg. jemputlaa dtg ea.. promote kt kwn2..

amal said...

hee aah kitaa usim jugak ;)
Hyee senioritaaaa :D

biela bell said...

InsyaAllah..member pun ramai kat USIM..U bell dgn USIM tak jauh mana pun..InsyaAllah..