Beza zaman sekolah and zaman U Part 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Jumaat datang lagi. Dan waktu ni laa antara waktu yang aku berkesempatan untuk menghupdate blog. Hari ni aku nak sambung entry yang hari tu aku update. Ni consider yang part 2 laa. For those yang tak bace lagi Part 1, boleh laa klik SINI .. 

Ok, go!

Perbezaan yang seterusnya ialah:

Waktu kelas

Kalau dulu zaman sekolah, kelas biase dari pukol 7.30 pagi sampai tgahari je kot kalau tak silap aku. Kalau lewat sikit pun sebab ade kelas tambahan. Pastu ade perhimpunan every monday. Cikgu nasihat itu ini. Kat U takde pulak kot aku rasa perhimpunan- perhimpunan ni. Apa- apa announcement akan di sebarkan melalui flyers or board- board kat setiap fakulti. Kena alert laa kirenye. Pastu kalau kat sekolah kalau tak silap aku pukol 10 pagi rehat kan? Semua akan keluar ramai- ramai pergi makan kat kantin. Kalau kat U pulak, jadual kelas memang tak tentu. Kadang- kadang kelas sampai malam pun ade gak. Pandai- pandai la carik masa makan sendiri. Masa tu ade, cuma kene pandai manage la. Jadual memang agak pack la. Especially for those yang jam kredit sampai 21, 23 atau lebih lagi. Memang mengancam laa kan mereka- mereka ni punye jadual. Paling syok kalau kelas cancel. Budak sekolah kalau cikgu takde, tetap kena duduk kat dalam kelas sebab ade cikgu ganti. Kat U tak. Boleh balek hostel kejap, rilex- rilex. 

Handphone

Zaman aku sekolah dulu, handphone ni di gelar barang haram. Dah namenye pun haram kan, tu maknenye memang tak leh bawak laa kan. Kalau bawak dosa! Boleh gitu? Actually bukan laa dosa cuma peraturan laa katekan. Kalau yang mana kepala ala- ala batu bata tu bawak gak, pandai- pandai cover laa. Jangan dok tayang sane- sini. Memang tempah maut tu namanye. Simpan laa kat mane- mane yang di jamin selamat. In case kalau kena rampas time spot check, jangan laa time tu nak memujuk merayu suruh pulangkan. Memang tak laa weyh. Kan da cakap awal- awal, jangan bawak. Berani bawak, berani tanggung la kan. Kalau kat U pulak, perkara ni tak berlaku dan aku rasa takkan berlaku kot. Masing- masing henset semua canggih- canggih. Yang tipis ade, yang besar macam kalkulator casio 570 pun ade, tablet bagai. Macam- macam la. Nobody care dah mase tu. Sebab masing- masing da besar. Pandai fikir sendiri da. Time kuliah tu silent laa kan.


Sumber Mr Google
Bahasa perantaraan.

Time kat sekolah dulu, semua cikgu cakap bahasa melayu kecuali cikgu bahasa inggeris. Yelah, takkan cikgu bahase inggeris nak cakap malay pulak. Pelik pulak nanti. Baik dia ajar BM je. Haha. Kalau kat U pulak, majoriti lecturer akan sampaikan lecture in english. Ko faham ke, x faham ke, naseb laa. tapi aku aku rasa most of the student faham insyaallah. Sebab lecturer akan guna very simple english. Tak laa kite as a student ni dok ternganga je. Yang parah kalau dapat lecturer dari Saudi Arabia. Aku pernah dapat. Dia dah laa tak fluent Malay. Conduct kelas hampir keseluruhannya in arabic. Memang menganga la aku. 


Tu jelaa perbezaan yang aku mampu fikir sekarang ni. Kalau aku ade idea lagi, akan ade la part 3. Kalau takde idea da, sampai part 2 jelahh. Boleh? Satu perkara yang aku realize sekarang ni, walau jauh mane pun aku pergi, sekolah tu laa yang jadik tempat aku paling rindu. 


Hati aku kata----> Sabtu ni Seminar Pengurusan Kewangan Mahasiswa. Doakan semuanye berjalan lancar. 







5 comments:

iKhRam said...

bagi saya pula
masa kat sekolah dulu ada perhimpunan
masa kat maktab perguruan pun ada perhimpunan

siap ada utk nyanyian lagu2
ucapan pengarah
kawad kaki
berbaris

dan sebagainya

RIZZNA said...

Beza blaja full time kat u ngan blajar part time...

Blajar part time, no body care. Tknk gi class ke, tknk submit asgnmt ke, tknk join prep ke, tkde sape marah. Tp, ktorg akn sedaya upaya lakukn tu semua utk diri sndiri.

RIZZNA said...

Owh ye, mcm mana seminar harini? Okey tak?

Salam kenal yep..

Hans Hanis said...

dulu2 pakai public phone je
hehehe

Yun Sing said...

Huhuu kat Uni ni takde Hari Sukan la, Hari Kantin la.. semua ni kan?