Cara menggembirakan sahabat

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat petang. Selamat hari Isnin. Selamat hari- hari la diucapkan kepada korang semua ni. Hari ni aku nak berkongsi sedikit tentang kawan. Macam yang kita tau, kawan, sahabat, teman, adalah orang yang selalu bersama dengan kita selain keluarga. Betul tak? Sebaik- baik sahabat adalah sahabat yang berani menegur kesalahan sahabatnye sendiri. Yang selalu ade dengan kita dalam ape jua keadaan.

Pernah tak sesekali ke beberapa kali ke kita terfikir macam mana nak mengembirakan sahabat kita. Tapi still tak  jumpa cara terbaik.  Kalau ada, kat sini aku sediakan beberapa cara yang boleh kita buat untuk menggembirakan sahabat kita tu. 


  • Sentiasa ingat birthday dia. Takde hadiah pun tak pe. At least ingat. Kalau ade hadiah lagi bagus rasanye. Dia pasti gembira terlonjak- lonjak. 
  • Jangan sesekali lupa ucap tahniah bila dia mendapat sesuatu kejayaan. Walaupun anda jeles dengan kejayaan dia, ucap jugak. 
  • Sentiasa bersama dia tak kira time dia senang ke, time susah ke. Jangan time dia senang je korang terhegeh- hegeh kat dia. Bila dia susah korang lari jauh- jauh. Tu memang nak tempah pelempang jepun dengan kelajuan 100km/jam tu.
  • Jadik la pendengar yang baik untuk seorang kawan. Maybe esok, lusa, tahun depan or dua tahun lagi kita pulak yang memerlukan seseorang pendengar. Dengan harapan dia ingatlah yang kita pernah jadik pendengar untuk dia. Kalau dia tak ingat jugak, nasib korang la dapat kawan macam tu. 
  • Beli beberapa biji telur. Baling kat kawan time dia bangun pagi. Then cakap la "good morning kawan". Pasti buat dia tersenyum. Kalau dia tak senyum, korang kena bersedialah untuk menerima serangan balas.
  • Ajak dia pergi jalan- jalan. Make sure tempat tu jauh la sikit. Baru best. Bila dah sampai tempat tu, jalanlah kejap. Then korang cakap la "Eh, jap ea. Ade barang tertinggal la kat kereta". Sampai je kat kereta, korang blah je terus. Pastu korang call dia cakap yang korang balek dulu sebab barang korang tu bukan tertinggal kat kereta sebenarnye, tapi kat rumah. suruh dia balek naek bas ke ape ke yang boleh buat dia sampai ke rumah.
  • Bila dia sidai baju, biarkan je sampai kering. Bila dah kering, korang campak je tepi longkang. Bila dia tanye kenapa campak baju dia, korang jawabla "baju kau da kering. Aku alihlah. Aku pun nak sidai baju jugak"

Okay. Tu jelah cara- cara yang sempat aku fikir buat masa sekarang ni. Mana yang baik tu korang ambil la. Yang tak baik tu jangan la korang buat. Korang pun dah besar panjang and dah pandai bezakan mane baik, mane tak baik Hehe. Kalau korang ade cara- cara lain boleh share same- same. 

Buat renungan
Sumber Puan Google

9 comments:

Anonymous said...

salam kenal...=P

Unknown said...

haha . ak tauuu , sebnrnya kau nak buat kat ak yg no 5 tuh kannn . tp kau tak smpi aty . haha . thnx 4 being my friends !

Mcm bese ayat ak :
"abeh grade , kite dah kwn 10 thun tauu" hehe :D

mieza said...

fiza- yeah.. salam perkenalan

huda- weyhhh.. ne ade..ak xkn wt cm tu laa.. hehe..
okay2.. aku sntiase ingat.. abes grad, genap 10 tahun kte kwan..

Anonymous said...

LOL!
Ini sebenarnya nak buat kawan gumbira ke sakit hati dengan kita??
HAHA :D

mieza said...

haha.. pilih laaa antare yg kata ats tu..
yg baek tu, buat kwn tersenyum..
yg x berapa nk baek tu, fhm2 je lahh..hehee

peace faten..

cik toinktoink (CT) said...

great ... hehehhe .. happy friendship day .. :)

mieza said...

aida- hehe.. hri2 pn friendship day kan?

jokeonsalo- kempen yg menarik..
insyaallah sye akan join..

Unknown said...

wow...menarik2..

mieza said...

jgn salah pilih plak fendy..
pilih yg baek2 je taw kat atas ni..
yg x elok tu, jgn la diambil ye.. hehe