Kematian hanya untuk orang tua. Siapa cakap?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hai korang. Hari ni dah hari Selasa. Saje je mention hari tu. Supaya korang tak lupa menonton cerita Vanila Coklat malam ni. Best kan cerita tu? Aku suka. Jangan lupe tengok taw.

Hari ni kan korang, aku macam terpanggil untuk menceritakan sesuatu yang aku rasa aku tak perlu cerita tapi aku nak cerita jugak. Boleh? Last week, ade jiran aku ni anak dara dia meninggal. Kalau tak silap aku, anak dia tu baru je berusia 24 tahun. Meninggal sebab kemalangan. Kalau korang nak tahu, kat taman aku ni kalau ade kematian, jiran aku ni lah yang akan memandu van jenazah. Dan bila anak dia ni meninggal, pakcik ni jugak lah yang memandu van jenazah tu. 

Dua tahun sebelum ni kakak kepada kawan aku meninggal. Anak dara jugak. Umur 23 kot time tu. Meninggal sebab kemalangan jugak. Sampaikan mak aku cakap macam ni, "Tak tahulah macam mana kalau anak- anak mak yang pergi dulu. Tak sanggup rasanya." Yelah, mane ade mak yang  sanggup kehilangan anak dia sendiri. Lagi- lagi kalau sebab kemalangan. Kalau sebab sakit mungkin ibu bapa dah puas mengadap. Tapi kalau sebab kemalangan, macam hilang dalam sekelip mata. Jaga dari kecik tibe- tibe pergi. Tapi sebagai orang Islam, kita kena redha lah kan. 

Ajal tu semua di tangan Allah. Hanya DIA je tahu. So, janganlah kita ingat kematian tu hanya untuk orang- orang tua je. Yang muda remaja macam kita ni mestilah sentiasa beringat. Tak kira lah memandu sendiri ke, menunggang ke. Berhati- hati lah. Aku macam terkesan jugak bila ade berlaku kematian yang dekat dengan aku. Lagi pulak memang orang yang aku kenal. 

sumber Puan Google yang tak lokek

hati aku kata----> Semoga kita semua meninggal dalam keadaan husnul khotimah. ~amin~

11 comments:

LiNda said...

yup...btol tu. Ajal tak mengira usia, baru ni pun kawan saya berumur 25 tahun meninggal sehari sebelum akad nikah dia..:(

Unknown said...

kematian tidak mengikut umur...bila2 masa je kita bole mati..

mieza said...

Linda& Fendy- betul la tu.. tak kire usia.. lagi pulak kita memg kne sentiase ingat mati. sebab ia sesuatu yg pasti

Unknown said...

sedeynya . :(

cik toinktoink (CT) said...

mieza .. yg meninggal tu , sbb eksiden yg kat tai hong tu ke ?? yg sebb tayar dye meletup tu ea ??

mieza said...

huda- sdey kan?? kesian mak dy.. dah laa anak dy sume pmpuan..


aida- aah.. kat tai hong.. aida pn tau ea??

Anonymous said...

Sekarang makin ramai orang muda yang meninggal. Membuatkan kita perlu beringat-ingat, banyakkan amalan :((

Anonymous said...

moga mereka ditempatkn dikalangan org yg beriman, kita yg masih hdup ni perlu bnyakkn lg amalan utk akhirat sne..nice entry :))

mieza said...

miss faten- betul la tu.. kne tgkat kan amal..

syakir- amin

Abu Yusuf said...

MasyaAllah, good entry sister. :)

Sebab itu Islam sangat tekankan mengingati kematian SELALU. Kena fikir, "what if I die today?".

Bila kita ingat kematian dengan rutin, daripada malas jadi rajin. Daripada nak buat dosa terus berpaling nak buat pahala.

Tapi orang tidak beriman berfikir sebaliknya -nak nikmati hidup sepuas-puasnya sebelum mati.

Bila kita terasa bahawa hidup untuk mati, barulah hidup akan terasa bermakna dan kita tidak berani untuk sia-siakan.

Ahmad Sabree said...

i follow you.. follow me back! tq... nice blog....entry yg sangt cool~~