Jauh di mata, dekat di hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat Hari Jumaat kawan- kawan. Rasa macam skema sangat la pulak kan. Tak kisah laa. Layan kan aje laa ea. Haha. Hari ni rase macam nak cerita pasal mak aku. Nak layan tak? Hehe.

Kalau korang nak tau, aku akan call mak aku hari- hari. Kalau tak pun, selang dua hari. Even aku tak call mak aku pun, mak aku sendiri akan call aku. Sampai kawan- kawan aku cakap, "Miza ni, hari- hari mesti mak dia call." Laa tak kan mak aku nak call korang pulakkan. Maklum la skarang ni mak aku tinggal berdua je ngan ayah aku kat rumah. Adik- adik aku semua mak aku dah hantar masuk asrama. Haruslaa mak aku boringkan kat rumah.

Apa- apa hal pasal adik- adik aku, mesti mak aku akan inform kat aku. Hari tu mak aku ade cerita pasal adik lelaki aku tak call mak aku langsung. Kire mak aku macam terasa jugak laa kot. Then time adik lelaki aku balek cuti hari tu, mak aku cakap dia dok termenung. Mak aku tanyelaa, kenapa termenung? Korang tau tak dia jawab ape, "Entah laa ek mak. Macam mane tah adik boleh lupa nak call mak hari tu. Lame tuu. 2 minggu"

Gambar ihsan dari Google

Bertuah punya budak. Aku rase macam nak sekeh je kepala adik aku tu. Nasib baik aku takde kat rumah time tu. Kenapa aku update pasal ni, sebab serious aku rindu giler kat family aku sekarang. Nak balek, tak boleh. Assignment menggunung. Test pun berderet- deret. Sampai satu peringkat aku rase macam nak give up. Malas da nak belajar. Tapi ye laa. Mak aku selalu cakap, bukan senang nak jadik senang. Kesusahan time study ni yang akan buat kite lebih menghargai ape yang kita ada. 


Hati aku kata----> Syukur sangat dapat kawan- kawan and family yang selalu bagi sokongan time aku tengah down.

No comments: