Mood Exam Kembali Lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ehem ehem. Jam menunjukkan tepat jam 1.35 pagi. Aku masih kat depan laptop. Kepala aku dah tak larat nak terima input- input untuk exam. Otak aku nak rehat jap dia cakap. So, habiskanlaah sekejap masa kat depan blog ni ha. And insyaallah entry ni akan menjadi entry terakhir aku sebelum exam. 

Tak dan kot aku rasa nak berFb bagai. Tapi FB tu aku still on je even bace buku sekalipun. Nak tau perkembangan laa kononnye. Buat hilang- hilangkan boring katenye. Haha. Kalau korang nak tau, subjek sem ni agak tough laa semestinya. Ade dua law aku kena fokus. Commercial law and also comparative law. Nampak macam sama. Tapi entah laa. Masaklah aku. 

As usual la. Azam tahun baru aku berapi api tak nak study last minute. Tapi inilah yang akan jadik kat aku bila exam da dekat. Time ni la aku baru nak compile nota. Janji awal sem hanya tinggal janji. Tak kisah laa tu kan. Aku rasa korang pun ade je kot yang sama ngan aku. 

Semalam aku baru siap isi enilai. Dengan enilai nie, kita as student akan nilai lecturer kita bagi membolehkan kita mendapatkan slip masuk peksa. Haaaa, gituu. Bila da isi tu, maknanye exam da dekat sangat laa tu. Persediaan tu sangat -sangat penting ye. So, aku mengaharapkan doa kawan- kawan semua. Doakan yang terbaik untuk aku exam kali ni. Salah silap aku mohon maaf okey.

Terumpat, termengata, entry yang menyentuh hati sanubari korang, ayat- ayat yang tak patut aku ucap tapi aku terucap, ape- ape jelaa, aku mintak maaf taw. Rase macam raya la pulak. Tapi aku betul- betul mintak maaf ni. Sebab berkat kawan- kawan tu tak kurang pentingnye. 

So, kepada kawan- kawan yang dari USIM and universiti laen, yang bakal menduduki peperiksaan atau yang sedang menduduki peperiksaan, all the best okay. Semoga kejayaan tu menjadi milik kita semua. Yang paling penting, apa pun yang kita buat, cuba buat yang terbaik. Okay. 


Hati aku kata----> Kejayaan bukan milik orang yang pandai tapi milik orang yang rajin berusaha.




5 comments:

Dayang Deno said...

good luck and all d best! :)

mama aryan said...

semoga berjaya..

mieza said...

thank you to deno n mama aryan..

Anonymous said...

hahaha mmg ade yg same dgn mieza, saye la!! kann, mula2 azam "study week aku nak bantai study abes-abesan, nak kaver semua".. tp biler dah sampai mase, mcm mieza ckp la, baru nak kumpul nota.. then sedar nota x complete, sebok mencarik, gi fotostat la.. adoii~~

mieza said...

yes! ade geng. hehe
biase laaa tu..
rase2nye rmai lg yg sme.
standard laa.