Kenapa ade orang yang mengelak dari pelancong asing?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Jumaat datang lagi. Lame blog ni tak berupdate. Kadang aku rasa kesian kat blog ni. Apelaa malang nasib dia dapat tuan yang pemalas macam aku ni. Haha. *kutuk diri sendiri. 

Okay, straight to the point. 

Last Saturday aku naik bas dari Seremban nak ke Johor. Yes, cuti sem bermula walaupun terlewat seminggu. Ade program sikit kat USIM. But, its okay la. Yang penting cuti jugak. Sampai kat Larkin tu dalam pukul 2 petang kot. Then aku duduk- duduk la kat kerusi situ kejap sementara nak tunggu bas nak ke Kota Tinggi pulak. Takkan nak duduk atas meja pulak kan, Hee. Tengah- tengah tunggu tu, aku nampak laa sorang Mat Saleh ni macam kebingungan. Dengan beg besar dia. Kesian pulak aku tengok. Nak tolong, beg aku pun x kurang besarnye. Tengok je laa mampu. Hahaa

Sumber Mr Google
                                                     
Dari jauh aku nampak dia pergi dekat sorang abang yang jual tiket kat situ. Tapi orang tu buat macam busy pastu blaa tinggal kan mat saleh tu. Padahal sebelum tu elok je abang tu borak- borak ngan member dia. Aku tengok je. Pastu Mat Saleh ni pergi pulak kat sorang budak sekolah ni. Dan- dan tu jugak laa budak tu pegang phone pastu call sape tah. Takkan aku nak tanye pulak kan. Pastu budak tu pun capai beg and dia pergi tinggal la si Mat Saleh tu terpinge- pinge sekali lagi.

Last sekali Mat Saleh tu pergi laa kat group remaja sebelah aku. Panjang lebar Mat Saleh ni explain problem dia. Budak- budak tu pun aku tengok macam tak leh nak guide foreigner tu. Aku rase budak- budak tu faham Mat Saleh tu nak ape. Cume dyorang tak boleh nak balas balek in English. Then budak- budak tu cakap ngan aku, 

"Kak, boleh tolong orang ni tak?"

Aku pun macam kesian kat Mat Saleh tu dah banyak orang dy tanye kan. Rupenye dia just cakap, dia nak pergi Singapore esok. So dy mintak kite tunjukkan laa hotel terdekat yang dia boleh stay so that esok senang dia nak ke sane. Aku pun guide laa ape yang patut setakat mane yang aku tau. 

Actually ni bukan first time la aku tengok orang kita lari dari foreinger. Banyak kali dah aku nampak. Sebelum ni aku nampak driver bas yang buat gitu. Mase tu aku naek bas nak pergi satu tempat ni. Then masa lalu kat satu bus stop ni, ade la dua orang foreigner tu tahan bas sambil pegang board yang tulis name tempat yang same ngan tempat aku nak pergi. Tapi bas tak berhenti. Nak kate bas kat second lane tak. Bas kat jalan paling hujung laa. Nak kate bas penuh pun tak. Nak kate destinasi laen,lagi laa tak. Boleh je kalo nak berhenti. Masing- masing mengelak nak berinteraksi ngan foreigner kan. We just imagine what if kite yang kat tempat dia.  Nak tanye, tapi orang tak layan. Kan sedih. Aku tak salah kan sape- sape pun dalam hal ni. Yelaaa, lagipun bahasa utama orang kita guna seharian pun bahasa melayu kan. So, aku faham laa kalau ade antara kita yang tak boley nak respon dyorang.

Cume, pada aku tak perlu laa kita nak lari. Mungkin kite boleh carik alternative laen yang boleh tolong dyorang. Even kita tak boleh tolong dyorang pun, at least kita boleh guide foreigner ni kepada someone yang boleh tolong dia. At least masalah diorang ni settle. Takdelah dyorang terpinge- pinge. Yang penting jangan larikan diri. Perspective dyorang pada orang kita tu penting. Jangan sampai mereka ni ade negative view tentang culture negara kita. Sombong ke, ape ke,. Tak best la gitu kan. Jaga tu. Pada student- student pulak, kite amek peluang ni. Jangan pulak kita nak lari jugak. Ni laa peluang sebenarnye kita nak improve english kita tu. Bile lagi kan. Nak cakap ngan member- member or ngan family in english kang tak pasal- pasal kena bahan pulak kan. Haa. So, pendapat peribadi aku sendiri, ni laa salah satu caranye. 

Okay, tu je.. Sekian.

Kawan2 ku.. Aku tak sempat bergambar time ni. Sebab smpai lewat sikit..

Oh, sebelum terlupa. Ahad lepas aku pergi kerja kawen member sekolah menengah aku. Member perempuan pertama yang kawen. Sempat laa jumpe member- member sekolah. Walau tak semua dapat attend majlis tu. Masing- masing ade komitmen sendiri kan. Yang free je laa yang dapat datang. Ade yang dah dekat 5 taun aku tak jmpe. Maunye tak rindu. Anyway SELAMAT PENGANTIN BARU YULIANA WAHIT. Semoge dapat jadik isteri yang solehah, and semoge rumahtangga kekal hingga ke akhir hayat. Insyaallah. Amin. Kalau nak tengok pengantin, sila klik kat nama beliau di atas tadi. 


Hati aku kata----> Insyaallah tak lame lagi kitorang akan berarak ke Segamat pulak. Member sekolah nak kawen gak katenye. Waaaa, mak........... *tetibe. Ni hati aku yang cakap, bukan aku taw.  











9 comments:

haryzkhairuddin said...

sebab mentaliti orang kita sendiri.. pastu keyakinan diri kurang. takut kena bahan dengan member kalau silap cakap.

Mohd Sazli Cikgu Autocad said...

yes! mind set perlu berubah..kalau salah cakap skit mmg kena bahan..huh xpatut! mcm mn nak berjaya kalau mcm ni kan...:)

Unknown said...

hehe update bila perlu je :D

khaifaiz said...

kesian mat saleh tu kan...

Unknown said...

sebab xyakin dapat speaking london juge...kesian abang salleh ;p

Mrs Velentine said...

teringat dulu masa keja cafe soalan dia tanya sama mcm ni..tp kawan2 semua bla takut..huhu..alih2 MV juga yg jawab

iKhRam said...

Oh my english..
Try je ckp.. kita try broken2 pun .. omputih ni boleh fhm..

Tp.mentaliti org kita.. nk tunggu betul2 pandai baru nak apply.. susah la klau mcm tu..

nini said...

takot tak tau nak jawab pe...tu yang lari cepat2...hehe

Yun Sing said...

Hahaha kite pernah ada sorang mat salleh ni datang tanya kite.. kite macam dok repeat je pardon? Excuse me? I'm sorry? Sebab cara depa cakap macam ada slang depa sendiri kadang-kala macam.. err.. apa ek depa kata tadi?