Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hai geng. Lama tak menghupdate blog ni. Nak kata di abaikan pun ye jugak. Busy laa lately. Maklumlah, dah tahun akhir kan. Siang sibuk call sane sini, nak carik tempat praktikal. Risau kot selagi tak dapat tempat. For those yang dah ade pengalaman tu mesti memahami perasaan aku sekarang. Lagi- lagi pulak bila kawan- kawan ade yang da dapat tempat. Semakin tinggi la tahap kerisauan aku ni.
Tapi aku percaya pada rezeki. As long as aku usaha, insyaallah ade la tu rezekinye. Cume cepat ngan lambat je. Tu cite untuk siangnye. Malamnye pulak aku sibuk siapkan assigment. Puihhh. Ini memang menipu. Malamku banyak dihabiskan di muka buku, dengar lagu sambil memandang assignment. Pandang je la tapi. Haha. Bajet-bajet macam student mithali la kan.
Okay, kite cite pasal laenlah. Semalam nak citenye, aku ikot kawan-kawan aku gi serve. Tambah duit poket kononnye. Aku dengan tiga kawan perempuan aku ni pakai baju hitam. Selain kitorang ade la lagi sorang sis ni dia gi catering tu jugak. Tapi dia bukan budak USIM laa. Mase lepas setup-setup tempat tu, dia ajak kitorang ni pergi toilet. Dia ngan dua member dia suruh kitorang pakai vest. Aku okay je nak pkai vest.
Gambar ihsan dari Mr Google |
Sekali aku tengok vestnye saiz adik- adik 4-5 tahun. Aku ni umur 22 akak oiiiii.. Tolong lah faham. Pastu dia cakap "Pakailah vest ni. Masukkan sekali baju korang yang besar macam baju orang pregnant tu kat dalam seluar" Waa!! Aku dengar dia cakap macam tu je hati aku dah mula panas. Tapi diam je laa kitorang ni. Malas nak melawan. Yelaa, kitorang ni kan budak baru. Cume kawan aku ade lah betah sikit-sikit, kawan aku cakap, "Malu la kak. Nampak bon*** ni kak".. Korang tau akak tu balas ape? Dia cakap, "Takde sape nak tengok bon*** korang tu la. Tetamu lagi nak tengok ayam" So what? Hanya sebab orang tak tengok, kau boleh tunjuk aset ko suka-suka. Itu kau. Bukan kitorang.
Seriously aku segan giler nak pakai dengan keadaan vest yang kecik tahap adik-adik. Baju masok dalam seluar pulak. Kalau vest tu besar doesn't matter. Kirenye kalau kitorang ikot cakap perempuan tu semalam seolah- olah memang saje nak tunjuk bon*** tu kat orang. Last-last kitorang pakai je vest yang diorang bagi tu tapi baju kitorang keluarkan je. Bukan lah aku nak kate kitorang ni yang pakai labuh ni baik. Tak! Bukan jugak yang tak pakai tudung tu, baju ketat-ketat tu tak baik. Tak! Ade je yang baik. Tapi perempuan-perempuan yang semalam tu patut sedar sikit ape yang diorang da cakap tu.
Jangan cakap ikot sedap mulut je. Kalau ko rasa dengan pakai baju ketat-ketat tu boleh jadik tiket ke syurga, just go on. Aku bukan sape- sape pun nak judge. Dosa pahal ni keja Allah. Aku tak kate aku confirm ke syurga. Aku pun banyak lagi silap, banyak lagi benda kena perbaiki. Kalau kite ni tak mampu nak jadik baik, jangan cela benda baik yang orang laen buat. Sebab, setiap ape yang jadik depan mata kita ni, ade hikmahnye. Ada sesuatu yang Allah nak tunjuk kat kita. Kite je kadang tak sedar.
Sorry post ni terpanjang sikit. Emo pulak tibe- tibe kan. Ni sekadar peringatan untuk diri yang serba hina ni. Ape yang baik tu boleh la amek. Yang tak baik sila buang. Jangan diambil buat panduan pulak. Sekarang ni aku sedar, makin lama aku bernafas di muka bumi ni, makin banyak ragam orang yang aku jumpa. Dulu keliling aku, kawan- kawan sekolah je. Sekarang ni skop makin besar. Tu belum masuk alam kerja lagi. Moga di beri kekuatan. Mulut aku pun kadang bukan baik sangat. Kalau geram, terzahir gak dengan kata-kata.
Hati aku kata----> Buat HAWA. Bila kita SEKSI, lelaki pandang dengan penuh KENAFSUAN. Bila kita cantik BERTUTUP, lelaki pandang dengan penuh PENGHORMATAN- pesanan seorang kawan.
2 comments:
Membayangkan ketidakselesaan kalau pakai ikut seperti yang diminta.. dan dalam masa yang sama, tak mustahil ada mata2 yang memandang + mengata.. huhuhu.. :(
Alhamdulillah tak ikut berpakaian seperti yang disarankan.
Huhuhu.. Dia tu pekerja lama ke?
Post a Comment