Tips kerja berkumpulan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat Hari Jumaat aku ucapkan kat korang.  Mudah- mudahan Jumaat kali ni mmberi 1001 keberkatan kepada kita. Di hari Jumaat yang indah ni, aku rasa macam nak share laaa sikit tips kerja berkumpulan menurut pandangan aku sendiri. Boleh tak?

Okay, mula!

Firstly, kita kena tau laaa kita ni kumpulan dengan siapa. Tau ape yang perlu di buat. Jangan buat tak tau je.  Then senang hati je tanya, "Korang, aku group ngan sape?"~Sambil tersengih sengih~ Tampar nak? Nak orang lain fikirkan kita kumpulan dengan sape, tak boleh la macam tu. 

Secondly bincang dengan ahli kumpulan ape yang perlu di cari then bagi- bagi tugas orang tu kena carik ape, orang ni pulak kena carik apa. Pastu bila da kumpul semua maklumat, bincang sama- sama ape maklumat yang boleh di terima ape yang tak. Sebab kekadang tak semua info yang kita carik tu sesuai. Maklumlaa carik sendiri- sendiri kan. So, bincang sesama tu laa yang terbaik. Jangan harapkan satu pihak je yang bertungkus lumus carik semua. Yang pihak lagi satu sedap je tengok cerita Korea, then jadik free rider. Nanti assigment dah siap, pandai pulak tanye, "Eh, nama aku ade tak?" Mane boleh gitu kan. 

Sumber  Puan Google yang pemurah

Thirdly, utamakan assigment lebih dari yang laen- laen. Lagi- lagi kalau assigment tu dah dekat tarikh submitnye. Melainkan kalau ade perkara- perkara yang perlu dan sangat- sangat penting kita attend, yang tu boleh consider lagi la. Jangan pulak da tau orang nak buat assigment, tetiba kau datang terkedek- kedek cakap macam ni, "Sorilaa ea, aku dah janji dengan pakwe aku nak keluar hari ni". Kalau macam ni, jangan marah la kalau kawan- kawan tak letak name kau. 

Then, sumbangkan idea kita bila ade discussion. Tapi tak semua idea kita ni orang akan terima. So, bersedialah untuk idea di tolak. Tak payah nak kecik- kecik hati. Jangan pulak bila orang tanya, "Ade idea tak?" kau jawab, "Takde idea laa. Tak boleh fikir petang- petang macam ni." Tapi aku tengok baik pagi ke, petang ke, malam ke, subuh ke, memang kau tak pernah sumbangkan idea. Mana akal yang Allah dah kurniakan tu. Berubah laa weyhh. Untung kalau dapat group yang tak kisah sangat, kalau dapat yang KISAH, memang masak la kau. 

Sumber Puan Google

Okay la. Tu je idea aku buat masa ni. Kalau ade rase nak tambah apa- apa, di persilakan la sumbangkan idea korang  kat ruangan komen. 

Hati aku kata----> Setiap ape yang aku share ni ade makna tersendiri. Harap mereka yang terbabit tu sedarlah. Tak semua benda boleh cakap depan- depan, sebab mesti akan ade hati yang terasa. Sorry.

4 comments:

Anonymous said...

biler ade group work ni, mesti ade ahli yg ajar kiter erti kesabaran kan?? haha dah memang adat kot.. sabor je la..

ayie said...

best entry :)

mieza said...

BP Boy- tau xpe.. memang sangat2 mengajar erti kesabaran. nk ckp lebih2, tkot kcik aty..

Ayie- tq2.. ^-^

reza al-razi said...

susah sebenarnya kerja dlm satu kumpulan nie.. mcm2 kerenah ade.. tpi klo dpt geng yg satu kepala tu, ok la..