fenomena duit raya

assalamualaikum dan salam sejahtera


macam yang kita semua tahu, esok raye. betol tak? tu pasal la aku saje je nak letak kad raya kat atas ni. boley kan? boley la, boley la, boley la..~bace sambil hentak- hentak kaki untuk mendapatkan feel ngade- ngade aku~ hahaha. aku pilih kad raya hitam sebab macam menarik je dengan adenye warne oren- oren gitu. menyerlah gitu. hehe

kalau sebut pasal raye je, ade satu fenomena yang aku perasan memang sejak aku kecik sampai laa aku umor aku 20 ni, fenomena ni still ade. ,means berlarutan la. korang dapat agak tak fenomena ape? certeka. certeka ~bace dengan intonasi cecite-cecite ok~ 

yeah! DUIT RAYA. memang da jadik macam satu kewajipan la bagi orang- orang kita yang dewasa untuk bagi duit raya kepada kanak- kanak. pada aku tak salah pun kalau nak bagi as long as korang mampu. kira macam satu hadiah la kan. sedekah pun boleh. tapi bagi yang tak mampu nak bagi tu pulak macam mane?

pernah dulu aku pergi raya rumah someone ni dengan family belah ayah aku. mase aku sampai rumah tu, da ade tetamu laen yang datang beraya. bila kitorang sampai je, diorang memang da nak balek la time tu. biaselah kalau nak balek mesti ade acara bersalam- salaman ni. ~alaaa, mintak- mintak maap gitu~ then, ade sorang budak kecik ni ~aku agak budak tu baru darjah 3 kot~ budak tu cakap macam ni dengan mak cik tuan rumah tu:

"nenek, tak de duit raya ke?"

aku terdiam mase aku dengar tu. mase tu umur aku 19 tahun. mak cik tu pulak aku rase dia malu mase tu. dia cakap ape tah kat budak tu. aku tak dengar sangat. budak kecik tu maybe dah terbiase dapat duit raya bila pergi rumah orang. thats why dia cakap macam tu aku rase.

sebab tu aku cakap tadi, kalau yang mampu bagi, it's ok. just bagi je lah kan.. tapi bagi mereka yang tak mampu bagi tu, macam mak cik tu pulak macam mane kan. kesian dia. malu. tapi nak wat cane. dah memang dia tak mampu nak bagi. nak korek duit mane pulak kan.

mase aku ngan adik- adik aku kecik- kecik dulu, sebelum sampai umah orang je mak n ayah aku da pesan awal- awal dalam kereta. jangan sebut- sebut pasal duit raya kat rumah orang. kalau orang bagi baru amek. jangan mintak- mintak. so, kitorang memang dah di didik macam tu. sampaikan beg duit pun kitorang tak nak bawak turun dari kereta.

so, aku harap kalau ade yang bace entry aku kali ni, aku guess yang umur around 18 sampai 30. kita satu hari nanti akan berumah tangga,ye tak? then kalau ade rezeki ade anak- anak pulak kan. so, same- samela kita nasihatkan anak- anak tu sejak diorang kecik lagi. budak- budak ni kalau kita nasihat slow- slow tapi dengan kerap insyaallah diorang akan faham. jangan sampai jadik macam cerita yang kat atas tadi. kesian tuan rumah.
lagi pulak zaman sekarang ni nilai wang kita dah kecik. kos sara hidup pun dah tinggi. so, faham- faham je lah.  kena ingat la yang tak semua orang hidup senang macam kita.

pesanan ni ikhlas dari,
pemilik blog
"warna warni kehidupan"

kerana sebatang pen

assalamualaikum dan salam sejahtera

malam ni da terawih terakhir. kan?kan?kan? ha! semayang ke tak tadi ni? ^_^. kalau ade yang tak pergi tu, aku rase aku faham sebab ape. maybe ade yang pergi shopping last minit kan? aku pun same je macam korang. tapi aku gi shopping barang raye semalam la. shopping lagiiii.. ala, standard la tu. selagi belum pagi raya, ade je benda tak cukop. semalam aku jalan ngn mak aku dari pukol 11.30 pagi sampai 3.00 petang la lebih kurang. 5 kali gak kitorang pusing bandar nak carik tempat parking. then malan tu keluar lagi ngan ayah aku pulak.

sekadar hiasan

sangat penat weyh semalam. sampai hari ni terasa penatnye. ~tipu je~ keluar pun sebab carik barang yang still tak ade. seronok gak sebenarnye keluar waktu orang ramai ni kadang- kadang. macam -macam ragam jumpa. ade yang dok bebel ke anak. maklum la anak cerewet sangat. ~macam aku~ ade jugak yang berjalan bawak baby. at last baby nangis sebab rimas agaknye ramai sangat orang. kalau baby tu pandai cakap, msti dia kata "ibu, kenapa ramai sangat orang ni. balek jom. rimasla". tu kalau dia pndai cakap la. di sebabkan tak pandai cakap, tu pasalla dia nangis. betul tak? hehe

tapi bukan tu yang aku nak cerita malam ni. malam ni aku nak share something yang aku terbace tadi kat FB tadi. tapi rasanye benda ni dah lame. aku je baru nak share kat sni. aku share ni for those yang belum pernah bace ok. jangan nanti ade pulak yang cakap. "alaa, benda ni dah lame la".. "alaa, aku dah pernah bace da".  ko dah bace dah la. ade je lagi orang yang blom bace. eh, pesal aku nak moody pulak tetibe ni. ok2. forget it. actually bende ni macam best je. so, aku nak share la. boley? kalau boley, terimalah. ~ceh, konon macam nak dendngkan lagu la pulak~ hehe

hilang pen- tak boleh buat homework
tak buat homework- tak pandai
tak pandai- tak boleh masuk u
tak masuk u- tak dapat ijazah
tak dapat ijazah- takde lah kerja
tak kerja- maka tiadelah duit
tak de duit- kusut masai
kusut masai- jadik tak hensem
bila tak hensem- tak de makwe
tak de makwe- tak kahwin
bila dah tak kawen- tak de anak
tak de anak- rase sunyi
rase sunyi- tertekan
tertekan- bunuh diri

*moral of the story- jalan hilangkan pen

aku tak tau la sape punya idea ni. senang giler dia buat conclusion. "jangan hilangkan pen". kalau aku nak buat conclusion, "sediakan pen lebih sebelum ape- ape terjadi" pun boley jugak kan? korang boley jugak nak buat conclusion korang sendiri. lastly aku nak cakap bagitau ~naseb baek pen aku ade banyak dulu mase sekolah, hilang satu yang len ade lagi~ ^_^




mood raye kembali lagi ^_^

assalamualaikum dan salam sejahtera

good morning kawan- kawan. ~bace sambil tersengih- sengih, bajet comel~ ^_^. pagi- pagi yang dah tak berapa nak buta ni aku da tercongok depan laptop. semua keje da siap, so tak de sape nak marah aku online lame- lame. okay- okay. sekarang ni aku rase mood raye tu dah hampir menuju puncak la kan. ~ala- ala AF gitu~ rata- rata kedai aku pergi semua dok pasang lagu raya. betol tak? betol x? betol tak?

lagu- lagu raya ni sebenarnye sedikit sebanyak memberi kesan la kan kepada mood kita. betol tak? tapi aku rase lagu- lagu raya yang lame lagi mendapat tempatlah di hati aku. mak, ayah n adik- adik aku pun cakap macam tu gak. sape setuju boleh angkat tangan macam saya. ~bace ala-ala usop wilcha~

lagu- lagu sekarang ni bukan aku nak kate tak best. cuma kurang umphh!! best tu ade gak yang best tapi tak ley lawan lagu- lagu lame lagi la. kalau pada aku la kan, lagu- lagu raye hat yang lame tu kan kalau dengar ade yang ley wat aku menitiskan air mata tau dak. ~aku tak tipu weyh~ so, hari ni aku nak share la lagu- lagu raya yang pada aku memang best la. pendek kate memang lagu- lagu top la dalam carta lagu- lagu yang aku suka. pendek la yang kata. panjang tak kate ape. dia diam je. boley gitu? hahaha. (gelak jahat)

1st song: restu ayah dan bonda. ni la lagu yang aku cakap boleh buat aku nangis. 



second song: satu hari dihari raya. suara m. nasir memang aku suka.



third song: hari raya bahagia. hat yang ni aku tak sure lagu lame or baru. tapi telinga aku ni macam serasi je. macam lagu lame. boley gitu?^_^


okay. tu dia lah antara lagu- lagu yang aku suka dengar time- time raya ni. actually banyak lagi. tapi takkan la aku nak post semua kat sini kan. lagu- lagu laen hat yang mendapat tempat gak di hati aku antaranya dari jauh ku pohon maaf nyanyian sudirman haji arsyad, seloka hari raya nyanyian hail amir ngn uji rasyid, menjelang hari raya nyanyian dj dave, banyak la lagi. yang penting semua lagu- lagu lame ok. 

tu lagu- lgu yang aku suka. korang pulak suka lagu ape? boley la share kat bahagian komen ok. mane lah tau kita minat lagu- lagu yang same. boley nyanyi same- same. hahaha. 

tak de tittle, boley?^_^

assalamualaikum dan salam sejahtera

amboi, bersawang da blog aku ni. al maklumlah 4 tahun tak update katenya ~aku tipu kau, boley?~ padahal baru 4 hari aku tak update. diam tak berapa nak diam da 26 hari kita berpuase. sikit hari je lagi nak raye. bukan men seronok la adik- adik semua ek. ops! ~sambil tutup mulut~ bukan adik- adik je. mak-mak, akak- akak, abang- abang semuanye happy. ye dak?. tak yah nak tipu le. ^_^

tahun ni ape yang aku rase sangat- sangat beza berbanding ngan tahun- tahun sebelum ni nak tau tak ape dia? aku sahur penuh weyh. setakat ni belum pernah ponteng taw. setakat 26 hari ni lah. esok lusa tak tau la ye. faktor utama maybe sebab puase sepenuhnye kat rumah kot. yelah, before ni 6 tahun kat asrama malas aku nak turun kntin tu. bek aku tido. sem lepas pun aku kat hostel tapi ade handphone da. tiap- tiap pagi mak aku kejut. padahal kadang aku da tersedar da. tapi saje je malas- malas nak tunggu mak aku kol jugak. terukkan perangai aku? ~p/s kepada mak mertua, terima lah aku seadanya ye~^_^

okay-okay. 4 hari aku tak update blog, korang tak nak tau ke aku buat ape? tak nak tau tak pe. aku tetap nak bagitau. ayah aku lupa bayar bil broadband. so tak ley online. 2nd reasons aku tolong mak aku kemas rumah. ~eleh kau, bajet kau paling rajen la~ no la weyh. aku yang sulung. so, aku lah yang nak kena tolong mak aku. 2 orang adik aku kat hostel. tinggal lagi sorang yang kat rumah tu bukan boley harap pun. 24 hours ngn henset. aku rase kalau henset tu boley berkata- kata, dia akan cakap.."weyh, badan aku sakitla. asek kena picit-picit je. berhenti kejap boley?" boley gitu?



entri kali ni aku tak de lah benda nak cite sangat sebab semua yang aku lalui hari- hari same je. cuma ape yang aku harap sangat tahun ni family aku boley beraye dengan gembiranye. ye lah kan, 3 tahun lepas tak raye sebab atok aku meninggal pagi raye. 2 tahun lepas pulak adik ayah aku meninggal nak dekat- dekat raye. tahun lepas pulak mak aku tak de mood nak rayer sebab terlalu penat. maklumlah ade insan tak berperikemanusiaan ni tempah baju raye kat mak aku sehari sebelum raye. mak aku pulak kesian sangat, then terima je tempahan tu. at last orang tu tak bayar. ade ke patot.

so, harap- harap tahun ni semuanya ok lah. aku pun beraye kat tempat aku sendiri agak lame. kuliah start 12 sept. aku ade lebih kurang 2 minggu la beraya kat johor. semoge tahun ni lebih baik dari tahun-tahun sebelum ni. ~amin~

kisah aku dan mercun..^-^

assalamualaikum dan salam sejahtera.

pejam celik, pejam celik dan sebelum aku pejam tak celik-celik aku nak cakap yang hari ni dah 22 hari kite berpuase. ~kalau ade yang perasan, aku guna pendahuluan entry sebelum ni~ ade sape-sape yang perasan? tak perasan ler tu. semalam aku tak update pape kat blog, sebab aku malas. boley? tak la, aku tak update sebab aku telah di kuasi oleh kuasa penat yang terlampau. oleh kerana penat, datang pulak satu sahabatnye bernama malas. maka aku terus tido tanpa memukirkan ape- ape yang berlaku di seleliling aku. lantak la ape nak jadik pun.

baru je aku nak melelapkan mata, tiba-tiba je aku dengar  kat luar rumah aku riuh rendah macam ade peperangan. aku terus mengucap. mudah- mudahan mati dalam iman. mane lah tau kalau- kalau aku terkena bom. yang aku geram kenapa berlaku peperangan mase aku tengah penat n waktu aku nak tido ~aku tipu kau bulat-bulat~ sebenarnya aku dengar orang maen mercun la, ape segala lah. aku pun tak tau sangat benda-benda ni. sebab aku tak pernah maen benda alah tu.
yang ni semua orang tau kot
ha! yang ni aku pk rayer cne je ade men, rayer aidlfitri pn ade yg maen.
bunyik dia bingit, subhanallah

adik lelaki aku cakap ni mercun bola. yela kot. bentuk pun macam bola
ni mercun ketupat. ye ke?
dah, tu je pic yang aku nak share. aku tau korang lagi expert dari aku bab-bab mercun ni. kan. kan. kan?

nak tau x? mak aku pernah cerita pasal aku mase kecik- kecik. mak aku cakap, aku ni dari kecik takut nak main bunga api. bunga api je pun. aku siap cakap dengan mak aku macam ni.

Aku : "mak peganglah kat kat sini, kat sini"..(sambil tunjuk kat hujung bunga api tu)
Mak : "ewah, ewah, ewah, (sambil bercekak pinggang). sape yang nak main sebenarnye ni" (aku tipu dialog ni)..haha

sebenarnye, mak aku yang pegangkan kalau aku nak main bunga api tu. aku pegang sikit je. takot punya pasal. itu baru bunga api. kalau yang bunga api pun da takut, yang laen-laen apatah lagi kan. memandangkan dari kecik aku tak main, maka sampai ke besar, aku memang tak sentuh benda- benda tu. then sekarang kalau aku balek kampung, aku nampak orang maen meriam buluh ke ape ke, aku just tengok je. aku memang tak berani la weyh. ~aku tak tipu kau yang ni ok~ kisah benar ni. from the bottom of my heart. cewahhhh.. cakap omputih . kelass gitu.

tapi kan, tapi kan, tapi kan, kalau aku tengah terjaga, orang maen dum sane, dum sini takpe lagi. aku tak kesah sangat la. aku boley maafkan. akan tetapi, (skema tak ayat aku) kalau aku tengah tido, memang angin satu badan aku. rase macam nak menjerit je. ~tapi tak boley la kan, t ade orang cakap aku ni gila meroyan ke ape, tibe-tibe menjerit~ aku pun silap jugak. oleh sebab aku tak maen, aku tak izinkan korang semua main, boley gitu? haha.. aku tak boley la kan nak larang orang laen maen. ye tak?? kalau putus jari pun, jari diorang. aku kesah ape.

so, terserah la kalau korang nak maen mercun ke ape ke, aku tak kesah. walaupun jiwa aku agak terseksa kalau ade orang yang maen, tapi aku kan tak mampu nak halang. sedangkan kerajaan larang pun korang maen gak, ini kan pulak aku orang biase nak larang, memang aku ni nak tempah pelempang la kan. tapi, kalau nak maen tu, pandai- pandai la jaga diri. agak- agak ade rase nak modified ape- ape tu, ajak la orang yang lebih dewasa. tau lah korang ni pandai tapi dalam  beberapa keadaan janganlah memandai- mandai. boley? (yang aku italic n biru kan tu nasihat untuk pembaca bawah 18 taon)~jangan lah ade yang rayer nanti semua da ade. baju raya ade, kasut rayer ade, stokin rayer ade, semua ade lah, TAPI korang yang tak de. duduk kat hospital. tak mo la macam tu kan. kesian mak ayah korang. dah beli semua untuk korang, korang pulak yang tak de ~bagosnye aku bagi nasihat- nasihat ni~ okayla. tu je aku nak share.

pesanan khidamt masyarakat ini di bawakan khas oleh,
pemilik blog " suara hati seorang gadis"
^-^

itulah aku, kau ade?

assalamualaikum dan salam sejahtera

pejam celik, pejam celik, dah 20 hari kite berpuasa kan? korang percaya tak? percayalah, percayalah, percayalah ~cakap sambil hentak-hentak kaki ok~ agak mengada- ngada di situ.. hehe.. so, aku nak sibuk- sibuk la tau korang buka ape tadi? aku nak bagitau yang tadi aku berbuka dengan makanan yang agak banyak la. kat rumah dah ade mi bandung. ayah aku balek keje dia beli pulak murtabak. then jiran aku pulak bagi karipap. memang kenyang giler sampai aku nak sembahyang tadi sambil memegang- megang perut, terbongkok- bongkok. ~aku tipu kau je~

okay-okay. kita kembali ke seri pentas. ~tu diaaaaa, aku merepek~ sebenarnya malam ni aku nak story something pasal satu habit aku ni. again i said, pasal aku ok!! bukan pasal mereka dan keluarga mereka. aku tak tau la kalau-kalau benda ni ade same ngan sape- sape kan.

kalau korang nak tau, kalau nak tau la, kalau tak nak tau boleh skip entry ni. okay? aku ni kan kalau nampak sesuatu yang aneh, unik, cantik, laen dri yang laen, ape- ape jelah aku sanggup patah balek semate- mate nak tengok benda tu. sebab aku takut tu kali terakhir aku jumpa benda tu. korang paham tak ape aku cakap ni? tak paham la tu. blur je muka tu.. aku bagi contoh, boley? boleyla ea.....~bace dengan gaya menggedik ye kawan-kawan~

******************************************************
contoh: kalau aku dalam kereta ke dalam van ke dalam bas ke, then aku nampak sesuatu yang pelik or pape je lah yang aku macam tak pernah nampak je kan, aku sanggup tertoleh- toleh semula kebelakang semata- mata nak tengok benda tu. kalau jalan kaki pulak aku sanggup patah balek. sebab aku selalu terfikir, kalu aku tak tengok waktu tu maybe aku da tak de kesempatan nak tengok benda tu lagi. sama ada benda tu da tak de lagi atau aku je yang yang da tak ade nanti. kalau nampak sape- sape pun yang aku kenal tapi aku terlepas  pandang, aku akn tertoleh- toleh. sebab aku sangat kalau itu yang terakhir. 

******************************************************
pada aku, tak semua benda ade peluang kedua. so, aku kena tengok or dapatkan ape yang aku baru first time aku tengok atau capai ape yang memang depan mate. kalau tak, aku akan menyesal. itu lah kisah aku untuk malam ni. haha. ade orang cakap, ape yang aku buat tu agak pelik? korang rase pelik ke?? pada aku benda tu tak pelik sangat. yelah, masing- masing ade habit dia sendiri kan. so, itulah aku. hehe.
so, korang ade tak yang same ngan aku?

motif aku cerita semua ni?? tak de ape pun sebenarnye. saje suka- suka sebab aku tak tau nak cerita ape. haha

amboiii, tua sangat ke?

assalamualaikum dan salam sejahtera

hai korang. buka ape tadi? hari ni aku buka sup tulang, mi kuning, kuih, air nenas and also bubur lambuk. ambuihhh, banyaknye.. hahaha.. tapi tak delah aku makan semua tu. agak- agak la weyhh. ingat aku ni tong ke yang boleh sumbat semua benda. ape lah korang ni.

okaylah. di malam yang tenang lagi aman damai ni aku nak share ape yang terjadi tadi petang. huhu. ceritanya macam ni. tadi petang aku keluar dengan mak aku sebab nak amek adek lelaki aku yang form 1 kat stesen bas. al maklumlah duduk asrama. so, balek cuti hujung minggu la katenye. hehe

sementara nak tunggu adik aku sampai, kitorang masuklah pasaraya hari-hari. pasaraya hari -hari ye ukan psaraya hari esok. haha..ok, tak lawak!! cuci mate la. ape lagi kan. tak lame lepas tu, adik aku kol  cakap yang dia da sampai. aku pun pergilah amek dia kat situ. mak aku stay je dalam hari-hari tu. then mase nak ke tempat bas tu, ade mak cik jual buah tu menyapa aku. terkejut di sapa? tak la. aku tau mesti manusia yang menyapa, takakn ade makhluk laennya. hehe

mak cik : "tak nak beli buah ke dik?"
aku  : "tak pelah makcik" sambil senyum-senyum. ~bajet ayu la tu konon~

aku terus je jalan. adik aku da tunggu kat tempat biasa da. time nak patah balek tu, lalu lagi tempat mak cik jual buah tu. ko tau tak ape makcik tu cakap? tak tau ler tu. takpe-takpe. teruskan membaca. nanti tau la ape makcik tu cakap.

makcik : "ohhhh, amek anak sekolah ke?"
aku :  ~tercengang jugak la sambil cakap~ "eh, tak delah makcikn. ni adik saye" tapi still senyum ok.

aku tak tau nak rase ape mase tu. malu? agak la. marah? tak la. orang tua tu, tak kan aku nak marah pulak. segan? segan ngan malu kan same. terpinga-pinga? of course. aku tengok gak baju aku, ade rupa mak-mak ke. tak pulak aku rase. pakai baju anak dare la kan. muka aku ke macam ibu-ibu? aku rase tak jugak sebab before ni ade orang cakap aku ni muka macam budak lagi. oh my..........

so, dimanakah agaknye persamaan aku dengan ibu-ibu, mak-mak, mama-mama, umi-umi di mata makcik tu? ~sambil menggerak-gerakkan jari di dagu, mata pandang ke atas~ konon-konon berfikir ler tu.

puas jugak aku berfikir dimana persamaannye



My First Giveaway


assalamualaikum dan salam sejahtera



yeah. aku join GA lagi.
tapi kali ni GA nye dianjurkan oleh zainab salam
cik mimie nak aksesori ngn kraf tu sebab katenye buatan sabah sangat cantik.
thats why la join. hehe.
so, sape-sape yang berminat nak join, klik je banner kat ats ni ok.
.
nak TAG
.
.ok, done!!

mane sifat amanahnye pakcik oiiii...

assalamualaikum dan salam sejahtera

hari ni ramadhan ke 19. betol tak? betol kan. jangan pulak ade yang kate salah. nak kena sembur tu. hari ni  tempat aku sangat-sangat panas. tak tertahan rasenye. mak aku pulak ajak aku keluar carik baju, tudung n segalanye lah yang nak di guna mase rayer nanti. aku cakap dengan mak aku.

"aduuhhhhh mak, panasnye. malaslah nak keluar"

"ni baru panas dunia"

haha.. padan muka aku! kene satu das tembakan yang tepat kena ke muka aku. haha. okay2. back to the main topic. actually semalam aku ade terbace satu entry kat blog haneesa fuad. dia story pasal amanah. kalau ade yang nak bace gak, klik je laju-laju kat name haneesa fuad atas tu. yeah. i like this topic. sebab aku pun ade cerita tentang amanah ni lah yang aku nak share ngan korang semua.

ceritanya bermula macam ni, aku sementara cuti sem ni dan kebetulan pulak bulan puase, aku teman mak aku tolong orang surau masak bubur lambuk. ~bukan aku nak menunjuk-nunjuk ok~. takde niat pun ye. jangan salah faham ye. boley di katakan surau kat taman aku ni agak aktif lah. then satu hari tu, dalam bulan puase ni jugak la, ade sorang hamba ALLAH ni sedekahkah seekor lembu. dia pesan separuh lembu ni guna lah untuk buat kenduri kat surau. dan lagi separuh tu jual la, n duit hasil jualan tu guna untuk surau lah. ok! ayat dia agak jelas disitu kan?

lembu comel sumber dari google

then mase time nak melapah lembu tu, ramai gak la ajak surau yang menolong. ade seorang pak cik ni, dia kire macam ahli surau jugakla. aku namakan dia pak cik dollah (bukan nama sebanar), dia melapah-lapah then dia letak daging lembu tu dalam plastik. agak banyak la. rupa-rupanye dia nak simpan untuk dia sendiri. korang pelik tak di situ. orang sedekah untuk surau, tapi dia simpan untuk dia punyer sendiri. tak patot la macam tu kan. bukan hak kita. yang aku naek hairan tu, itu bukan budak-budak tapi seorang pak cik yang agak berusia, dah pencen dan ade cucu lagi. takkan la tak tau lagi erti amanah tu.

contoh masukkan daging dalam plasti. tapi ni sikit sangat. pakcik tu amek lgi byk

setiap hari selepas asar pun surau kat taman aku ade edarkan bubur lambuk untuk penduduk taman aku la kan takkan taman kau pulak. hehe. ok, tak lawak!! bubur tu dalam plastik taw. setiap hari pak cik dollah ni akan bawak periuk yang agak besar la untuk family dia. ish, pakcik-pakcik. agak-agak la. bubur tu orang masak milik ramai orang. bukan bubur untuk family pakcik je.

kalau nak kate anak- anak dan cucu dia ramai pun, agak-agak la. orang laen yang anak ramai pun amek sebungkus dua je. pak cik dollah ni pulak periuk dia bawak, yang dalam plastik pun dia amek. ish.ish.ish. tak sepatutnye dia buat macam tu.

so,pengajarannye...kita ni kena lah amanah dalam semua yang kita lakukan. okay3. maybe ade yang kate.

"alaaa kau, bajet ko bagus sangat ke. nak nasihat-nasihat orang pulak"

okay, frankly speaking aku cakap aku maybe aku tak perfect lagi nak nasihat-nasihat orang. ye tak? tapi kalau nak tunggu perfect then baru nak nasihat orang, aku nak tanye kau, ade ke orang yang perfect kat dunia  akhir zaman ni. kalau ade alhamdulilah la. aku just cakap dari ape yang aku nampak kat sekeliling aku ni. macam dalam entry aku sebelum ni. yang berat tu amanah. so, jangan pandang ringan. semua tu akan di tanya kelak tau kat akhirat.

amanah tetap amanah. 
okaylah, bak kate prof izy haji ali,
 "renung-renungkan dan selamat beramal"

P/S: aku tak cukup perfect, tak cukup ilmu, semua tak cukup la. aku bercakap berdasarkan ape yang aku lalui seharian. kalau ade yang silap, tolong betulkan ye.

~buat renungan kita bersama~

assalamualaikum dan salam sejahtera

malam ni aku just nak share satu benda. ringkas je bende ni.  aku jumpa ni kat FB tadi. maybe ade yang dah pernah bace. bagi yang da pernah bace tu, dah lah kan. yang belum tu, bacelah ye.. ^-^

yang  singkat  itu WAKTU,
yang  menipu  itu DUNIA,
yang  dekat  itu KEMATIAN,
yang  besar  itu HAWA NAFSU,
yang  berat  itu AMANAH,
yang  sulit  itu IKHLAS,
yang  mudah  itu BUAT DOSA,
yang  susah  itu SABAR,
yang  sering dilupai  itu BERSYUKUR,
yang  membakar amal  itu GHIBAH,
yang  mendorong ke neraka  itu LIDAH,
yang  berharga  itu IMAN,
yang  mententeramkan hati  itu TEMAN SEJATI,
yang  ditunggu Allah  itu TAUBAT.

kemungkinan ade yang tidak tahu ape itu ghibah.
dari ape yang aku pernah belajar, 
ghibah adelah perbuatan menceritakan mengenai seseorang sesuatu yang tidak tak suka kite ceritakan.
~paham tak ayat aku ni ek, macam berbelit je kan~
macam ni lah, aku bagi satu contoh ea.
*****************************
CONTOH: kau tau si milah(bukan nama sebenar) ade kutu, 
then kau pergi cerita satu kampung pasal milah ade kutu.
ade ke patot. kuang ajar sungguh kan.
memang itu cerita yang betul, tapi milah tak suka kan benda tu di kecohkan.
maka itulah ghibah. 
kalau tak paham jugak, klik sini atau sini.
tetibe ak teringat contoh yang ustaz aku pernah bagi mse sekolah dlu
special thankz to: ustaz arif
.
.
so, conclusionnye bercerita yang benar tapi tak disukai itu GHIBAH,
bercerita sesuatu yang dusta pula adalah FITNAH.
.
"sesungguhnya dosa memfitnah itu lebih besar dari membunuh"

~aku demam rindu~^-^

assalamualaikum dan salam sejahtera

korang perasan tak tinggal berapa hari je lagi kita berpuasa, sikit je lagi kan? ape perasaan korang? happy? sedey? dah.dah,dah. tak payah nak jawab. rahsia tu. haha..tak perlu mention disini. okay. actually bukan itu yang aku nak cerita kat sini.


sumber : encik google



sumber : encik google



hari ni aku nak cerita pasal exam. sekarang ni dua orang adik aku yang sedang menduduki exam. adik aku yang nak PMR tu tengah trial sekarang ni. adik aku yang nak SPM tu pulak ade kat asrama. tengah exam gak sekarang ni. aku doakn yang terbaek la untuk both of them. aku tengok diorang belajar, teringat pulak zaman-zaman aku sekolah dulu. aku duduk hostel. jauh la jugak dari rumah.

best jugak sebenarnye duduk asrama ni. kita lebih dekat dengan kawan-kawan. kalau ade masalah sikit-sikit tu biaselah. nama pun manusia. mustahil la kan tak berdepan dengan masalah. hadapi masalah dengan tenang.~bajet macam la aku ni tenang sangat hadapi semua tu.haha~

bila musim-musim exam ni macam-macam ragam aku jumpa. ade yang before exam belajor sikit-sikit je, malam exam baru nak bukak buku betol-betol. ~aku la tu~. ade spesies yang malam nak exam baru jumpa kawan mintak ajar, padahal orang tu pun nak belajar jugak. ade yang malam exam dok borak-borak ~ni spesies yang da study awal-awal~. so malam exam dia just nak review sikit-sikit je. ade jugak spesies yang aku tak pernah nampak dia belajar, malam exam pun  maen-maen. tapi result gempak kot. macam- macam ade. ~aku salute gler orang macam ni~ sebab aku tak mampu jadik macam tu. aku bukan genius. again aku bgtau aku bukan genius!! ape yang aku dapat sekarang ni n selama ni semua kena sungguh-sungguh. bace bagai nak giler.

sumber : encik google


kalau tak duduk hostel korang ade jumpa tak orang-orang yang macam ni. takde kan? teringat zaman aku nak SPM, semua junior da balek. tinggal kami-kami yang nak SPM je lah. kat merata-rata kitorang belajar. memang bersepah bagai. tapi aku lebih prefer study kat court bola jaring. ade lah lagi kawan-kawan aku yang macam tu. ade pulak yang study kat dalam bilik rawatan. sambil baring-baring kat katil pesakit. aku ni payah sikit kalau study atas katil. di khuatiri ngantuk mengatasi segala-galanya. biasenya kalau katil vs buku, mesti katil menang. sape setuju angkat tangan macam saya.~bace dengan intonasi usop wilcha~

tapi tu lah. memang seronok zaman sekolah. lagi-lagi kalau dok hostel. tak tau lah kalau ade yang nak kate tak dok hostel lagi best. sebab aku tak pernah rasa. yang aku tau duduk hostel best. dari form 1 aku da tercampak kat asrama.

motif cerita semua ni : aku rindu zaman sekolah. rindu semua kenangan mase kat asrama. rindu nak lepak malam-malam kat tepi koridor borak-borak kosong. rindu waktu makan biskut Hup Seng cicah air milo waktu balek prep malam. aku rindu semua.... kalau sekarang aku buat semua tu, dah tak same macam dulu. dah tak buat dengan orang yang same. i miss every single moment damn much. tolong aku. ~aku demam rindu sekarang ni~

sumber : encik google

kempen "Giveaway Duit Raya 2011"

assalamualaikum dan salam sejahtera


aku join GA duit raya pulak dah..
korang tak nak mencuba nasib ke??
meh la join sekali.
as usual la, klik je banner atas tu dengan ghairah ok.
ingat, dengan ghairah taw!
.
.
ok, done!

Jom Join Segmen 'Nak Kad Raya dari Cheqwa'

assalamualaikum dan salam sejahtera


haha..aku join lagi 1 segmen kad raya by cheqwa.
aku memang nak sangat kad rayer
lame kot tak dapat kad raya
hopefully tahun ni banyak la dapat
rindu nak dapat kad raya
cheqwa soh bagitau suka makan ape
so, aku nak cakap yang aku suka kuih tart nenas ngan almond london
umphhh..sedapnye
kalau tak dapat kad raya, dapat kuih raya pun ok lah cheqwa.
hehe..
korang jomlah join sekali
as usual, klik je banner yg comel lote kat atas tu ha.
.
.
ok, done!!

SEGMEN: Personaliti Blogger Mengikut Jenis Darah

Assalamualaikum dan salam sejahtera


yeah, kali ni aku join segmen plak
segmen ni di anjurkan oleh cikdila
dia sendri yang jemput aku join segmen ni
tu diaaaa...hehe..
ok2..untuk memenuhi syarat penyertaan aku kena nyatakan aku ni darah ape
so, dengan berbesar hatinye aku mengatakan yang aku ni darah A ok!
ikut jenis darah mak aku.
.
.
Darah A (Farmers)
Mereka berdarah jenis ni memang seorang yang pemalu,
bertimbang rase, setia, tak pandai menipu, perahsia,
sensitip, agak degil dan serius dalam hidup.
.
.
ok, settle!

Qistina 1st GA

assalamualaikum dan salam sejahtera


ok kawan-kawan
tengok je banner kat ats ni da boley agak kan ape sebenarnye yang terjadi...~acceehh~
malam ni aku nak join GA by Qistina
hadiah dia best!! suke2..^-^
tarikh tutup GA ni 20/08/2011. (tak akan di ubah ye)
so, kalau ade sape-sape yang berminat 
klik banner ats tu sepantas kilat ok.
untuk keterangan lanjut tentang GA ni pun boley klik banner ats tu dengan pantasnye.
.
.
cik mimie nak TAG:
.
.
ok..done!!!

wordless wednesday..^-^


seperti yang kita semua sedia maklum, pada hari rabu semua blogger kena post gambar di blog masing-masing without any description.. so, aku malas la nak cakap panjang lebar pasal gambar kat atas ni. korang describe la ikut suka korang k.

kecik nak bagi kad raya laa

assalamualaikum dan salam sejahtera

ok. sedang berjalan-jalan dari satu blog yang laen
then ternmpakla segmen ni. 
so, ape lagi nak join lah kan.
dah lame kot tak dapat kad rayer.
 kalau dapat pun sikit je.


so, bagi sape-sape yang berminat jom la join sekali
dapat kad rayer tu.
nak join, klik banner ats tu ok.
okbai!

syieda_joy 1st GA

assalamualaikum dan salam sejahtera

malam ni nak join GA by syieda_joy
bawah ni ha ade banner nye


kalau berminat nak join, klik je kat banner ats ni k
tarikh tutup pun ade lame lagi
dengar cite, pemenang akan di pilih melalui undian kertas
ade rezeki dapat la.
jom la join sekali!

JOM JOIN BLOGLIST MYNA !!

[ Cik. MyNa-yu$Of \

assalamualaikum dan salam sejahtera
jom join bloglist myna!!
jangan malu, jangan segan
anda berminat? klik pada banner ats tu k
.
.
.
nak TAG
.
ok..dOne!!

makanan pilihan

assalamualaikum dan salam sejahtera

hari ni dah 16 hari kta berpuase. semoge segale amalan kte sepanjang ramadhan ni di terima oleh ALLAH. aduhhhh..frankly speaking, aku sebenarnye tak berapa nak pandai la nak buat intro dalam entry.. haha.. aku taip je pape yang terlintas kat otak aku ni. sesuai ke tak, tu belakang cerita. ntah pape je aku ni.

korang ade perasan, lately ramai sangat orang yang post kat FB macam ni,

"yes, ramadhan tahun ni aku masih belum pergi bazar ramadhan"
"aku berjaya menahan diri dari pergi bazar ramadhan tahun ni"

banyak la lagi ayat2 yang dyorang post yang menunjukkan dyorang tak pergi bazar. ade tak spe2 yang perasan? ke member2 aku je yang suka post macam ni. tak kesah la tu kan. so, di kesmpatan ni, aku nak cakap yang aku pun masih boleh menahan diri dari pergi bazar. yes. heep..heep..hooreyyyyyy.. dah 2 tahun rasenye aku tak pergi bazar. dlu mase aku sem 1 kat u aku, nak g bazar kt sebelah UIA nilai tu malas. kalau x silap aku, sekali je kot aku pergi ngn kawan-kawan. yang len-len tu aku beli je depan kolej.

dan ni kre ramadhan kedua la aku tak pergi. tapi ni cerita setakat waktu ni la. tak tau la kalau petang ni aku pergi..hahaha. actually aku sangt malas nak bersesak-sesak beli makanan. tapi kan, tapi kan, tapi kan, even aku tak pergi pun, ade je makanan yang dari bazar tu ade kat ats meja makan rumah aku. sape pulak yang beli tu?? jeng..jeng..jeng..sebenor-benornye~terkeluar pulak ayat orag muor~makanan tu kadang-kadang mak ngan ayah aku yang beli. kadang-kadang pulak adik aku yang pergi beli. aku?? aku pulak malas nak pergi. haha.. pemalas nye aku. so, my future mother in law please ye jangan jadikkan aku ni menantu. haha. susah nanti.

kat bazar tu kalau family aku, kitorang suka beli.............

puding

murtabak
kuih muih
ni jelah kot yang kitorang selalu beli. kitorang memang jarang beli nasi n lauk pauk kat bazar, sebab kat rumah dah masak. kecuali lah kalau malas nak masak, time tulah kalau nak beli pun. and for your information, family kitorang tak pernah beli air kat bazar. sebab???biar aku jelah yang tau sebab ape.

tu jelah yang aku nak share untuk hari ni. kalau g bazar ramadhan, korang suka beli ape?



sejauh mane kebenarannya

assalamualaikum dan salam sejahtera

selamat hari selasa kepada semua sidang hadirin dan hadirat yang di rahmati ALLAH sekalian.. ~accehhh, rasa macam tengah jadi penceramah jemputan dalam rancangan Al kuliyah la plak kan~ diam x diam, bising x bising, dalam kemalasan nak bangon sahur tu, hari ni dah pun 15 hari kte berpuase. ye tak? so, amacam puase korang tahun ni. is it better than before? ~ha, hamek ko. kan aku da terspeaking da~  


okay2. di pagi yang mulia ni, di saat mak dan ayah ku tiada di rumah dan setelah rumah siap di kemas, bukan nk kate aku rajen ok. tp tu memang kje pmpuan.. hehe.. maka boleh la aku meng online kan diri sedari pagi lagi..~ish, apesal ayat sangat skema disini ye~ haha.. sudah-sudah. actually pagi-pagi lagi dah singgah kat tempat encik google. kenal tak dia ni.?? of course la kenal kan. macam- macam benda ak search. lastly aku terminat dan terjatuh hati la kat satu kajian bulan kelahiran oleh dato dr fadzilah kamsah. nak tengok gak? klik SINIye.


actually aku ni payah sikit nak percaye benda-benda macam ni. tapi tadi memandangkan ia nya hasil kajian dato dr fadzilah kamsah, maka aku berbesar hati untuk melihatnye dan boleh di katakan 100% hasil kajian tu sama dengan diri aku. 
.
.
.
antaranya
.
pendiam kecuali di rangsang
ini memang agak betul la. sebab aku memang tak banyak cakap
lagi-lagi kalau dengan orang yang aku tak berapa nak rapat or kenal
.
.
mudah memaafkan tapi sukar melupakan
yes, it's me
kalau orang salah dengan aku dan dyorang mintak maaf la kan,
aku dengan senang hatinya akan cakap
"its ok la, tak de ape pn"
"ye, aku maafkan, jangan risaula"
ini lah yg biasenya aku akan cakap.
tapi untuk melupakan tidak sama sekali.
.
.
suka menilai orang melalui pemerhatian
hohoho~ala2 santa clause la plak kan~
ni memang sikap aku
dan ni jugak sebenarnye sesuatu kesilapan besar yang tak sepatotnye dijadikkan contoh ye adik-adik
haha.
terokkan aku ni
.
.
jarang berdendam
yeah, totally right.
memang aku takkan berdendam
kalau ade sape-sape yg buat pape pada aku
mulut aku je akan cakap ntah pape, marahla apelah
tapi hakikatnye?
aku tak kan balas balek ape yg dy da buat tu
dendam ni akan buat hati kita tak tenang sebenarnye
.
.
suka duduk rumah
ni memang aku la kan
malas aku nak keluar kalau tak de pape yang memakse aku untuk keluar
.
.
itulah sedikit sebanyak yang aku boleh komen
tapi memang agak betul semuanya.
.
.
ko ade nak komen ape-ape tak?
kalau tak de, 
nampaknye smpai disini sajelah kte dpt bersiaran.
kte bertemu lagi minggu hadapan diwaktu yang sme.
~mle tadi dengan alkuliyah, akhir ni aku tak tau la dengan rancangan ape plak~
sudah sudah
okbai

diorang la yang kate, aku tak kate..^-^

assalamualaikum dan salam sejahtera

hai penonton semua
kte bertemu lagi dalam rancangannnnn
~rancangan ape ek??~
ok2..agak merapu dan merepek sambil makan kerepek disitu..(puasa la weyh)
actually, hari ni aku nak berkongsi serba sedikit la ape yang insan-insan sekeliling aku sering perkatakan tentang aku.
hamek ko, skema aku bagi ayat..
tentang aku ok..bukan tentang dia, dia ataupun dia. (smbil tunjukkan jari tu pada orang len)
everything about me.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

orang kate aku ni kelakar
tapi
aku rase aku tak la kelakar
cuma aku suka cakap dengan slumber + aku tak perasan pulak benda tu lawak pada dyorg
lagi plak aku suka ketawa n kalo ketawa memg la(paham2 sendiri sudah le)
.
.
orang kate aku ni garang
tapi
aku tak rase aku tak garang 
cuma aku selalu tunjukkan bila aku marah atau tak suka pada seseorang(sesetengah orang je lah)
aku tak nak orang pijak kepala aku
kalau pada kawan-kawan rapat aku pulak, aku lebih prefer diam.
geram macam mane pun, aku akan cuba kawal
sebab??dia kawan aku
.
.
orang kate aku ni sombong
tapi
aku tak rase aku sombong
cuma aku tak reti nak mulakan perbualan dengan orang yang aku baru kenal
kalau dah lame kenal, kau akan tau aku macam mane
.
.
orang kate aku ni ketawa kuat sangat
tapi
aku tak rase aku ketawa kuat sangat
cuma pernah sekali kawan aku bagitau
"weyh, ko pnye ketawa sampai sane dengar"
maknenye??
fikirla sendiri ye..xmo malas-malas
.
.
orang cakap aku ni keras kepala @ degil
tapi
aku tak rase aku ni keras kepala
cuma aku lebih prefer buat ape yang aku rase betol
aku tak suka buat ikut arahan orang laen
.
.
.
macam-macam orang kate
itu pendapat mereka
at least dyorang jujur bgtau ak macam mane
aku hanye boleh dengar
sememangnye ade kebenaran di setiap ape yang dyorang cakap
dan ape pula pendapat aku pn ade benarnya juga
hamek ko, sekali lagi ayat skema aku lontarkan
ape yang mampu aku ubah, aku ubah..ok..
.
.
.
itu dyorang la yang kata
korang ta kate pape ke??
hehe..
.
.
tu jelah kot nak kongsi
~okbai~



~nasihat abah~

assalamualaikum dan salam sejahtera

selamat hari-hari
selamat hari rabu 
dan selamat hari raya (eh, belom lagi la)
hari ni actually xde la ape sangat yang nak di tulis kat entry kali ni
cume ade sesuatu la yg nak dikongsikan
(agak belit di situ)haha
aku just nak tanye korang, if ade yg bce la entry ni..(ayat sedih + pasrah disitu)
korang pernah tak, duduk sorang-sorang,
then datang someone yang korang kenal ke, x kenal ke, xkesah la tu..xde hal pn
dia macam bgi nasihat ke ape ke kt korang
pernah x, pernah x, pernah x?
jgn smpai aku taip kali ke 4 plak..
pernah x? ha! kan da 4 kali..cukop-cukop la tu
mestilah pernah kan?aku pernah gak..
banyak kali sebenarnye..
dan insan yang sentiase menasihati aku of course la mak ngan ayah aku
n last week, waktu tu aku tengah online.
mak aku keluar time tu n ayah aku cakap la pasal nanti kalau aku da jadik isteri orang
oh no!!!!!!!!!!!!!
ayah aku ni memang sering la nagi nasihat yang macam ni
maybe dia nak aku jadik yang terbaek
i hope so
ayah aku pesan nanti kalau da kawen,
walau macam mane pun perempuan ni mesti tetap ngan suami dia.
taat pada suami pada hal kebaikan la
nasihat pnye nasihat, termasok la plak bab gilir-gilir rayer time da berumah tangga nanti
"anak lelaki ni tanggungjawab pada mak dia berterusan walaupn dia da kawen.n isteri kne paham tu"
masa ayah aku pesan tu, aku biaselah angguk je. 
sebagai tnde aku paham ape yang dia pesan tu
tapi lepas dua tiga hari en, aku macam terfikir pulak.
aku cube letak diri aku kat tempat seorang isteri,(kononnyelah)
kalau suami aku nanti asyik mengutamakn keluarga dia je, mcm mne.
aku memang terfikir je pasal tu
aku jadik takot sangat
tapi bila aku fikir-fikir balek, berdoalah adalah sebaik-baik cara kan
berdoa supaya di pertemukan dengan suami yang adil
yang mengutamakn kedua-dua keluarga
i wish i could be a good wife to my husband in the future
i wish i could be a good mum to my children in the future
and i wish i could be good human to everyone

persoalannye,mampukah aku?
semoga ALLAH sentiasa menolongku.


abah banyak mengajarku agar menjadi lebih matang,
berfikir tentang masa depan,
bukan hanye melalui hari-hari yang mendatang sama seperti hari-hari semalam
tapi abah mengajar aku agar memikirkan sesuatu yang lebih jauh.
jauh dari hari esok.
sebagai persediaan kepada diri aku sendiri.