bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian. insyaallah

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera
hari ni same je dengan hari- hari sebelum-sebelum ni. buat benda yang same. kadang-kadang rase boring pulak cuti sem lame-lame ni.. ni la aku. bila x cuti, nk sangat cuti. bila cuti, boring la, apela.. aku cakap pasal aku la. korang tak rasa ke ape yang aku rase ni. tak eh? kalau tak, takpelah. aku je kot yang rase macam tu..

sejak dua tiga hari kebelakangan ni aku agak sibuk mengisi borang permohonan untuk biasiswa JPA. korang da apply da? ke korang da dapat sem lepas? takpelah kalau da dapat. aku ni je ha baru terhegeh-hegek a.k.a terkedek-kedek nak apply. macam- macam masalah timbul time nak isi maklumat. first aku bukak guna google chrome. da isi sume maklumat diri, tibe-tibe dy tak nak gi ke page seterusnye. ak jadi pelik la. aku kol sane sini kawan-kawan aku. dyorang xde masalah pape pun. aku jadik risau la. then aku kol member aku sorang lagi.


aku: "weyh, kenape aku punye tak ley g page seterusnye ek?"(aku orang johor,so ek2 tu bese la)haha
izy: "hang tak isi penuh lagi kot?"(member aku sorang ni orang kedah)


setelah disemak semula, memang ade yang aku tak isi lagi. tapi itu pun no tel rumah. rumah aku tak guna tel rumah la. member aku cakap, hang letak ja no mak hang. aku pun sepantas kilat meletakkan no tel mak aku. dan alhamdulillah aku berjaya ke page seterusnya. page ni kena isi pasal maklumat family. aku pun isi la dengan senang lenangnye. sebab aku fikir dah tak de masalah da lepas ni. tibe- tibe smpai kat maklumat ibu, aku tak ley nak isi ic no mak aku. oh my god!! aku sangat-sangat tension time tu. bila tension aku rase nak makan watermelon yang besar. boley?




rupa-rupanya kawan-kawan aku pun menghadapi masalah yang sama. oleh kerana tak nak susahkan kawan-kawan punya pasal, aku terus kol pejabat JPA. aku tanye semua masalah aku kt pegawai dy. then pegawai dy cakap macam ni.

"dik, adik bukak pakai google chrome ke?"
"a'ah. tak boleh ea guna google chrome?"
"erm, macam ni lah. adik cube bukak guna mozila or internet explorer"
"ohh..ok2.. terima kasih ye cik"

pegawai JPA tu sangat-sangat best. sopan je. yang ats ni sikit je dialog aku ngn dia.actually panjang lagi. takkan nk taip semua. haha.. dan setelah aku bukak dengan internet explorer, aku dapat isi semua maklumat yang dyorang nak dengan senang hatinye. haha. alhamdulillah. dekat 3 hari gak aku nak siapkan isi semua. tapi cerita tak habis kt situ. tiga hari isi borang..tiga kali gak aku g kedai, nak print. rumah aku xde printer. haha. first g print, kertasnye ronyok coz aku terduduk ats kerts tu. second pergi lgi, basah pulak kena air hujan bengong kan aku ni. yang kali ketiga ak lebih berhati-hati. and alhandulillah aku tak perlu pergi untuk kali ke 4..haha..

mcm-mcm hal la jadik sepanjang proses mohon biasiswa ni. skang ni tinggal nak pos kan je segala dokumen yang JPA nak tu. harap- harap da xdelah masalah-masalah ni. risau, takut, fed up n segala perasaan la ade kalau ade masalah saat-saat akhir ni.. tarikh tutup dia 7 ogos 2011.setelah ape yang aku hadapi ni, harap-harap dapat la ye biasiswa tu..hehe..



No comments: