~belajar bersyukur dik~

assalamualaikum dan salam sejahtera

hari ni aku tak nak la cerita panjang- panjang. so, untuk tak melengahkan mase korang terus la bace cerita bawah ni. hehe

**********************************

angin petang bertiup sepoi- sepoi bahase. burung- burung terbang bebas seumpama bebasnya kita dari jajahan bangsa asing. ~saje je gedik- gedik nak ayat sastera sikit. layankan aje la ye~ di kejauhan kelihatan beberapa orang kanak- kanak lelaki datang beraya di rumah pakcik leman (bukan nama sebanar). setakat ape yang aku tahu pakcik leman ni panas baran orangnya. setelah memberi salam, isteri pakcik leman, cik temah (bukan nama sebenar) menjemput kanak- kanak tu masuk. air turut di hidang bersama dengan kuih raya. kanak- kanak tu berbual mesra dengan cik temah. pakcik leman hanya melihat dari jauh sambil membaca surat khabar.

setelah beberapa minit, mereka tu meminta izin untuk pulang. mereka bersalaman dengan pakcik leman dan cik temah. pakcik leman menghulurkan sampul duit raya. salah seorang dari mereka terus membuka sampul tu di hadapan pakcik leman.

"hek elehhhh, 50 sen je? 50 sen baek tak payah bagi" kata salah seorang dari budak-budak tu.

selepas pakcik leman mendengar budak tu cakap macam tu, dia terus merampas duit yang telah di bagi tadi. budak lelaki yang bersuara tadi terdiam.

"sudah! tak payah kau nak merasa duit aku. tak tau bersukur punya budak"

kawan- kawan yang laen hanya melihat adegan yang berlaku. kemudian mereka terus berlalu pergi.

********************************** 
begitu lah kisahnye. cerita ni actually aku dapat dari mak aku. cik temah (bukan name sebenar) tu jiran belakang rumah aku. dia yang cerita pada mak aku. aku pun tak tau nak komen macam mane. rasa kesian kat budak tu ade, rase nak cakap padan muka pun ade. perasaan bercampur baur. accehhhh. pakcik tu pun satu tak reti nak bawak- bawak bersabar. rase kesian sebab tak dapat duit tu. pakcik leman ambek balek duit dia. rase nak cakap padan muka tu sebab, pasal mulut dia la jadik macam ni. tapi dah namenye budak zaman sekarang. dia ape tau.budak sekarang cuma tahu, dapat RM10 tu banyak. 50 sen tu sikit sangat. tak macam budak zaman dulu. ~tapi bole ke nak samekan zaman dulu dengan zaman sekarang~

budak- budak suka kalau dapat yang ni

yang ni pulak tak semua budak nak. yang tak nak tu budak berlagak!


so, sekali lagi aku nak cakap yang peranan ibu bapa tu penting. nasihatkan anak- anak supaya belajar bersyukur dengan ape yang telah di beri. ~eleh kau tu. pandai- pandai je nak nasihat orang. cakap boley la. bajet macam dah kahwen je en~ okay,okay. memang aku belu kahwin, tapi kesedaran awal tu penting. aku sendiri pun mak n ayah aku sering ingatkan.kalau benda dah jadik, nak nasihat dah susah. 

so, aku nak ambil petikan kata- kata prof izi
"renung- renungkan dan selamat beramal"

eh, tadi aku cakap tak nak cerita panjang- panjang kan? tapi macam dah terpanjang je entry ni. nak buat macam mane ek? hehe. alaaaa, tak pe la kan. korang pun dah habis bace kan. kira tak panjang sangat la tu kan. hehe. ok daa. peace.

2 comments:

Anonymous said...

zaman dah berubah..dulu2 dpt 50 sen pun teruja..hehe

mieza said...

tau xpe. 50 sen tu macam besar sgt dlu kan.
tp sekarang dah tak.
nilai wang kita da kecik..^_^