assalamualaikum dan salam sejahtera
petang- petang macam ni korang buat ape je? aku rase macam nak tido je. tapi macam tak best la pulak. kalau tido sekarang t malam da tak de nikmat nak tido. tempat aku petang ni langit mendung je. ape orang cakap tu, " hujan nak turun segan, nak panas tak mahu" haha. betul kan peribahase aku? eh, salah ea? terok la kalau ramai orang melayu macam aku. merosakkan bahasa malaysia. mintak maaf la ye.
korang tau tak, abah ngn mak aku cakap aku ni perasan muda? mesti lah korang tak tau kan. sebeb korang tak de kat tempat kejadian. ceritanye macam ni, aku melayan la budak kecik sorang ni.
ni la budak kecik tu. name dia mikail iman. |
aku bahasekan diri aku ni kakak la ngan budak ni. tibe- tibe je aku dengar ade orang sound dari belakang. bila aku amati betul- betul. eh, tu macam suara abah. accehhhh
"ade orang tu perasan jadik kakak,"
aku tak terus balas. aku diam dulu. aku dok fikir, apesal abah cakap macam tu. tak sempat aku habis fikir, mak aku pulak sambung.
"tu kan anak abang ayie. apesal jadik kakak pulak?"
oh alaaaaaa.. baru aku sedar yang tu anak abang sedara aku. hahaha. kira aku ni pangkat mak cik la. tapi pada aku macam tua sangat kalau panggil makcik ni. aku baru 20 weyh. rase macam nak suruh mikail panggil aku auntie boley? ~tak payah nak barat sangat la mieza oiii. kita ni orang timur~ opsss.. ok sorry.. hehe
tapi bila di fikir- fikirbalek, kalau pada pendapat aku lah, sebenarnya panggilan ni penting. kalau memang betul pangkat makcik, sewajarnyelah panggil makcik. kalau pakcik, panggil pakcik. ape pun pangkatnye, panggil dengan ape yang sepatutnye. memang nampak macam simple. masalah yang akan timbul, mungkin bukan sekarang. tapi mase zaman anak cucu kita. buatnye ade antare mereka yang terkahwin dengan orang yang tak sepatutnye dia kahwin. tak ke masalah tu nanti.
kalau ade yang tua boleh ingatkan, tak pe lah. kalau tak de, macam mane pulak. so, jangan malu, jangan segan, untuk mengaku ape pun pangkat kita ye. baek pakcik ke, makcik ke, atok ke or even nenek sekalipun, kita kene akui pangkat tu. sebelum terlupa, aku baru perasan yang aku dah ade 8 orang anak sedara. and insyaallah akan bertambah lagi..
sekian. hehe
No comments:
Post a Comment