Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kita sedia maklum, zaman sekolah dengan zaman universiti or ape- ape laa yang setaraf dengannye tu adalah dua institusi yang sangat- sangat beza. Dulu masa sekolah, selalu cakap "Waaa, bestnye masuk U. Takde keje sekolah".. Haha. Pemikiran kolot seorang aku suatu ketika dahulu. Seorang budak yang mentah pemikiran. Mungkin masa tu aku fikir, kat U ni tak de homework, suka hati je nak datang kelas ke x,. Ternyata aku sangat sengal mase tu sebab aku nak semuanye senang je. Haha. So, kat sini aku nak kongsi sikit laa perbezaan antara zaman sekolah ngan zaman universiti dan setaraf.
Pakaian
Yang pertama adalah mengenai pakaian. Kalau zaman sekolah memang tak susah nak pilih baju ape nak pakai aku rasa. Sebab memang tak de pilihan pun kan. Hari- hari baju sekolah. Hari Rabu pulak yang kadet polis, pakai baju Kadet Polis. Yang puteri islam pakai laa baju Puteri Islam. Takkan nak pakai baju Kadet Bomba pulak kan. Kalau tak silap aku, nak pakai baju cantik sikit time sekolah tu bila ade majlis- majlis je. Contohnye macam majlis macam Maulidur Rasul ke, Jamuan Hari Raya ke. Time- time gini laa budak- budak sekolah nak pakai baju cantik sikit. Nak berfesyen sikit katenye! Hehe
Kat U pulak, pada aku memang susah jugak laa nak fikir nak pakai baju ape. Yelahh, kang nak pakai baju hijau, teringat pulak, "Eh, Selasa hari tu dah pakai hijau". Tak jadik laa pakai. Nak pakai purple, teringat pulak yang baju tu da pakai mase kuliah minggu lepas. Nak pakai baju ni ngan tudung ni, ish macam tak sesuai je. Dah tak jadik pakai. Haha. Aku tak pasti laa ni memang betul- betul susah or aku je yang saje menyusahkan diri sendiri.
Just for fun. Sumber Google |
Kerja sekolah
Ni satu part yang "PALING" students suka. Kerja sekolah. (Harap fahamla makne paling tu). Kalau zaman- zaman sekolah, kerja sekolah ni laa yang cikgu selalu bagi. Nak bagi kita buat latihan sikit. Kalau tak, memang takdenye nak bukak buku tu. Habis kelas, habislaa. Paling- paling pun akan bukak semula minggu depannye bila ade jumpe subjek tu semula. Tapi kerja sekolah ni senang la sikit sebab semua dah ade, tinggal nak jawab je. Contohnye cikgu akan bagitau, "Ok, buat dari mukasurat ni sampai mukasurat ni. Minggu depan kita bincang". Tinggal nak buat je.
Kat U pulak ade gak kerja sekolah. Tapi kita akan panggil assignment. Nak cakap susah, tak laa susah. Nak cakap senang pun, tak la senang. Depend on individu laa. Susah senang tu kan subjektif. Hehe. Cume bezanye, assignment ni lecturer akan bagi then kita kena carik laa sendiri maklumat tu. Nak carik kat mane tu, pandai- pandai kau laa. Tak de dah lecturer tu nak state kan muka surat ke hape ke. Dia bagi tajuk and guideline laa sikit- sikit. Ok laa tu kan.
Nanti aku sambung lagi ok. Thankz for reading.
Hati aku kata----> Zaman belajar ni akan jadik satu zaman yang kita akan kenang sampai bile- bile.
Hati aku kata----> Zaman belajar ni akan jadik satu zaman yang kita akan kenang sampai bile- bile.
7 comments:
lu ingt cerita bersiri ke
haha. xpe laa..
saiful samad mmg byk complaint laa
kang pnjang2, komen xlarat bce lak..
huhu . betol3 , ak pon pk bnde yg same yg life di U sgt best dan santai . kau pengaruh ak ea ? =..='
ak plak yg pengaruh ek..
xpernah kot. haha
haha..
bila dah keje esok..
langsung tak de sapa guide...
masa tu baru rasa nak tadika semula..
relaks la
setiap perubahan tu mematangkan kita..
kalau masa zaman study ikut buat apa yg diosuruh
tp bila dah masuk dunia pekerjaan, setiap tindak tanduk itu berdasarkan pengalaman dan keceptan otak kita bertindak.
pada masa itu, dunia seakan semakin mencabar..
tiada siapa yg memantau kita
iman dan kesabaran jer yang memandu kita supaya teruskan dengan pekerjaan.
pada masa ini
kalau kita tidak mampu
..
memang makan pasir la kita..
tq ikhram, advice ni..
I enjoy secondary life very much :)
Post a Comment