Say good bye to 2012

assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai korang. Okay, aku rasa semua orang maklum dah kot yang hari ni merupakan hari terakhir bagi tahun 2012. Aku sangat yakin yang entry hari ni mesti ramai yang share pasal azam tahun baru dan cerita secara ringkas tentang aktiviti 2012. Aku pun amek kesempatan ni untuk cerita pasal tu semua. 

Tahun 2012 aku lalui same je macam tahun- tahun sebelum ni. Nothing special. Cuma tahun ni aku boleh terlibat dengan Sekretariat MPP. Sekretariat under Exco Ekonomi dan Keusahawanan. Saje je join. Amek pengalaman. Bile lagi kan. Sekarang ni pun dah tahun 3. Tinggal setaun je lagi ade kat USIM. Yang paling best, geng- geng sekretariat aku sangat happening. Sampai pening nak layan. Tapi okay laa kan dari kaku je.  Boring plak nanti. 

Sumber mr google

Last three days aku join pulak satu program yang dah lame aku nak. Cuma takde peluang. And tetibe peluang tu datang kat aku beberapa hari lepas. Aku pun ape lagi. Grab je la peluang tu. Nak tau program ape.? Program GELANDANGAN. Kitorang mula kumpul kat Anjung Singgah. Then baru laa gerak ramai- ramai ke kawasan- kawasan orang gelandangan untk tengok sendiri realiti sebenar sambil edarkan makanan.

Ape yang aku dapat dari program tu, banyak jugak la. Antaranya  bersyukurla dengan ape yang kita ada sekarang. Kalau kita rasa kita susah, percayalah ade orang yang lagi susah dari kita. Kalau kita  mengeluh tak selesa dengan toto atau tilam kita sekarang, percayalah kat luar sane tu ade orang yang tidur beralas lantai berselimutkan kotak je. 

Harapnye 2013 nanti akan lebih memberi warna- wani dalam kehidupan aku. Walau perit tetap kita kena lalui kan. Walau penat, kita tetap kena berjalan. Sebab dunia ni hanya persinggahan sebelum kita menuju ke akhirat. Kalau kita rasa letih dengan kehidupan, kita silap. Jangan kita ingat dunia ni tempat kita bersenang lenang. Sebab ade yang perlu kita kumpul untuk di bawa ke akhirat nanti. Okay, ni ingatan untuk diri aku sendiri jugak di penghujung tahun ni. Hope, bile- bila aku ulang baca nanti, aku boleh jadikkan ni sebagai motivasi diri aku sendiri. 


Hati aku kata----> Aku start exam rabu ni. Wish me luck ok. 








3 comments:

epulsamad said...

bru nk tarik nafas nk baca lg tw2 dh ending dh,er!!!

ZULHILMI TEMPOYAK said...

camne nk ucap..?? xpenah jmpk pon.. tulisan je penah nmpk.. ;p

Yun Sing said...

Hidup ini kalau takde bende nak buat memang tak bermakna ^^"