Selamat Hari Guru

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hei, kamu yang ade di sana, di sini dan tak lupa jugak yang ade di situ. Macam yang kita semua tau, yang hari ni Hari Guru kan. And aku amek kesempatan ni nak ucapkan Selamat Hari Guru buat semua cikgu- cikgu yang pernah mengajar aku. Dari aku tadika, sekolah rendah, sekolah menengah and sampailaa aku dah kat u skang ni. 

Tadi buat pertama kalinye aku sambut hari guru sepanjang 2 tahun aku kat USIM ni. Aku ade kuliah law malam ni tadi.  Even kuliah sepatutnye habis lagi 2 minggu. Tapi memandangkan Encik Khairul ni ade urusan laen kat Turki, kuliah terpakse di habiskan awal. Budak- budak kos aku semua decide buat suprise untuk lecturer business law kitorang.  Kitorang saje je buat- buat tak masuk kelas. Tapi ade je dak kos laen yang dalam dewan. Tapi tak ramai laa. And for sure dewan kuliah tu nampak laa kekosongannye.
Sumber: Mr Google


Then kitorang matikan suiz lampu. As usual, masuk ramai- ramai bawak kek and pasang lagu untuk lecturer kitorang tu. Encik Khairul ni actually part timer je kat USIM. Dia ni sebenarnye lawyer. Seorang lecturer yang aku rasa patut aku kagumi. Serious aku sangat sangat sangat kagum dengan dia. Tiga kali aku repeat perkataan sangat tu. Sangat sempoi time mengajar. Dengar cara dia baca setiap ayat quran, memang perfect. Hafal bulat- bulat. Memang aku sangat kagum laa. Kiranya ilmu dia bukan sekadar di buku, tapi kat dalam hati. Memang perfect.

Pengalaman dia toksah cakap laa. Merata dunia dia dah pergi aku rasa. Even aku ni bukanlaa student law, tapi jadik seronok belajar business law tu di sebabkan cara dia mengajar tu. Awesome. Pesan dia time akhir kuliah tadi, "Jadilah seseorang yang ilmunye bukan hanya pada dasar. Tapi secara menyeluruh dan mendalam. Kalau belajar bidang law, pastikan semua tentang law kita tau. Kalau bidang muamalat, make sure setiap isi, setiap bahagian tu kte tau. Dan ilmu itu bukanlaa sesuatu yang patut kita tunggu, tapi seharusnya di cari" 


Hati aku kata----> Setiap orang adalah guru. Walau hanya seorang penunjuk arah. 

1 comment:

Arol Mubin said...

Memang patut dikagumi pun kalau mampu hafal ayat al-Quran bulat2. Hebat tue! :)