lecturer dan subjek ye. ^_^

assalamualaikum dan salam sejahtera

hari ni hari jumaat. so salam jumaat la kepada semua rakan dan taulan. ayat entah pape je laaa.. so, jumaat lepas aku ade update something. then beberapa hari aku tak update. jumaat ni aku update semula. so, entry pasni maybe jumaat depan. haha. reason aku tak update still same macam yang lepas. so, malas nak repeat berkali- kali.

ermm. korang nak tau tak.? sem ni aku ade sorang lecturer arab dari arab saudi ajar aku 1 subjek ni. satu benda yang aku tak pernah duga sebenarnya. sem- sem sebelum ni tak de pulak lecturer arab ajar aku. dan aku selalu fikir yang lecturer arab hanya akan ajar budak fakulti- fakulti macam syariah dan undang- undang or fakulti quran dan sunnah. al maklumlah, student- student dari fakulti- fakulti yang aku sebut tadi tu lebih fasih la kan bahasa arab. tapi sangkaan aku meleset sama sekali.


time kuliah tu memang aku ternganga je lahh mulut. kawan- kawan aku pun sama. bukan lah nak kate kitorang tak faham langsung. tapi ape yang kitorang faham sikit sangat berbanding ape yang dia cakap kat kuliah tu dalam tempoh 2 jam. al maklumlahh aku n kawan- kawan aku student ekonomi. then aku bisik kat kawan sebelah aku,

aku: "pssttt, faham tak?"
kawan: "sikit- sikitlaa. mati macam ni"
aku: "ermm. samelahh. takpe- takpe. hopefully tutorial ngan lecturer laen"

itulahh harapan aku. aku berharap sangat yang time tutorial nanti dapat lecturer laen pulak. jahat kan aku.? bukan ape, at least kalau tutorial ngan lecturer malaysia, boleh la aku tanye ke pape ke kalau tak faham kan. dengan lecturer arab tu, for sure la kena cakap arab kan. aku mane fasih nak cakap arab. kang aku cakap, dia tak faham pulak. so, aku pun menghitung hari lah nak attend tutorial untuk subjek tu. haha. bila sampai hari nye tu, aku pun dengan senang hati masuk la kelas tu. tunggu dalam 5 minit tu kot, lecturer masuk... alangkah terkejut nye aku rupenye tutorial pun still dengan lecturer yang kat kuliah tu. arghhhh. dugaann ni.

tapi papepun aku still follow je dia ape yang dia ajar. and alhamdulillah la. dalam tutorial dia bersungguh sangat nak buat kitorang ni faham. rupenya bukan aku je yang tak faham. classmate yang laen pun same je. macam- macam contoh dia bagi nak kasik kitorang ni betul- betul faham. aku nampak sangat kesungguhan dia tu. nasib baik la dalam kelas tutorial aku ni ade la budak- budak yang faham sikit- sikit. so, diorang la yang banyak bantu nak sampaikan ape yang lecturer tu cakap kat kitorang yang tak berapa nak faham ni. hahaha.

so, aku rase pasni aku kena usaha lebih la dengan housemate aku. nak kasik aku sendiri boleh faham ape yang kat dalam buku tu tanpa ade translator. huhu. chayokkkk!!!
doakan aku terang hati ea korang. mudah- mudahan aku boleh faham bahasa ara macam aku faham bahasa melayu n english.


hati aku kata---->berdebar setiap kali nak g kelas hari selasa pagi

nak yang terbaik, kena lah bagi yang terbaik

assalamualaikum dan salam sejahtera

salam jumaat untuk semua kawan- kawan. hampir seminggu aku tak update. bukan aku tak sudi nak update, tapi mase tu asyik jeles je dengan aku. geram betul la. boleh di terima akal tak reason aku ni. hehe. aku tak tipu kau taw. niat nak update tu ade. tapi tulahh.. aku memang sangat- sangat tertekan dengan jadual kuliah and tutorial aku sem ni.

korang cuba bayangkan ea, hari selase aku kena attend kelas dari pukul 8.00- 10.00 pagi. then sambung 12-2 petang, 2-4 petang n 5-7 petang. tu baru selase. hari laen pun lebih kurang je. korang dapat bayangkan tak macam mane aku nak study akaun pukul 5-7 tu. aku nak nanges mase baru dapat jadual ni. tapi bila fikir- fikir balek, ape boleh buatkan. baek aku redha je lahhhh.. huhu

okay- okay. back to the main topic. ape lah aku ni kan. dah dua perenggan  baru nak main topic kan. alaaaa. korang layankan je lahh ea. aku nak share pasal satu kata- kata ni, korang bace ea bawah ni,

"bila Allah makbulkan doa kita, maka dia amat menyayangi kita,
bila Allah lambat makbulkan doa kita, dia hanya ingin menguji kita,
bila Allah tidak makbulkan doakita, bermakna dia ada merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita
oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan"

okay. dah bace kan? actually aku ade terbace kata- kata ni kat buku kawan aku. pada pendapat aku sendiri, kebanyakan dari kita ni especially aku la kan selalu mengharapkan sesuatu yang terbaik dari Allah dengan kadar yang segera. betul kan?

tapi pernah ke kita fikir, kita nak sesuatu dari Allah tu dengan cepat, tapi secepat mane pulak kita tunaikan ape yang Allah nak kita tunaikan dengan cepat. belit tak ayat aku. tapi still faham kan. kalau tak faham, cuba faham- faham kan ea. bace ulang- ulang kali. contoh paling senang sekali sembahyang la kan. kita dah tau, yang sembahyang tu mestilah di awal waktu kan. tapi aku tau, kadang- kadang benda ni kita terlepas pandang. aku pun selalu gak terlewat- terlewat ni. selalu je mak atau ayah aku yang call tanye dah sembahyang ke belum. anak dare sape la ni kan. teruk sungguh. haha

then on that time baru aku sedar yang, "eh, aah la. aku belum sembahyang" sambil tepu dahi. tipu je. hehee. padahal waktu tu aku tengah duduk- duduk dengan kawan- kawan aku. bende ni biase jadik kalau aku tengah tak de kelas lah. lepak- lepak kat rumah sewa dengan kawan- kawan aku. so, aku sekadar ingatkan je lah bagi yang kerap terleka, terlalai, terlupa and segala ter lagi laaa. hee.

macam yang aku selalu cakap dalam entry- entry sebelum ni, aku tak cukup perfect lagi. and aku tau mesti ade je yang cakap, "ko tak payah la nak bajet alim sangat. kau pun banyak lagi benda tak perfect". ok fine! again aku bagitau, I'M NOT PERFECT". tapi tak salah kan kalau aku nak ingatkan korang ape yang orang lain sering ingatkan aku. nak tunggu perfect person yang datang kat kita nak ingatkan kita tentang semua, bila lagi kan. so, aku tak kisah kalau ade sape- sape nak ingatkan aku, tegur aku, yang paling penting mestilah dengan berhemah ye.

dah. tu je aku nak share hari ni. semoga sedikit sebanyak entry ni mampu la nak bagi ingatan kat semua terutama kat diri aku sendiri.


hati aku kata----> tak semua yang kita mintak tu dapat. tapi sekurang- kurangnya cuba la mintak

*

entry ni tak bertajuk. boleh kan? ^_^

Assalamualaikum dan salam sejahtera

hai korang. aku mintak maaf sangat- sangat sebab dah beberapa hari aku tak update blog aku. ade yang kesah ke? rase macam tak ade je. haha. aku bukan suka- suka tak update ye kawan- kawan.

actually semalam bersamaan hari jumaat laptop aku masuk wad. kena format balek. kalau dah kena format balek tu faham- faham je lah ape penyakitnye. tok sah nak tanye- tanye aku lagi. so, terpakselah pinjam laptop adik aku. tu pun bukak sekejap- sekejap. kalau dah pakai orang punya tu faham- faham jelah kan. mane boleh buat macam sendiri punya nak guna berjam- jam. aku ni masih tau kenal hak sendiri n orang laen punya. ahak.

hari sebelum hari semalam pulak, hari ape ek? korang fikir lah sendiri. hari sebelum hari semalam tu aku test JPJ. konon- konon cuak sangat la tu sampai tak sempat nak update sebaris dua. poyo je lahh aku ni kann. korang layan kan aje ea. tapi serious, aku memang betul- betul cuak. bukan konon- konon lagi. al maklumlah, orang yang tak pernah langsung ade pengalaman memandu, tup- tup nak amek lesen ye orang macam was- was je. lulus ke tak budak ni. macam tak ley caye je. sadis sungguh.

sampai mak aku ade tanye kat ayah aku,

"boleh ke tak ek kak long lulus JPJ?"

ayah aku pulak cakap,

"dia tak pernah bawak. belajar pulak 10 jam je, mane boleh lepas" (aku special case, thats why 10 jam je belajar)"

aku buat tak dengar je mase ayah aku cakap macam tu. kecik ati aku dengar. huhu. amboi3... betapa ayah aku meragui kebolehan anak dia ni ha. tapi itu lah yang buat aku semangat nak buat betul- betul. and alhamdulillah aku lulus.

kalau korang nak tau, saat aku taip entry ni pun, mate aku dah macam nak terlelap je. waktu sekarang ni, kalau ade orang sorongkan bantal, belom sempat dia pelawa aku dah rampas awal- awal bantal kat tangan dia tu. nak tunjuk betapa aku sangat mengantuk. tapi memikirkan yang esok aku aku dah kena balek nilai semula, isnin sampai jumaat kuliah and tutorial penuh, takot aku tak sempat je nak update. maka bersawang la blog ni nanti.

so, waktu- waktu aku tak update pape nanti, rajen- rajen la jenguk blog ni ea. please. please. please. merayu ni taw. kalau aku bukak blog pun, aku just jalan- jalan blog korang je. nak update maybe weekend je lahh. blog, blog jugak. study jangan lupa. nanti kalau mintak kerja, dia tak tanye pasal blog aku ni, dia mesti tanye pasal pendidikan aku ye tak?

ok baiiii...

hati aku kata---->jangan pandangku sebelah mata

wordless wednesday..^-^

assalamualaikum dan salam sejahtera


Allah lebih tahu

assalamualaukum dan salam sejahtera

beberapa hari ni aku tak sempat nak update entry kat sini. al maklumlah sem baru dah pun start. so, aku agak sibuk kemas ape yang patot. ~konon- kononnye rajen la. konon je lah~ hehe. tp semalam je lah aku pergi kuliah. then pagi tadi aku balek semula ke johor. ade benda yang aku kena settlekan.

aku naek bas pagi tadi pukul 10.00. dalam bas aku da plan dah, sampai je Jb aku nak pergi beli sehelai dua baju dulu then baru balek rumah. aku memang pantang jumpa kedai baju. asal nampak menarik je, aku beli lahh. dah plan elok- elok da ni.


tibe- tibe dalam bas je mak aku call,

"kak long, sampai larkin nanti call abah. nanti abah amek"

ermm. dalam kepala otak aku dah fikir da. tak pelah. tak payah la call abah n tak payah suruh abah amek. kesian pulak abah tengah keja. balek sendiri pun ok je selama ni. tak lame lepas tu ayah aku pulak call,

"dah sampai ke belom? abah tunggu kat sebelah pizza hut"

aku syak ni mesti keje mak aku. lepas dia call aku, terus laju- laju dia call no ayah aku pulak suruh amek aku. bijak...bijak.. mak sape la kan. hohoho ~ala- ala santa clause~ bila ayah aku da call, memang tak boleh buat ape lahh. maknanye abah memang tengah free la tu sampai nak amek. mak ngan ayah aku macam tau- tau je aku nak pergi membazir. dan- dan nak amek. selama ni ok je aku balek sendiri. huhu.

betu la ape yang orang selalu cakap.. " kita hanye merancang Allah yang menentukan" tak semua yang kita rancang tu baek untuk kita. Allah lebih tau hakikat sebenar sesuatu perkara terjadi. maybe kalau aku pergi jalan- jalan bazir duit tadi, something tak baek bakal jadik. so, allah gantikan dengan abah datang amek. thankz to Allah.

as the conclusion, tak salah untuk kita merancang. rancanglah ape yang terbaek untuk diri kita dan mase depan kita. tpi selepas merancang, serahkan kepda Allah. izinkan Allah memadam mane- mane yang bukan menjadi milik kita. dan izinkan juga Allah menggantikanne dengan perancangan yang baru.

itu ajelah entry buat mase  ni. okbai


hati aku kata----> sayang mak ngan abah

"First Lucky Draw Aten"

assalamualaikum dan salam sejahtera


hari ni nak menjoinkan diri dalam lucky draw by aten
berminat? macam biase lah klik aje kat banner tu kuat- kuat.
ni FB cik mimie ye. CIK MIMIE
hadiahnte berupa penginapan 3 hari 2 malam di seoul, korea.~tpu jelahh~
hadiahnye topup, header ngan doodles.
.
.
dengan ikhlas hati nak tag:
.
.
ok, done!

"Contest Aku Nak Bagi Miss Lyzeer SENTAP"

assalamualaikum dan salam sejahtera


nak suruh cik mimie kritik ye
ni yg best ni
cik mimie rase header tu pergi tukar la.
agak buruk. bukan agak lgi.memang buruk pun. buruk sgt.
(padahal cik mimie punye lagik tripple buruk)
muka miss lyzeer da cun da.
lagi satu kalau nak letak gambar kat header gunelah sofa warne laen. 
jauh benor oren ngan biru.
erm, background pun gelap semacam je
tak meriah lnsung
nak masuk pun macam kne bawak torchlight.
 mula- mula ingatkan blog lelaki
biase lelaki je suke pkai wrne hitam segala ni
seb bek ade gmbr miss lyzeer kat ats.
so, pendapat cik mimie blog ni x cantik sangat
sekian.
^_^
.
.
sape- sape nak join, macam biaselah.
klik aje gambar ats tu sepantas kilat.
.
.
ok, siap!
.
.
p/s: menang kalah adat pertandingan

kembali belajar sebagai pelajar

assalamualaikum dan salam sejahtera

aku baru je lepas daftar course untuk semester depan. boleh pulak tadi aku lupa password aku sendirikan. baru 2 bulan tak bukak portal tu, aku da lupe dah. pening gak kepala aku nak mengingat balek. tiba- tiba je aku terlintas nak carik kat buku- buku aku sem lepas. at last, alhamdulillah aku jumpa password tu kat dalam buku marketing yang sangat tebal tu.


sem depan subjek tak banyak sangat la. 6 je. jam kredit pun 16 je. ~saje tulis JE, nak sedapkan hati~ orang laen aku dengar ade yang sampai 8 subjek, 7 subjek. bersubjek- subjek la. haha. tak kisah la banyak mane pun subjek, yang penting belajar betul- betul kan. insyaallah berjaya. pucuk pangkalnye diri kita. bawah ni senarai subjek aku untuk sem depan:

perakaunan perniagaan
statistik perniagaan
matematik perniagaan
ekonomi malaysia

lagi 2 subjek aku tak ingat ape. malas nak bukak portal semula. line lambat. so, sabtu ni aku dah nak balek nilai. barang ape pun tak packing lagi. persoalannye, dah bersedia ke aku ni nak kembali belajar sebagai pelajar ek? lame tu 2 bulan tak belajar. otak pun dah tepu. sampaikan aku dah lupa alamat rumah sewa aku, macam mane nak pegang pen, kad matrik aku kat mane pun aku lupa. ~aku tertipu kau la pulak, sori ea~ hehe.

azam sem baru aku ape ek? ermmm. tak nak buat assigment last minit lagi. hehe. ~boley ke ek?~ last minit ngan aku memang tak boleh dipisahkan. then, aku nak cuba dapat kan dekan lagi. doakan aku ea korang. love u la.. hehe. so, aku doakan semua student degree yang akan kembali belajar sebagai pelajar setelah 4 bulan atau 2 bulan bercuti all the best la korang. study elok- elok ye. doakan aku jugak taw. semoga kejayaan menjadi milik kita semua. aminnn..


hati aku kata----> usaha tangga kejayaan mieza

"Hasrulhassan.com Cari Blog Kurang 300 Followers"

assalamualaikum dan salam sejahtera

malam ni terasa nak join segmen yang di buat oleh en hasrulhassan


En hasrulhassan mengadakan segmen ni bertujuan untuk membantu blogger baru.
contohnye macam cik mimie untuk meningkatkan jumlah follower.
blog cik mimie ni biase- biase je. 
semua yang di kongsikan adelah tentang cik mimie, insan- insan di sekeliling
dan juga pendapat cik mimie tentang sesuatu.
.
"saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan"
.
.
nak join segmen ni, klik je gambar ats tu ye.
.
.
*sejak bile pulak bahasekan diri cik mimie pulak ni. saje ngade- ngade

wordless wednesday..^-^

assalamualaikum dan salam sejahtera


seperti yang kita semua sedia maklum, pada hari rabu blogger akan post gambar di blog masing- masing without any description. so, cik mimie tak nak la cakap panjang. korang describe la ikut ape yang korang faham okay.

Time itu Mase

assalamualaikum dan salam sejahtera

nak join lagi satu giveaway ni.


kalau korang nak join jugak, as usual klik je gambar ats tu sepantas kilat
unutk keterangan lanjut pun klik je gambar ats ni 
ok?

jam yang cantik menarik, jam memang da bomb
.
.
.
ok, done!

"2nd Giveaway by LyssaSecret"

assalamualaikum dan salam sejahtera

malam ni nak join giveaway by LyssaSecret
giveaway ni sempena birthday dia.
happy birthday lyssa


syarat- syarat penyertaan:
1- follow blog lyssa (kalau tak nak pun tak pe. tak pakse)
2- buat satu entry bertajuk  "2nd Giveaway by LyssaSecret"
3- tempek banner kat ats di entry tersebut
4- send link tersebut ke ruangan Comment  Entry ini.
5- tag kepada 3 rakan blogger anda
.
.
nak tag:
.
.
ok, done!

kalau dah mak yang cakap, betul la tu.

assalamualaikum dan salam sejahtera

tempat kejadian : dapur
waktu kejadian : 5.30 petang

waktu tu aku tengah duduk- duduk mengunyah. biase lah tu kan petang- petang. tibe- tibe je mak aku bersuare.

"aii, mak tengok sekarang badan dah laen da. macam berisi sikit je"

aku balas,

"ye ke mak? orang tengok biase je. senang hati kot" 
(cakap tapi mulut still mengunyah. teruk perangai anak dara)

mak aku pulak balas,

"ade nanti same besar dengan anis. tu lah, asyik dok gelakkan dia aje"

anis tu adik bawah aku yang form 5. dua- dua adik perempuan aku semua lagi besar n also tinggi dari aku. standard la tu kan. memang biase kakak yang sulung dia utamakan adik- adik dia dulu makan. dia tak makan tak ape. accehhhh. poyo la weyhh.

tapi memang aku akui lah sejak cuti 2 bulan ni aku maaaaaakan aje kejenya. ~org cuti sem 4 bulan, aku 2 bulan je. lagi 2 bulan aku ade short sem~ alaaa, kalau bukan kat rumah pun aku memang makan banyak. sampai mak aku pernah tanye,

"perut ko ni macam mane kak long sebenarnye?"

pelik agaknye tengok aku badan kecik, tapi makan banyak. sebab mase tu semua orang da abes makan, aku still mengadap makanan tu. tapi aku makan banyak macam mane pun, badan aku still gini gak dari dulu. cuma sejak 2 bulan kat rumah ni la aku macam rase laen sikit. aku tak takut kalau badan aku naik sikit. sebab memang tu yang aku nak. dah 2 tahun berat aku 44@ 45. semoga tahun ni naik la ye. haha.

aku malu bila pergi mane- mane orang tanye macam ni,

"tingkatan berapa sekarang dik?"

yang lagi teruk bila jalan dengan adik- adik aku. diorang akan fikir yang aku ni adik.oh my.......aku malu weyh.


 pakcik, makcik, abang, serta kakak sekalian. percayalah bahawa saya ni bukan budak sekolah lagi. saya dah masuk u, alhamdulillah.

p/s: bila aku fikir dalam-dalam sedalam yang mungkin, sebenarnya aku kena bersyukur dengan kurniaan Allah. kecik ke besar ke, tak de hal la. rilex sudaaa.. ^_^. ~abes, yang kat ats kau duk bising- bising tu kenapa pulak?~  ohhhh.. hat yang ats tu aku taip sebelum aku fikir sedalam- dalamnye. boley terima alasan aku ni?

"Jom Join Bloglist Blog Budak Botak September- Disember 2011"

assalamualaikum dan salam sejahtera


dengan berbesar hati memberitahu bahawasanya cik mimie seorang PEREMPUAN
so, sape- sape yang berminat nak join bloglist ni, silalah klik kat gambar ats tu laju- laju ye.
ingat! laju- laju. jangan slow- slow.
.
.
ok, done!

~belajar bersyukur dik~

assalamualaikum dan salam sejahtera

hari ni aku tak nak la cerita panjang- panjang. so, untuk tak melengahkan mase korang terus la bace cerita bawah ni. hehe

**********************************

angin petang bertiup sepoi- sepoi bahase. burung- burung terbang bebas seumpama bebasnya kita dari jajahan bangsa asing. ~saje je gedik- gedik nak ayat sastera sikit. layankan aje la ye~ di kejauhan kelihatan beberapa orang kanak- kanak lelaki datang beraya di rumah pakcik leman (bukan nama sebanar). setakat ape yang aku tahu pakcik leman ni panas baran orangnya. setelah memberi salam, isteri pakcik leman, cik temah (bukan nama sebenar) menjemput kanak- kanak tu masuk. air turut di hidang bersama dengan kuih raya. kanak- kanak tu berbual mesra dengan cik temah. pakcik leman hanya melihat dari jauh sambil membaca surat khabar.

setelah beberapa minit, mereka tu meminta izin untuk pulang. mereka bersalaman dengan pakcik leman dan cik temah. pakcik leman menghulurkan sampul duit raya. salah seorang dari mereka terus membuka sampul tu di hadapan pakcik leman.

"hek elehhhh, 50 sen je? 50 sen baek tak payah bagi" kata salah seorang dari budak-budak tu.

selepas pakcik leman mendengar budak tu cakap macam tu, dia terus merampas duit yang telah di bagi tadi. budak lelaki yang bersuara tadi terdiam.

"sudah! tak payah kau nak merasa duit aku. tak tau bersukur punya budak"

kawan- kawan yang laen hanya melihat adegan yang berlaku. kemudian mereka terus berlalu pergi.

********************************** 
begitu lah kisahnye. cerita ni actually aku dapat dari mak aku. cik temah (bukan name sebenar) tu jiran belakang rumah aku. dia yang cerita pada mak aku. aku pun tak tau nak komen macam mane. rasa kesian kat budak tu ade, rase nak cakap padan muka pun ade. perasaan bercampur baur. accehhhh. pakcik tu pun satu tak reti nak bawak- bawak bersabar. rase kesian sebab tak dapat duit tu. pakcik leman ambek balek duit dia. rase nak cakap padan muka tu sebab, pasal mulut dia la jadik macam ni. tapi dah namenye budak zaman sekarang. dia ape tau.budak sekarang cuma tahu, dapat RM10 tu banyak. 50 sen tu sikit sangat. tak macam budak zaman dulu. ~tapi bole ke nak samekan zaman dulu dengan zaman sekarang~

budak- budak suka kalau dapat yang ni

yang ni pulak tak semua budak nak. yang tak nak tu budak berlagak!


so, sekali lagi aku nak cakap yang peranan ibu bapa tu penting. nasihatkan anak- anak supaya belajar bersyukur dengan ape yang telah di beri. ~eleh kau tu. pandai- pandai je nak nasihat orang. cakap boley la. bajet macam dah kahwen je en~ okay,okay. memang aku belu kahwin, tapi kesedaran awal tu penting. aku sendiri pun mak n ayah aku sering ingatkan.kalau benda dah jadik, nak nasihat dah susah. 

so, aku nak ambil petikan kata- kata prof izi
"renung- renungkan dan selamat beramal"

eh, tadi aku cakap tak nak cerita panjang- panjang kan? tapi macam dah terpanjang je entry ni. nak buat macam mane ek? hehe. alaaaa, tak pe la kan. korang pun dah habis bace kan. kira tak panjang sangat la tu kan. hehe. ok daa. peace.

Ade gaya mak long kah??

assalamualaikum dan salam sejahtera

petang- petang macam ni korang buat ape je? aku rase macam nak tido je. tapi macam tak best la pulak. kalau tido sekarang t malam da tak de nikmat nak tido.  tempat aku petang ni langit mendung je. ape orang cakap tu, " hujan nak turun segan, nak panas tak mahu" haha. betul kan peribahase aku? eh, salah ea? terok la kalau ramai orang melayu macam aku. merosakkan bahasa malaysia. mintak maaf la ye.

korang tau tak, abah ngn mak aku cakap aku ni perasan muda? mesti lah korang tak tau kan. sebeb korang tak de kat tempat kejadian. ceritanye macam ni, aku melayan la budak kecik sorang ni.

ni la budak kecik tu. name dia mikail iman.

aku bahasekan diri aku ni kakak la ngan budak ni. tibe- tibe je aku dengar ade orang sound dari belakang. bila aku amati betul- betul. eh, tu macam suara abah. accehhhh

"ade orang tu perasan jadik kakak,"

aku tak terus balas. aku diam dulu. aku dok fikir, apesal abah cakap macam tu. tak sempat aku habis fikir, mak aku pulak sambung.

"tu kan anak abang ayie. apesal jadik kakak pulak?"

oh alaaaaaa.. baru aku sedar yang tu anak abang sedara aku. hahaha. kira aku ni pangkat mak cik la. tapi pada aku macam tua sangat kalau panggil makcik ni. aku baru 20 weyh. rase macam nak suruh mikail panggil aku auntie boley? ~tak payah nak barat sangat la mieza oiii. kita ni orang timur~ opsss.. ok sorry.. hehe

tapi bila di fikir- fikirbalek, kalau pada pendapat aku lah, sebenarnya panggilan ni penting. kalau memang betul pangkat makcik, sewajarnyelah panggil makcik. kalau pakcik, panggil pakcik. ape pun pangkatnye, panggil dengan ape yang sepatutnye. memang nampak macam simple. masalah yang akan timbul, mungkin bukan sekarang. tapi mase zaman anak cucu kita. buatnye ade antare mereka yang terkahwin dengan orang yang tak sepatutnye dia kahwin. tak ke masalah tu nanti.

kalau ade yang tua boleh ingatkan, tak pe lah. kalau tak de, macam mane pulak. so, jangan malu, jangan segan, untuk mengaku ape pun pangkat kita ye. baek pakcik ke, makcik ke, atok ke or even nenek sekalipun, kita kene akui pangkat tu. sebelum terlupa, aku baru perasan yang aku dah ade 8 orang anak sedara. and insyaallah akan bertambah lagi..

sekian. hehe

MENCARI KENALAN BARU DI @DEELICIOUS

assalamualaikum dan salam sejahtera

bukak- bukak blog je CheD ajak join segmen dia pulak. so ape lagi. join la kan. kita kena lah support ape yang orang len buat. lagi-lagi kalau benda yang baek. nak carik kenalan baru katenye. ye tak? hehe


kalau ade sape- sape yang berminat nak join segmen ni, tak yah malu- malu untuk klik banner atas ni laju- laju okay. segale maklumat lanjut boley didapati di banner tersebut. CheD tak de pulak suruh tag sape- sape. tapi kalau nak tag jugak boley la ea?

dengan ikhlas hati nak tag:

selamat hari raya

assalamualaikum dan salam sejahtera

selamat hari raya korang. masih tak terlambat lagi aku rase. hari ni baru syawal ke-6 kalau aku tak silap kira lah. ~jap,jap. aku kira lagi sekali~ ha! betulla raye ke -6. lame lagi raye. ye tak? kat tempat aku ni orang raye sebulan. tempat aku la kan. tempat korang aku mana tau. hehe. okay, okay.. menaipnye aku kat sini kerana tak de sebatang pen dan sehelai kertas pun di sediakan untuk aku menconteng. sebab tu la aku conteng kat blog ni. ~boley trime tak alasan aku~ logik jugak kan?

actually aku baru sampai dari kampung petang tadi. penat giler weyh. sakit pinggang, perjalanan jauh sangat ~padahal melaka-johor je~ saje nak ngade- ngade. jeles weyh aku dengar orang balek kampung jauh- jauh. kedah la, perlis la, perjalanan 8 jam la, 9 jam pun ade. dapat rase jam kat tengah jalan. aku dri johor ke melaka berape jam la sangat. aku rase kalau aku masak kari kepala ikan ke, makan durian ke mesti nenek n atok aku terhidu- hidu bau nye. maybe diorang cakap, "sedapnye bau, taknak hantar sini sikit ke"  ~aku rase lah kan. just nak bagi gambaran betapa dekat sangat kampung aku tu~ aku nak jugak rase balek kampung jauh- jauh. ~tapi macam mustahil je lah kan. coz kampung ayah aku takkan berpindah tempat da~ kat situ la sampai bila- bila. kalu la de doraemon ~tetibe je berangan kalau ade doraemon kan bagus~ uishh, tak baek cakap kalau- kalau.

okay. tutup cerita pasal kampung jauh, kampung dekat tu. syukur je lah kat mane pun kampung. itu yang sebaiknye. aku nak citer pasal rayer aku pulak. boley?  raye tahun ni tak de ape yang luar biase. macam tahun- tahun lepas gak. tak de ape yang luar biase pun.  first syawal aku gerak pergi rumah sedare mare. tapi tak sempat nak pergi semua. for your information, sedare mare, sepupu sepapat kuih lepat ape semua sebelah ayah aku ramai yang berkumpul area melaka je. family belah mak aku pulak ramai tinggal area johor and terengganu.

satu- satunye adik lelaki aku.
orang sibuk beraye, dia sibuk dengan kambing belakang rumah makcik aku.

raye kedua aku dah duduk rumah nenek je. kat kampung aku ni biase raye kedua dah start marhaban. so, by hook or by crook memang aku tak boley ke mane- mane lah. duduk celah dapur dengan mak aku ~kena tolong kemas ape yang patut, topup kuih dalam balang yang dah berkurang, buat air ape segala lagi la~ kenapa pulak aku yang kena buat semua ni? sebab aku dengan mak aku rajen. ~boley gitu?~ bukan begitu ye kawan- kawan. aku kena buat sebab sepupu perempuan aku tak ramai kalau belah ayah aku. 3 orang hat perempuan dah kahwin n beranak pinak. ~kalau dah kahwin kompom la jarang balek rumah nenek. diorang raye rumah mertua dulu~ yang sorang lagi tu kecik lagi. itu jelah sepupu pompuan aku. maka tinggallah aku ngan mak aku yang kena buat kerja- kerja AMAL tu. huhu. ni yang buat aku rase nak kawen ni. tak yah buat semua tu. boley tak? ~kalau aku la yang kawen waktu sekarang ni, memang kena kejar ngan mak aku satu bandar johor le jawapnye~ mane tak nye, grad pun tak lagi nak kawen awal pulak.

dulu arwah adik ayah aku ade, seronok sikit. dia janda dulu. so, dia lah yang tinggal dengan nenek ngak atok aku. tapi nak buat cane kan. ALLAH lebih sayangkan dia. 2 tahun lepas, seminggu sebelum raya dia meninggal. terasa jugak bila dia tak de. dulu dia yang kerap tolong kat dapur. tapi la ni, tak de dah. kenangan dengan arwah je yang tinggal. dah. dah. tak mo sedih- sedih. lalala.

raye ketiga sedara mare ayah aku datang ziarah nenek dengan atok aku. biaselah tu. kalau rumah ade orang berusia memang ramai yang bertandang. ~best kalau ade orang datang rumah, aku suka~ cuma aku macam penat jugak la. name pun raye kan. nak tak nak kena terima je lah kan. tetamu tu weyh. diorang ni jenis suka datang berkumpulan tau. tu yang buat aku rase macam nak tumbang je rasenya.

dan raye ke-4, seperti yang dijangka aku tumbang. means demamla. boleh di katakan tiap- tiap tahun aku demam time raya. haha. sampai aku rase nak cakap kat doktor perempuan yang dekat klinik mariam, merlimau tu macam ni,

"doktor, tiap- tiap kali raye doktor sediakan je ubat untuk saya. saya mesti datang punyalah. 

jangan risau. so, tak payah la saya kena tunggu lama- lama macam ni. "

boleh ke gitu? agak tidak sopan di situ. jangan di ikut ye adik- adik sekalian. tapi aku tak de lah cakap macam tu kat doktor. tapi kan korang, ramai gila tau orang mase aku pergi klinik malam tu. maybe diorang pun ade yang demam gak macam aku. ~nasib badan~ cuma bezanya maybe diorang tak kena tiap- tiap kali raya. haha. ade makcik yang sorang tu aku dengar anak- anak dia cakap kencing manis teruk da ~al maklumlah musim- musim raya ni, makan ikut sedap mulut je. selagi mane sedap, makannnn. sampai lupa diri sendiri ade sakit~ 

dah tu je lah buat mase ni.esok lusa aku share la lagi ape yang patut aku share. korang tak kisah kan? diam je tu means tak kesah la tu. ~tapi kalau korang bising pun bukan aku tau~ ye tak? hehe.