assalamualaikum dan salam sejahtera
selamat hari raya korang. masih tak terlambat lagi aku rase. hari ni baru syawal ke-6 kalau aku tak silap kira lah. ~jap,jap. aku kira lagi sekali~ ha! betulla raye ke -6. lame lagi raye. ye tak? kat tempat aku ni orang raye sebulan. tempat aku la kan. tempat korang aku mana tau. hehe. okay, okay.. menaipnye aku kat sini kerana tak de sebatang pen dan sehelai kertas pun di sediakan untuk aku menconteng. sebab tu la aku conteng kat blog ni. ~boley trime tak alasan aku~ logik jugak kan?
actually aku baru sampai dari kampung petang tadi. penat giler weyh. sakit pinggang, perjalanan jauh sangat ~padahal melaka-johor je~ saje nak ngade- ngade. jeles weyh aku dengar orang balek kampung jauh- jauh. kedah la, perlis la, perjalanan 8 jam la, 9 jam pun ade. dapat rase jam kat tengah jalan. aku dri johor ke melaka berape jam la sangat. aku rase kalau aku masak kari kepala ikan ke, makan durian ke mesti nenek n atok aku terhidu- hidu bau nye. maybe diorang cakap, "sedapnye bau, taknak hantar sini sikit ke" ~aku rase lah kan. just nak bagi gambaran betapa dekat sangat kampung aku tu~ aku nak jugak rase balek kampung jauh- jauh. ~tapi macam mustahil je lah kan. coz kampung ayah aku takkan berpindah tempat da~ kat situ la sampai bila- bila. kalu la de doraemon ~tetibe je berangan kalau ade doraemon kan bagus~ uishh, tak baek cakap kalau- kalau.
okay. tutup cerita pasal kampung jauh, kampung dekat tu. syukur je lah kat mane pun kampung. itu yang sebaiknye. aku nak citer pasal rayer aku pulak. boley? raye tahun ni tak de ape yang luar biase. macam tahun- tahun lepas gak. tak de ape yang luar biase pun. first syawal aku gerak pergi rumah sedare mare. tapi tak sempat nak pergi semua. for your information, sedare mare, sepupu sepapat kuih lepat ape semua sebelah ayah aku ramai yang berkumpul area melaka je. family belah mak aku pulak ramai tinggal area johor and terengganu.
satu- satunye adik lelaki aku. orang sibuk beraye, dia sibuk dengan kambing belakang rumah makcik aku. |
raye kedua aku dah duduk rumah nenek je. kat kampung aku ni biase raye kedua dah start marhaban. so, by hook or by crook memang aku tak boley ke mane- mane lah. duduk celah dapur dengan mak aku ~kena tolong kemas ape yang patut, topup kuih dalam balang yang dah berkurang, buat air ape segala lagi la~ kenapa pulak aku yang kena buat semua ni? sebab aku dengan mak aku rajen. ~boley gitu?~ bukan begitu ye kawan- kawan. aku kena buat sebab sepupu perempuan aku tak ramai kalau belah ayah aku. 3 orang hat perempuan dah kahwin n beranak pinak. ~kalau dah kahwin kompom la jarang balek rumah nenek. diorang raye rumah mertua dulu~ yang sorang lagi tu kecik lagi. itu jelah sepupu pompuan aku. maka tinggallah aku ngan mak aku yang kena buat kerja- kerja AMAL tu. huhu. ni yang buat aku rase nak kawen ni. tak yah buat semua tu. boley tak? ~kalau aku la yang kawen waktu sekarang ni, memang kena kejar ngan mak aku satu bandar johor le jawapnye~ mane tak nye, grad pun tak lagi nak kawen awal pulak.
dulu arwah adik ayah aku ade, seronok sikit. dia janda dulu. so, dia lah yang tinggal dengan nenek ngak atok aku. tapi nak buat cane kan. ALLAH lebih sayangkan dia. 2 tahun lepas, seminggu sebelum raya dia meninggal. terasa jugak bila dia tak de. dulu dia yang kerap tolong kat dapur. tapi la ni, tak de dah. kenangan dengan arwah je yang tinggal. dah. dah. tak mo sedih- sedih. lalala.
raye ketiga sedara mare ayah aku datang ziarah nenek dengan atok aku. biaselah tu. kalau rumah ade orang berusia memang ramai yang bertandang. ~best kalau ade orang datang rumah, aku suka~ cuma aku macam penat jugak la. name pun raye kan. nak tak nak kena terima je lah kan. tetamu tu weyh. diorang ni jenis suka datang berkumpulan tau. tu yang buat aku rase macam nak tumbang je rasenya.
dan raye ke-4, seperti yang dijangka aku tumbang. means demamla. boleh di katakan tiap- tiap tahun aku demam time raya. haha. sampai aku rase nak cakap kat doktor perempuan yang dekat klinik mariam, merlimau tu macam ni,
"doktor, tiap- tiap kali raye doktor sediakan je ubat untuk saya. saya mesti datang punyalah.
jangan risau. so, tak payah la saya kena tunggu lama- lama macam ni. "
boleh ke gitu? agak tidak sopan di situ. jangan di ikut ye adik- adik sekalian. tapi aku tak de lah cakap macam tu kat doktor. tapi kan korang, ramai gila tau orang mase aku pergi klinik malam tu. maybe diorang pun ade yang demam gak macam aku. ~nasib badan~ cuma bezanya maybe diorang tak kena tiap- tiap kali raya. haha. ade makcik yang sorang tu aku dengar anak- anak dia cakap kencing manis teruk da ~al maklumlah musim- musim raya ni, makan ikut sedap mulut je. selagi mane sedap, makannnn. sampai lupa diri sendiri ade sakit~
dah tu je lah buat mase ni.esok lusa aku share la lagi ape yang patut aku share. korang tak kisah kan? diam je tu means tak kesah la tu. ~tapi kalau korang bising pun bukan aku tau~ ye tak? hehe.
6 comments:
bestnye raya kat kampung... wish u great selamat hari raya... jop singgah blog -)
teringin nak beraya kat kg lgi..;-)
cinta_lovato- selamat hari raye..
macam ku kata- raye la kat kg.. tumpang je lah kmpung sape2 pn..hehe
selamat hari raye..
encik axixou- selamat hari raya jugak..
Post a Comment