tak mahu pisang berbuah untuk kali kedua.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

hai.. e'eh. da hri sabtu dah kan hri ni. pejam celik pejam celik cuti sem pun dah nak habis.. tinggal lebih kurang 2 minggu je lagi. waaaaaaaaaaa.. tak nak balek. okay okay. lupekan sekejap pasal tu semua. hari ni aku terpanggil untuk menceritakan ape yang berlaku semalam. ceh, ayat tak nak macam poyo pulak kan. haha. alaa korang ni. macam tak biase la pulak. layan kan aje sudah. hee

ceritanye macam ni, semalam mak aku ajak pergi satu tempat ni. aku pun macam excited la kan nak ikut. tapi relax je dulu sebab aku tengok ayah aku tak mandi lagi. aku pun bersantai santai kat bilik. sat lagi aku dengar ayah aku pergi mandi. waaa, aku dengan terujanye bersiap. iron baju, solek- solek segala. dah siap- siap semua, aku tak keluar bilik pun, duduk dalam bilik diam- diam. bajet macam orang datang meminang la konon. hahaha. 

aku duduk dalam bilik sebab nak tunggu mak aku panggil bile nak gerak nanti sebenarnye. tunggu punye tunggu tak panggil- panggil. aku dah musykil da. apesal ni kan. padahal aku dah bersiap dekat setengah jam gak. aku pon suruh la adik aku pergi tengokkan mak ngan ayah aku. kot la diorang dah pergi sampai terlupa nak ajak kitorang. korang nak tau ape jadik? dengan santai nye adik aku cakap mak tengah bace majalah. ayah aku pulak tengah tidur. waaa. tak nak macam sedih pulakkan aku time tu. dah siap- siap segala tapi tak jadik pergi sebab ayah aku macam tak berapa nak sihat dia cakap. okay, tak pe. di maafkan la sebab tak sihat.

and hari ni aku bertekad. kalau mak aku ajak keluar lagi, aku tak nak siap dulu. tunggu  diorang semua dah siap, baru aku bersiap. bukan ape, aku cuma tak nak jadik macam ape tu orang putih cakap "banana fruit two time" atau dalam istilah melayunye pisang berbuah dua kali. 



hati aku kata----> jangan ade pulak yang ikut peribahasa in english yang aku tulis kat atas tu ye. 

3 comments:

hudahassan said...

tuh lahh , lepas siap2 taknak kuarr . mak kau tak bgtau kau lah sbb ingatkan kau pon tak bersiap . hekhekhek . kau nii . :D

mieza said...

haha.. agaknye la kot..
sadis sungguh.. hehe

MiSsKonsPiraSi said...

Salam Maulidur Rasul, time tu mesti parents ko tak nak kecewakan ko yang tengah bersiap. Sebab tu depa diamkan je.