Program di Raudhatus Sakinah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kalau korang nak tau, Sabtu hari tu bersamaan 19 Mei 2012, aku ade menyertai satu program yang di beri nama Kami Cakna Raudhatus Sakinah. Actually aku tak pernah dengar pun pasal Raudhatus Sakinah ni. Ade je pusat- pusat yang memberi bimbingan untuk remaja perempuan bermasalah yang aku pernah dengar tapi bukanlah Raudhatus Sakinah. 

Ni lah kawasan rumah Raudhatus Sakinah

Perjalanan ke sana memang sangat mencabar la jugak. Mane taknye bas yang bawa kitorang kesana tayarnye meletup. Memang sesuatu yang tak di jangka la kan. Tapi alhamdulillah. Everything is okay. Sampai kat Rumah Raudhatus Sakinah tu tengah hari jugak la. Sampai- sampai je terus taklimat serba sedikit tentang Raudhatus Sakinah oleh salah seorang warden kat sana. Then kitorang makan- makan, solat ape semua. Lebih kurang kol 2 petang kot baru start aktiviti kitorang. 

Antara aktiviti yang sempat kitorang buat ialah sharing moment ngan sukaneka. Maklumlaa, sampai RS pun da lewat. Ade la aktiviti yang tak sempat di buat. Paling tak syok, aku tak dapat nak join slot sharing moment ngan dyorang. Sebab ade benda laen yang perlu aku buat. 

At the end of program tu ade laa sedikit motivasi dari pengarah program. Banyak benda aku dapat dari program ni sebenarnye. And pada aku putri- putri RS ni sebenarnye bukan la calang- calang orang. Diorang ni insan yang dipilh Allah untuk di tempatkan di RS sebab Allah tak mahu diorang ni terus hanyut dengan panahan dunia. Walaupun diorang ni pernah buat sesuatu yang tak sepatutnye di buat, tapi Allah masih bagi peluang untuk diorang berubah. Diorang ni insan yang kuat sebenarnye. Kalau korang nak tau, kat RS, diorang akan bangun seawal 3 pagi untuk buat Qiamullail, berzikir sampaila ke subuh. Tak semua orang mampu aku rasa untuk bangun tengah- tengah malam untuk solat.

Sukaneka

Aku rasa aku sendiri pun tak mampu nak buat semua tu macam diorang. Selalu kita dengar orang cakap, "Setiap yang berlaku ade hikmahnye,". See, diorang pernah buat silap, dan hikmahnye sekarang putri- putri ni lebih dekat dengan Allah. Allah pun takkan uji hamba- hambaNya di luar kemampuan hambanya kan. 

Time yang aku tak boleh nak tahan air mata adalah waktu slot motivasi. Kitorang sama- sama dengar wasiat nabi untuk wanita. Sayangnye nabi pada kita kaum wanita. Then ade zikir. Waktu tu putri- putri RS and student USIM sendiri menangis teresak- esak. Dapat lihat kat situ, putri- putri RS memang sudah betul -betul menangisi dosa- dosa silam diorang. Tapi pada aku siapa diorang dulu tu tak penting. Tapi penerimaan masyarakat and siapa diorang sekarang and masa depan jauh lebih penting. 

Aku suggestkan supaya di perbanyakkan lagi aktiviti macam ni. Lebih- lebih lagi untuk golongan remaja. Sekurang- kurangnya, ia dapat memberi sedikit sebanyak pendedahan kepada remaja apa yang patut and ape yang tak patut diorang buat dalam menjalani kehidupan seharian. 


Hati aku kata----> Kita tak semestinya perlu buat silap untuk belajar dari kesilapan. 

8 comments:

Anonymous said...

bagusnye program ni!!
tunjuk support kat org2 yg penah wat silap..
segan pulak.. obviously amalan saye tak sebagus diorang..

mieza said...

sokongan kte semua untuk dyorg sgt2 pntg. sbb dyorg x mintak ape2 pn dri kte selain doa agar boleh kekal mcm skrang n kehadiran dyorg boleh di terima masyarakat.

lgpun, kte bukan spe2 nk judge dyorg.

kann.. amalan kte memg x setanding dyorg.. jujur ckp.

reza al-razi said...

Rmai sbenarnye kt luar sana yg nak berubah & nk jadi baik.. Cuma kdang2 mereka x de peluang dan ruang utk berubah.. Kita sbagai insan2 yg dah ada ksedaran kenalah bantu utk mmbimbing mereka..

mieza said...

betul..
sokongan tu yg pnting kan?

syahirooAhmad said...

:) sgt takut...

skg ni hati mereka yg liar diluar sana mcm dah mati/ hati...

moga mereka tidak terus dihanyutt dek keseronokkan syurga duniawi...

mieza said...

betul la tu syahir..
tp ade je yg nak berubah cuma tak di beri perhatian sgt.
yang masih x sdar tu kte kne doakan je laaa.

Unknown said...

waaahhh . bdk kos kau jek ke ? Klu best , buat ler terbuka or tok batch kte jek ke . Program2 cmni yg sronok sbnrnye :)

mieza said...

huda, benda ni terbuka laaa kitorang buat..
ade je dak kos laen yg join.
x perasan ke promotionnye??
ok2. t kalo ktorng wt lgi, aku invite ko personally k..