Satu Hati, Pelbagai Rasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hai korang. Selamat hari Isnin. Eh, macam aneh je bila aku update hari Isnin ni kan. Biase aku update hari Jumaat. Tu pun kalau korang perasan laa kan. Tapi tak kisah laa kan hari ape. Lagipun kelas aku hari ni banyak yang cancel. So, ape lagi.. Ngadap blog la. Hari ni aku nak share something yang aku rasa pernah berlaku in daily life kita. Bila ia jadik, kadang kita rasa nk marah, tapi tak tau nak marah sape. Kekadang pulak kita tau nak marah sape, tapi tak sampai hati pulak nak marah. Sometime, bila ia jadik, ia buat kite tersenyum. Berapa banyak kadang- kadang la. Tapi tu la hakikatnye.

So, jom kita teruskan pembacaan.

* Tengah best- best korang menaip assingment, tetiba member kau secara tak sengaja termatikan suiz sedangkan laptop kau time tu tak guna bateri. Memang kita tau dia tak sengaja, tapi rasa tak puas hati tetap ade kot. Betul tak?

* Satu situasi yang mana kau ke hulu ke hilir carik getah rambut kau. Tak jumpe- jumpe. Tup tup tengok getah ade kat pergelangan tangan korang sendiri. Pernah tak terkena macam ni?

* Situasi lain pulak time kau nak keluar rumah kau da sidai semua baju- baju kau sebab cuace agak panas laa. Tetibe kau balik time tu da hujan and baju kau still kat ampaian. Nak salahkan sape kan bila kau sendiri tak pesan kat housemate. Tapi kan, kat mana pulak sensitiviti housemate kau tu ye.?

* Ape pulak yang kau rasa bila kawan kau yang da bertahun tak pernah message kau, tak pernah call kau, on9 kat FB pun tak pernah tegur, tetibe one day dia message kau n mintak nombor si A. After kau bagi, terima kasih pun dia tak ucap. Then sampai ke hari ni dia tak contact kau langsung. Nampak tak function kau kat sini?

Sumber- encik google

* Situasi lain pulak bila orang yang kau tak pernah lupa. Setiap ape yang kau nak buat, mesti kau panggil dia join sekali. For example,"weyh, meh laa makan sekali", "Jom- jom. Aku teman kau". Tapi bila time dia pulak, nama kau pun dia tak sebut. Tak patut sungguh kan. Tapi itu laa hakikatnye. 

Actually banyak je lagi situasi- situasi yang boleh buat kita tersenyum, nak marah, and ape segala perasaanla bercampur baur. Tapi benda- benda ni laa yang mewarnai hidup kita. Bila dah jadik macam ni barulah kita sedar kat mana kedudukan diri kita yang sebenar di mata kawan- kawan kita. And boleh jadik jugak, orang yang kau tak pernah care langsung tu laaa yang akan sentiase ingat kat kau. And I admit it.


Hati aku kata----> Tak semua benda kita mampu luahkan kat orang. 

6 comments:

Anonymous said...

alahaii situasi2 tu semuanyer real!! especially part yg kawan x care about us as much yg kite care about dia.. rase mcm kite pulak yg terhegeh hegeh nak rapat ngan die..

mieza said...

kannn... tu perkara yg selalu je berlaku.
cume kadng terfikir whether dyorg ni sengaja or x..
tp set je kt otak, dyorg x sengaja kot even berat otak nk percya bnde tu..hehe

Unknown said...

ai , yg no 4 pernah kene ke ?

mieza said...

for sure laa penah..
dak2 kita gak.
tp member2 kan. pejam mate sudah..
tp pejam2 pn, mkn dalam kot..
sadis weyhhh...
rase di pergunakan pulak..

epulsamad said...

wak real la y lptp tu...best2 men game mmbr off plug... ngh mask nasi tima2 elektrk xda syahduu ja kn...

mieza said...

kannn.. geram je...
tp nk wt cne.. xkan nak marah plak..
dy bkn sengaja kot..