Hikayat seekor katak

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat hari raya aidiladha di ucapkan kepada semua umat Islam. Rasenye masih tak terlewat lagi kot nak ucap. Ye tak? Korang raya kat mana? Aku, as usual, balek kampung aku yang jauh nun di sana. Cewah. Padahal tak jauh mane pun kalo Johor-Melaka tu. Tak dan nak pejam mata, eh, da sampai da. Ok, part tu aku tipu. Cerita pasal kampung ni kan, aku ade la story sikit. Ahakz.. Layankan je laa ea..

Nak mula macam mane ek.. Erm, straight je laa ek. Aku ni penakut sikit taw dengan makhluk tuhan paling seksi bernama KATAK!! Seriously takut, geli, semua ade la bila berhadapan dengan binatang yang sekor ni. Tapi kan yang aku pelik, lagi aku takut lagi kerap pulak aku jumpa katak- katak ni taw kat kampung.

Dah banyak kali da jadik kat aku. Bila orang laen tak nampak, aku yang nampak. Agak seram di situ. Haha. Pernah dulu, aku nak mandi kat bilik air nenek aku. Mandi mestilaa kat bilik air kan. Haha. Sengal! Bilik air tu pulak kebetulan ade kat tepi rumah. Aku ni pulak jenis kalau nak mandi kat umah nenek, aku mesti test paip dulu. Just to make sure yang air ade. Bile aku da bukak paip air tu, tetibe aku nampak ade lembaga hitam lalu sebelah aku. Aku dah seram sejuk dah time tu. Ish, hantu ape pulak laa petang- petang ni. 

Bulu roma aku dah tegak berdiri da kan. Macam nak nyanyi lagu negaraku la pulak aku rasa time tu. Aku beranikan jugak diri toleh kiri, eh tak de pape pongggg.. Lega!! Aku toleh pulak ke kanan. Ha!! Ternyata ade seekor katak telah menyelinap masuk ke bilik air tanpa aku sedar. Kuang asam jawa punye katak. Terkebil- kebil katak tu tengok aku. Ok, aku tipu part yang terkebil- kebil tu. Sebenarnye tak dan nak buat ape, aku terus jerit je sebenarnye. Nak buat macam mane, dah tu je kepakaran yang aku ade. Haha

Sorilaa, gambar ni je yang mampu aku pilih dari prof Google.  


Cerita yang ni pulak jadik time subuh kat umah nenek aku jugak. Biasenye aku tidur atas katil. Tapi ntah kenapa malam tu aku rasa panas sangat. Aku pun tido la kat lantai. Betul- betul sebelah almari solek. Pukul berapa tah mak aku kejut pagi tu. Aku bukak- bukak mata je, binatang tu da ade kat sebelah bantal aku. No wonder la kalo mak aku pun tak nampak 'dia' kat tepi tu. Gila, tak terkejut!  Aku pun ape lagi. Menjerit la sekuat alam. Pagi- pagi dah buat kacau. Semua katak tu la punya pasal. Dasar katak!

Bila dah pagi sikit, orang- orang kat rumah tu mulalah nak gelakkan aku. Rupenye ayah aku cakap, "Alaaa, malam tadi lagi abah dah nampak katak tu masuk bilik".. Ha, ko bayangkan la aku tido dengan sape malam tu. Masing- masing dah tau aku geli katak. Saje je tak nak bagitau. Sakit pulak hati kita. 

Yang kejadian yang ni pulak jadik kelmarin time aku kat kampung. Tapi yang ni aku tak laa jerit sangat sebab aku dah ambil langkah berjaga- jaga. Time tu mak aku baru keluar dari toilet. Aku pun nak masuk la. Tapi tak dan masuk lagi, aku baru intai je kat pintu toilet. Aku da nampak katak tu tersengih- sengih kat tepi mesin basuh. Gatal punye katak. Aku pun terus panggil adik lelaki aku. Dia je yang berani pegang katak ngan tangan. Tapi alas ngn plastik la. Haha.

Mak aku cakap, "Kau ni kak long, ape laa.. Mak tadi mandi, xde nampak ape pun. Dia baru nak masuk dah nampak katak. Tulaaa, mate tu suka sangat intai sane, intai sini. Nak masuk tu masuk aje laa.".. Nak buat macam mane mak, dah miza ni geli plus penakut. Haha.


Putera Katak laaa sangat kan??
Tapi betul ke ek, ade orang cakap katak ni kalau dia gigit, selagi guruh tak berdentum kat langit selagi tu dia tak lepaskan. Ni fakta ke auta? Tolong laa bagitau. Kalau memang ini satu fakta, so tak sia- sia la aku takut selama ni. Haha. Lagi satu nak bagitau, gambar katak yang aku nak letak dalam entry ni pun aku amek just lukisan je. Sebab nak tengok and pilih gambar kat google pun aku dah cukup geli daa. Sorry laa ye. Tatap wajah katak kesayangan korang ni puas- puas. Tak kisah la putera katak sekalipun, kalau dah namenye katak, memang aku geli. Actually banyak lagi kisah aku dengan seekor katak. Tapi malas la nak cerita semua. Kang tak larat pulak korang bace novel aku dan si katak ni. Hehe

Ok, the end!
Thankz for reading.

Hati aku kata----> Aku geli ngan katak, tapi aku berani ngan lipas. Satu rumah pun aku sanggup kejar, as long as lipas tu tak patah balek kejar aku. Haha.

10 comments:

Epul Samad said...

wah...kata tersengeh mcm mna tu...kihh... enth try tye ln orng y ad ilmu haiwn xyw la plk dia ggt xmau leps hee...

mieza said...

dy tersengih- sengih, menyampah tgok.
haha. Ok, tipu!
tu laa, dgr2 nye mcm tu laa.
da gigit xmau lps..
t nk kne tnye pkar..
huhu

KorN said...

ahaha... seriusly aku pon geli nak pegang katak.. tp anak aku umur 7 tahun relakss jer pegang katak... bab guruh bunyi di langit tu pernah jugak la dengar, tapi tak pernah pon tgk depan mata secara live... cer la try buat.. hehehe

mieza said...

bdak kecik mmg x tau geli kot.
haha..
bkn stakat nk pgang, nak tgok pn daa geli geleman..
ei, mmg x laa kan..

farz zull said...

ahaha! ak bab katak, lipas, cicak, aiseyhhh, mmg tak suka...lipas dah mati takpa, cicak/katak kalau yg mati still geli...eeeewww :P

mieza said...

lipas ak boleh consider lgi laa..
siap bley kejar tu ngn penyapu. yg pntg jgn laa lipas tu ptah balek.
mmgterobor ak lari.
sgt laju k dy lari. ahhahaa

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

geli ngan katak.. sejak kecik dah tkt sebab takut kena kencing katak.. orng kata bleh buta.. ouchh

mieza said...

haah.. ade gak dgr cm tu..
kne kncing katak boleh buta.
tp xtau laa kan btol ke x..

cik dila.. said...

sameee..geli jugak dgn binatang paling seksi ni. eee.geli geli geli.haha

mieza said...

ngn kulit dy yg lmbp2 tu.
aishhh. mmg x laa kann nk berlama- lamaan dgn si katak.