2 hari bersama mereka

assalamualaikum dan salam sejahtera

hai. sihat? aku alhamdulillah sihat. cuma letih sikit je. kenapa letih? letih sebab 2 hari aku bersama mereka. siapa pulak mereka tu? mereka tu adalah adik- adik tahun 1 kat u aku ni. tanye sendiri, jawab sendiri. ~sedih, sedih~ ok. sudah sudah. actually semalam dan hari ni, aku jadik urusetia untuk 1 program yang memang di adakan untuk pelajar- pelajar tahun satu. program 2 hari ni di adakan dekat stadium tertutup nilai.

macam- macam ragam yang aku dapat tengok dari budak- budak baru ni. tibe- tibe teringat pulak zaman aku mase baru- baru masuk dulu. accehhh. guna ZAMAN. macam dah lame sangat je. padahal tak delah lame sangat pun.

nak tau tak, semalam waktu aku jage bahagian jamuan pelajar, ade sorang budak lelaki ni. aku perasan yang dia ade datang datang amek makanan ngan member- member dia. dia amek agak awal jugak la. tak lame lepas tu aku nampak dia amek lagi makanan tengahri tu. aik!? aku macam pelik jugak la. tapi aku buat tak perasan je plus aku macam kagum gak dengan budak tu. nak tau dia cakap ape ngan aku? dia cakap macam ni.....

**********
student lelaki I: "kak, saya dah makan da tadi. tapi kalau saya nak amek lagi boleh tak?"
aku: "eh, amek jelahhh. makanan memang banyak lebih tak payah cakap pun takpe"
student lelaki I: "eh, mane boleh kak. nanti kalau tak cakap, jadik haram pulak makanan yang saya makan ni"
aku: terdiam


dalam hati aku cakap, bagusnye la haiii budak ni. bukan senang nak jumpa budak- budak yang amek tau pasal halal haram ni. sangat- sangat kagum aku dengan budak tu. serius aku cakap. ade lagi 1 budak tu lagi la ngeng aku cakap. aku ni jenis yang cepat cam orang. tu yang aku perasan tu. budak tu dah amek da makanan, then dia nak amek lagi. dia cakap macam ni...

**********

student lelaki II: "kak, saya amek lagi 1 ea. tadi polystyrene saye kosong la kak."
aku: "amek jelah dik oiii. haha"

entah pape jelah budak- budak ni. yang tak tahan tu diorang panggil aku akak. padahal diorang ade je yang kemasukan ke u melalui diploma. and for sure la diorang lagi tua dari aku. sebab aku baru 20 tahun. dah diorang panggil aku akak, aku pun bahasekan la diorang adik. boleh kan? hehe. secara keseluruhannye aku sangat seronok jadik urusetia program budak- budak tahun 1 ni. lepas ni kalau ade program- program lain, for sure aku akan join.


hati aku kata----> even junior dari segi tahun, tp senior dri segi umor kan?

8 comments:

Teajay Junior said...

nice blog... smile...

http://teajayjunior.blogspot.com

emy zulaiha said...

haha cik mimie da jadi senior eh?best2 jgn buli adik2 tau! :)

Cik Mimie said...

teajay- tq2...hehe

Cik Mimie said...

emy- ishh..xkan ku buli adik-adikku.
chewahhhh..hahaha
takkan nak buli dyorg plak..

syahirooAhmad said...

menarik perhatian tu namanya.. hahha... tips ini boleh diguna pakai ni.. haha. nak wat jugak la nantie.. "kak, saya amek lagi 1 ea. tadi polystyrene saye kosong la kak."

Cik Mimie said...

syahiroo- kalau kamoO yg mintak lebih, for sure la akan cakap, "eh, bukan tadi awak da amek ke? sorang amek 1 je ye"
haha

sue perbs.. said...

kuat mkn.. tk cukup satu.. btw, rase mcm tua pulak kan bile kene pnggil kakak

Cik Mimie said...

sue- lagipun makanan dlm polistrene tu bukan byk sgt pn.
thats why dyorg mntak lbih kot.hehe
x kisahlahh panggil ape pn.
ok je..