lecturer dan subjek ye. ^_^

assalamualaikum dan salam sejahtera

hari ni hari jumaat. so salam jumaat la kepada semua rakan dan taulan. ayat entah pape je laaa.. so, jumaat lepas aku ade update something. then beberapa hari aku tak update. jumaat ni aku update semula. so, entry pasni maybe jumaat depan. haha. reason aku tak update still same macam yang lepas. so, malas nak repeat berkali- kali.

ermm. korang nak tau tak.? sem ni aku ade sorang lecturer arab dari arab saudi ajar aku 1 subjek ni. satu benda yang aku tak pernah duga sebenarnya. sem- sem sebelum ni tak de pulak lecturer arab ajar aku. dan aku selalu fikir yang lecturer arab hanya akan ajar budak fakulti- fakulti macam syariah dan undang- undang or fakulti quran dan sunnah. al maklumlah, student- student dari fakulti- fakulti yang aku sebut tadi tu lebih fasih la kan bahasa arab. tapi sangkaan aku meleset sama sekali.


time kuliah tu memang aku ternganga je lahh mulut. kawan- kawan aku pun sama. bukan lah nak kate kitorang tak faham langsung. tapi ape yang kitorang faham sikit sangat berbanding ape yang dia cakap kat kuliah tu dalam tempoh 2 jam. al maklumlahh aku n kawan- kawan aku student ekonomi. then aku bisik kat kawan sebelah aku,

aku: "pssttt, faham tak?"
kawan: "sikit- sikitlaa. mati macam ni"
aku: "ermm. samelahh. takpe- takpe. hopefully tutorial ngan lecturer laen"

itulahh harapan aku. aku berharap sangat yang time tutorial nanti dapat lecturer laen pulak. jahat kan aku.? bukan ape, at least kalau tutorial ngan lecturer malaysia, boleh la aku tanye ke pape ke kalau tak faham kan. dengan lecturer arab tu, for sure la kena cakap arab kan. aku mane fasih nak cakap arab. kang aku cakap, dia tak faham pulak. so, aku pun menghitung hari lah nak attend tutorial untuk subjek tu. haha. bila sampai hari nye tu, aku pun dengan senang hati masuk la kelas tu. tunggu dalam 5 minit tu kot, lecturer masuk... alangkah terkejut nye aku rupenye tutorial pun still dengan lecturer yang kat kuliah tu. arghhhh. dugaann ni.

tapi papepun aku still follow je dia ape yang dia ajar. and alhamdulillah la. dalam tutorial dia bersungguh sangat nak buat kitorang ni faham. rupenya bukan aku je yang tak faham. classmate yang laen pun same je. macam- macam contoh dia bagi nak kasik kitorang ni betul- betul faham. aku nampak sangat kesungguhan dia tu. nasib baik la dalam kelas tutorial aku ni ade la budak- budak yang faham sikit- sikit. so, diorang la yang banyak bantu nak sampaikan ape yang lecturer tu cakap kat kitorang yang tak berapa nak faham ni. hahaha.

so, aku rase pasni aku kena usaha lebih la dengan housemate aku. nak kasik aku sendiri boleh faham ape yang kat dalam buku tu tanpa ade translator. huhu. chayokkkk!!!
doakan aku terang hati ea korang. mudah- mudahan aku boleh faham bahasa ara macam aku faham bahasa melayu n english.


hati aku kata---->berdebar setiap kali nak g kelas hari selasa pagi

6 comments:

syahirooAhmad said...

hehe. macam2 ragam didalam kelas.. syok je kan jadi student.. :)

Cik Mimie said...

tau xpe..
mcm2 ragam lecturer n student dlm kelas..
yg pntg semuanye best2..

bella luna said...

wahaha,sama mcm bella yg kena belajar mandarin ngan lecturer from cina, mmg pening kepala,.english die dah la berbeza ngan kite, melayu pun die tak reti, iya2kan la ape yg diajar,hehe,.sib baik dpt follow walaupun lmbt,.

Cik Mimie said...

bella- kte kne study lebih sikit la kan.
kalo x, memg tercicir la
huhu

Yasmin ♥ said...

chaiyook ! :D

Cik Mimie said...

insyaallahh.. hehe
doakan la ye yasmin..^_^