nak yang terbaik, kena lah bagi yang terbaik

assalamualaikum dan salam sejahtera

salam jumaat untuk semua kawan- kawan. hampir seminggu aku tak update. bukan aku tak sudi nak update, tapi mase tu asyik jeles je dengan aku. geram betul la. boleh di terima akal tak reason aku ni. hehe. aku tak tipu kau taw. niat nak update tu ade. tapi tulahh.. aku memang sangat- sangat tertekan dengan jadual kuliah and tutorial aku sem ni.

korang cuba bayangkan ea, hari selase aku kena attend kelas dari pukul 8.00- 10.00 pagi. then sambung 12-2 petang, 2-4 petang n 5-7 petang. tu baru selase. hari laen pun lebih kurang je. korang dapat bayangkan tak macam mane aku nak study akaun pukul 5-7 tu. aku nak nanges mase baru dapat jadual ni. tapi bila fikir- fikir balek, ape boleh buatkan. baek aku redha je lahhhh.. huhu

okay- okay. back to the main topic. ape lah aku ni kan. dah dua perenggan  baru nak main topic kan. alaaaa. korang layankan je lahh ea. aku nak share pasal satu kata- kata ni, korang bace ea bawah ni,

"bila Allah makbulkan doa kita, maka dia amat menyayangi kita,
bila Allah lambat makbulkan doa kita, dia hanya ingin menguji kita,
bila Allah tidak makbulkan doakita, bermakna dia ada merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita
oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan"

okay. dah bace kan? actually aku ade terbace kata- kata ni kat buku kawan aku. pada pendapat aku sendiri, kebanyakan dari kita ni especially aku la kan selalu mengharapkan sesuatu yang terbaik dari Allah dengan kadar yang segera. betul kan?

tapi pernah ke kita fikir, kita nak sesuatu dari Allah tu dengan cepat, tapi secepat mane pulak kita tunaikan ape yang Allah nak kita tunaikan dengan cepat. belit tak ayat aku. tapi still faham kan. kalau tak faham, cuba faham- faham kan ea. bace ulang- ulang kali. contoh paling senang sekali sembahyang la kan. kita dah tau, yang sembahyang tu mestilah di awal waktu kan. tapi aku tau, kadang- kadang benda ni kita terlepas pandang. aku pun selalu gak terlewat- terlewat ni. selalu je mak atau ayah aku yang call tanye dah sembahyang ke belum. anak dare sape la ni kan. teruk sungguh. haha

then on that time baru aku sedar yang, "eh, aah la. aku belum sembahyang" sambil tepu dahi. tipu je. hehee. padahal waktu tu aku tengah duduk- duduk dengan kawan- kawan aku. bende ni biase jadik kalau aku tengah tak de kelas lah. lepak- lepak kat rumah sewa dengan kawan- kawan aku. so, aku sekadar ingatkan je lah bagi yang kerap terleka, terlalai, terlupa and segala ter lagi laaa. hee.

macam yang aku selalu cakap dalam entry- entry sebelum ni, aku tak cukup perfect lagi. and aku tau mesti ade je yang cakap, "ko tak payah la nak bajet alim sangat. kau pun banyak lagi benda tak perfect". ok fine! again aku bagitau, I'M NOT PERFECT". tapi tak salah kan kalau aku nak ingatkan korang ape yang orang lain sering ingatkan aku. nak tunggu perfect person yang datang kat kita nak ingatkan kita tentang semua, bila lagi kan. so, aku tak kisah kalau ade sape- sape nak ingatkan aku, tegur aku, yang paling penting mestilah dengan berhemah ye.

dah. tu je aku nak share hari ni. semoga sedikit sebanyak entry ni mampu la nak bagi ingatan kat semua terutama kat diri aku sendiri.


hati aku kata----> tak semua yang kita mintak tu dapat. tapi sekurang- kurangnya cuba la mintak

*

8 comments:

Khairull-Dean said...

terbaik terrr...

Cik Mimie said...

bukan terbaek la..
sekadar ingatan bersama je..
ramai lgi kot yg lebih baikk..
huhu

Mizan said...

thanks 4 remind...=)

Cik Mimie said...

most welcome..
same2 ingatkan diri sndri gakk..

syahirooAhmad said...

wahh.. entri nih agak serius.. :) thanks geng.. sama2 kita ingat mengingati..

Cik Mimie said...

syahiroo- serius sgt ea.. hahaha
xpe la kdg2 perlu serius gak kan..

syahirooAhmad said...

betul betul betul .. :D mie bila mau update ni?

Cik Mimie said...

tak sempat lagi la nak update..
kelas full.
maybe weekend ni ok..^_^