fenomena duit raya

assalamualaikum dan salam sejahtera


macam yang kita semua tahu, esok raye. betol tak? tu pasal la aku saje je nak letak kad raya kat atas ni. boley kan? boley la, boley la, boley la..~bace sambil hentak- hentak kaki untuk mendapatkan feel ngade- ngade aku~ hahaha. aku pilih kad raya hitam sebab macam menarik je dengan adenye warne oren- oren gitu. menyerlah gitu. hehe

kalau sebut pasal raye je, ade satu fenomena yang aku perasan memang sejak aku kecik sampai laa aku umor aku 20 ni, fenomena ni still ade. ,means berlarutan la. korang dapat agak tak fenomena ape? certeka. certeka ~bace dengan intonasi cecite-cecite ok~ 

yeah! DUIT RAYA. memang da jadik macam satu kewajipan la bagi orang- orang kita yang dewasa untuk bagi duit raya kepada kanak- kanak. pada aku tak salah pun kalau nak bagi as long as korang mampu. kira macam satu hadiah la kan. sedekah pun boleh. tapi bagi yang tak mampu nak bagi tu pulak macam mane?

pernah dulu aku pergi raya rumah someone ni dengan family belah ayah aku. mase aku sampai rumah tu, da ade tetamu laen yang datang beraya. bila kitorang sampai je, diorang memang da nak balek la time tu. biaselah kalau nak balek mesti ade acara bersalam- salaman ni. ~alaaa, mintak- mintak maap gitu~ then, ade sorang budak kecik ni ~aku agak budak tu baru darjah 3 kot~ budak tu cakap macam ni dengan mak cik tuan rumah tu:

"nenek, tak de duit raya ke?"

aku terdiam mase aku dengar tu. mase tu umur aku 19 tahun. mak cik tu pulak aku rase dia malu mase tu. dia cakap ape tah kat budak tu. aku tak dengar sangat. budak kecik tu maybe dah terbiase dapat duit raya bila pergi rumah orang. thats why dia cakap macam tu aku rase.

sebab tu aku cakap tadi, kalau yang mampu bagi, it's ok. just bagi je lah kan.. tapi bagi mereka yang tak mampu bagi tu, macam mak cik tu pulak macam mane kan. kesian dia. malu. tapi nak wat cane. dah memang dia tak mampu nak bagi. nak korek duit mane pulak kan.

mase aku ngan adik- adik aku kecik- kecik dulu, sebelum sampai umah orang je mak n ayah aku da pesan awal- awal dalam kereta. jangan sebut- sebut pasal duit raya kat rumah orang. kalau orang bagi baru amek. jangan mintak- mintak. so, kitorang memang dah di didik macam tu. sampaikan beg duit pun kitorang tak nak bawak turun dari kereta.

so, aku harap kalau ade yang bace entry aku kali ni, aku guess yang umur around 18 sampai 30. kita satu hari nanti akan berumah tangga,ye tak? then kalau ade rezeki ade anak- anak pulak kan. so, same- samela kita nasihatkan anak- anak tu sejak diorang kecik lagi. budak- budak ni kalau kita nasihat slow- slow tapi dengan kerap insyaallah diorang akan faham. jangan sampai jadik macam cerita yang kat atas tadi. kesian tuan rumah.
lagi pulak zaman sekarang ni nilai wang kita dah kecik. kos sara hidup pun dah tinggi. so, faham- faham je lah.  kena ingat la yang tak semua orang hidup senang macam kita.

pesanan ni ikhlas dari,
pemilik blog
"warna warni kehidupan"

2 comments:

~aLoNg~ said...

happy merdeka raya :D

Cik Mimie said...

selamat hari raya gak..