mane sifat amanahnye pakcik oiiii...

assalamualaikum dan salam sejahtera

hari ni ramadhan ke 19. betol tak? betol kan. jangan pulak ade yang kate salah. nak kena sembur tu. hari ni  tempat aku sangat-sangat panas. tak tertahan rasenye. mak aku pulak ajak aku keluar carik baju, tudung n segalanye lah yang nak di guna mase rayer nanti. aku cakap dengan mak aku.

"aduuhhhhh mak, panasnye. malaslah nak keluar"

"ni baru panas dunia"

haha.. padan muka aku! kene satu das tembakan yang tepat kena ke muka aku. haha. okay2. back to the main topic. actually semalam aku ade terbace satu entry kat blog haneesa fuad. dia story pasal amanah. kalau ade yang nak bace gak, klik je laju-laju kat name haneesa fuad atas tu. yeah. i like this topic. sebab aku pun ade cerita tentang amanah ni lah yang aku nak share ngan korang semua.

ceritanya bermula macam ni, aku sementara cuti sem ni dan kebetulan pulak bulan puase, aku teman mak aku tolong orang surau masak bubur lambuk. ~bukan aku nak menunjuk-nunjuk ok~. takde niat pun ye. jangan salah faham ye. boley di katakan surau kat taman aku ni agak aktif lah. then satu hari tu, dalam bulan puase ni jugak la, ade sorang hamba ALLAH ni sedekahkah seekor lembu. dia pesan separuh lembu ni guna lah untuk buat kenduri kat surau. dan lagi separuh tu jual la, n duit hasil jualan tu guna untuk surau lah. ok! ayat dia agak jelas disitu kan?

lembu comel sumber dari google

then mase time nak melapah lembu tu, ramai gak la ajak surau yang menolong. ade seorang pak cik ni, dia kire macam ahli surau jugakla. aku namakan dia pak cik dollah (bukan nama sebanar), dia melapah-lapah then dia letak daging lembu tu dalam plastik. agak banyak la. rupa-rupanye dia nak simpan untuk dia sendiri. korang pelik tak di situ. orang sedekah untuk surau, tapi dia simpan untuk dia punyer sendiri. tak patot la macam tu kan. bukan hak kita. yang aku naek hairan tu, itu bukan budak-budak tapi seorang pak cik yang agak berusia, dah pencen dan ade cucu lagi. takkan la tak tau lagi erti amanah tu.

contoh masukkan daging dalam plasti. tapi ni sikit sangat. pakcik tu amek lgi byk

setiap hari selepas asar pun surau kat taman aku ade edarkan bubur lambuk untuk penduduk taman aku la kan takkan taman kau pulak. hehe. ok, tak lawak!! bubur tu dalam plastik taw. setiap hari pak cik dollah ni akan bawak periuk yang agak besar la untuk family dia. ish, pakcik-pakcik. agak-agak la. bubur tu orang masak milik ramai orang. bukan bubur untuk family pakcik je.

kalau nak kate anak- anak dan cucu dia ramai pun, agak-agak la. orang laen yang anak ramai pun amek sebungkus dua je. pak cik dollah ni pulak periuk dia bawak, yang dalam plastik pun dia amek. ish.ish.ish. tak sepatutnye dia buat macam tu.

so,pengajarannye...kita ni kena lah amanah dalam semua yang kita lakukan. okay3. maybe ade yang kate.

"alaaa kau, bajet ko bagus sangat ke. nak nasihat-nasihat orang pulak"

okay, frankly speaking aku cakap aku maybe aku tak perfect lagi nak nasihat-nasihat orang. ye tak? tapi kalau nak tunggu perfect then baru nak nasihat orang, aku nak tanye kau, ade ke orang yang perfect kat dunia  akhir zaman ni. kalau ade alhamdulilah la. aku just cakap dari ape yang aku nampak kat sekeliling aku ni. macam dalam entry aku sebelum ni. yang berat tu amanah. so, jangan pandang ringan. semua tu akan di tanya kelak tau kat akhirat.

amanah tetap amanah. 
okaylah, bak kate prof izy haji ali,
 "renung-renungkan dan selamat beramal"

P/S: aku tak cukup perfect, tak cukup ilmu, semua tak cukup la. aku bercakap berdasarkan ape yang aku lalui seharian. kalau ade yang silap, tolong betulkan ye.

4 comments:

CiK AuTuMn said...

suka2 entry nie...
santai n ada moral of the story...
dasyatnya pakcik tue...
x agak2 nak wak periuk...
xpa cik mimie...
pasni..cik mimie wak periuk kawah plak...
nak perli2 pakcik tue balik...
hahhaaa...
sja jaa ckp cam gini...
cik mimie jgn ikot plak apa yg cik autumn ckp nie...
nie saja lawak2... :)

Cik Mimie said...

ish..takkanye cik mimie nak bawak kawah..
wat malu je..
lagipun itu kan hak semua org..
bkn hak individu..hehe

Haneesa Fuad said...

auwww...kite ni same2 terkenalah...hahahaha...ni yang nak kne wat sek untuk warga emas nih...hehehehe

Cik Mimie said...

haneesa- aah.. kte wat 1 sekolah utk mereka2 ni ha.. kte titik beratkan soal amanah je ea kat sekolah tu..
kte ni yg bru idop pn tau, mak ayah da ajor..