kisah aku dan mercun..^-^

assalamualaikum dan salam sejahtera.

pejam celik, pejam celik dan sebelum aku pejam tak celik-celik aku nak cakap yang hari ni dah 22 hari kite berpuase. ~kalau ade yang perasan, aku guna pendahuluan entry sebelum ni~ ade sape-sape yang perasan? tak perasan ler tu. semalam aku tak update pape kat blog, sebab aku malas. boley? tak la, aku tak update sebab aku telah di kuasi oleh kuasa penat yang terlampau. oleh kerana penat, datang pulak satu sahabatnye bernama malas. maka aku terus tido tanpa memukirkan ape- ape yang berlaku di seleliling aku. lantak la ape nak jadik pun.

baru je aku nak melelapkan mata, tiba-tiba je aku dengar  kat luar rumah aku riuh rendah macam ade peperangan. aku terus mengucap. mudah- mudahan mati dalam iman. mane lah tau kalau- kalau aku terkena bom. yang aku geram kenapa berlaku peperangan mase aku tengah penat n waktu aku nak tido ~aku tipu kau bulat-bulat~ sebenarnya aku dengar orang maen mercun la, ape segala lah. aku pun tak tau sangat benda-benda ni. sebab aku tak pernah maen benda alah tu.
yang ni semua orang tau kot
ha! yang ni aku pk rayer cne je ade men, rayer aidlfitri pn ade yg maen.
bunyik dia bingit, subhanallah

adik lelaki aku cakap ni mercun bola. yela kot. bentuk pun macam bola
ni mercun ketupat. ye ke?
dah, tu je pic yang aku nak share. aku tau korang lagi expert dari aku bab-bab mercun ni. kan. kan. kan?

nak tau x? mak aku pernah cerita pasal aku mase kecik- kecik. mak aku cakap, aku ni dari kecik takut nak main bunga api. bunga api je pun. aku siap cakap dengan mak aku macam ni.

Aku : "mak peganglah kat kat sini, kat sini"..(sambil tunjuk kat hujung bunga api tu)
Mak : "ewah, ewah, ewah, (sambil bercekak pinggang). sape yang nak main sebenarnye ni" (aku tipu dialog ni)..haha

sebenarnye, mak aku yang pegangkan kalau aku nak main bunga api tu. aku pegang sikit je. takot punya pasal. itu baru bunga api. kalau yang bunga api pun da takut, yang laen-laen apatah lagi kan. memandangkan dari kecik aku tak main, maka sampai ke besar, aku memang tak sentuh benda- benda tu. then sekarang kalau aku balek kampung, aku nampak orang maen meriam buluh ke ape ke, aku just tengok je. aku memang tak berani la weyh. ~aku tak tipu kau yang ni ok~ kisah benar ni. from the bottom of my heart. cewahhhh.. cakap omputih . kelass gitu.

tapi kan, tapi kan, tapi kan, kalau aku tengah terjaga, orang maen dum sane, dum sini takpe lagi. aku tak kesah sangat la. aku boley maafkan. akan tetapi, (skema tak ayat aku) kalau aku tengah tido, memang angin satu badan aku. rase macam nak menjerit je. ~tapi tak boley la kan, t ade orang cakap aku ni gila meroyan ke ape, tibe-tibe menjerit~ aku pun silap jugak. oleh sebab aku tak maen, aku tak izinkan korang semua main, boley gitu? haha.. aku tak boley la kan nak larang orang laen maen. ye tak?? kalau putus jari pun, jari diorang. aku kesah ape.

so, terserah la kalau korang nak maen mercun ke ape ke, aku tak kesah. walaupun jiwa aku agak terseksa kalau ade orang yang maen, tapi aku kan tak mampu nak halang. sedangkan kerajaan larang pun korang maen gak, ini kan pulak aku orang biase nak larang, memang aku ni nak tempah pelempang la kan. tapi, kalau nak maen tu, pandai- pandai la jaga diri. agak- agak ade rase nak modified ape- ape tu, ajak la orang yang lebih dewasa. tau lah korang ni pandai tapi dalam  beberapa keadaan janganlah memandai- mandai. boley? (yang aku italic n biru kan tu nasihat untuk pembaca bawah 18 taon)~jangan lah ade yang rayer nanti semua da ade. baju raya ade, kasut rayer ade, stokin rayer ade, semua ade lah, TAPI korang yang tak de. duduk kat hospital. tak mo la macam tu kan. kesian mak ayah korang. dah beli semua untuk korang, korang pulak yang tak de ~bagosnye aku bagi nasihat- nasihat ni~ okayla. tu je aku nak share.

pesanan khidamt masyarakat ini di bawakan khas oleh,
pemilik blog " suara hati seorang gadis"
^-^

10 comments:

man said...

tanpa mercun pun... raya tetap meriah.

Cik Mimie said...

betul la tu..
xde mercun pun still boley rayer ape..

ezzah said...

kita pun takut nak main mercun . tambah yang bola tu . paling berani nak main pun mercun bawang ja . hehe .

zatytastic said...

haha.dulu kecik2,baling mercun bola kat reban ayam.sian ayam.

Pure Mahabbah Fillah said...

assalam..

maen mercun x best..uhuu

maen meriam bwu best...uhuuhuu

Cik Mimie said...

ezzah- tau xpe..main mercun bawang tu xpe gak...
hehe..^_^

Cik Mimie said...

zatitastic- haha.. kesian kat ayam tu..
msti skng ayam tu kne pnyakit jantung..
^_^

Cik Mimie said...

pure mahabbah fillah- amboi...men meriam..
hati- hati la ye kalo main tu..^_^

hatikubaik|mohdhazlan Dreadlock said...

selamat hari raya :)

jgn mn mercun ...

Cik Mimie said...

hatikubaik- betol3..
tak yah la men mercun..
bahaye weyhhhhhhhhhh..^_^